• Birthday Party Neelofa yang ke 23

    Apakah yang akan terjadi jika CuteCarry mempunyai sebanyak 3 majlis dalam satu petang dan terkejar-kejar kesana kemari membuat pelbagai kerja-kerja lain?

    Jawapannya ialah TERLUPA MEMBAWA KAMERA!!! MAAF KERANA KUALITI GAMBAR YANG SANGAT TERUK DAN AZAB!!!!

     

    Dan inilah hasilnya gambar CuteCarry dengan Neelofa menggunakan cam assistant CuteCarry! Neelofa is wearing her own dress she bought before the party while me..wearing my blue jacket and stripes top from Bangkok, pale blue D&G jeans, Radioactive shades and blue TopMan sneakers.

    Yes..CuteCarry terlupa membawa kamera. Pada hari Sabtu lepas CuteCarry ada 3 jemputan iaitu Majlis Harijadi anak BFF CuteCarry di Jalan Semarak jam 3.00 petang, Kenduri Maulidur Rasul oleh seorang VVIP di Bangsar bermula maghrib dan juga birthday party Neelofa di Bora Asmara, Jalan Penchala jam 8.00 malam. Ketiga-tiganya perlu saya hadiri!

    Pose sekejap dengan songkok segala baju melayu segala bagai di majlis Maulidur Rasul di Bangsar.  VVIP tersebut membuat majlis Maulidur Rasul dengan menjemput anak-anak yatim. Moga murah rezeki beliau. Acara dimulakan dengan sembahyang maghrib, dan sejurus selepas habis, CuteCarry mengucapkan maaf kepada tuan rumah kerana tidak dapat tunggu sampai habis majlis.  Terlepas nak makan masakan kampung yang best daripada Restoran Rebung milik Chef Ismail!

    Seperti biasa menukar baju didalam kereta otw ke Bora Asmara untuk ke party Neelofa.

    Happy Birthay Neelofa. Kek nya pun menggambarkan diri Neelofa yang glam. Satu kek ada semua gambar-gambar  cover majalah yang melibatkan Neelofa (ya ampun..sedapnya kek itu red velvet!) manakala satu lagi ialah melibatkan identiti Neelofa iaitu kasutnya. Jika Rozita Che Wan terkenal dengan bulu mata, Neelofa pula dengan kasut!!

     

    Pada malam tu dia memakai kasut daripada Thomas Chan.

    Cik Mek Molek Kelate ini meraikan hari jadinya dengan jemputan yang terdiri daripada artis, kelab peminat dan juga kaum keluarganya yang datang daripada Kelantan. CuteCarry juga tengoklah rupa-rupa family Neelofa ini,memang comel-comel belaka, betullah orang cakap kalau nak tengok orang Klate comei tengoklah di Pasir Mas, comei lote semua. Mak Neelofa pun sangat cantik okay. Pada hari itu juga dihidangkan akok yang dibawakan khas daripada Kelate. Im a big fan of akok!! Heavan.

    Neelofa bersama dengan adik bongsunya..manjanya dia!

    Macam-macamlah acara pada majlis itu yang diacarakan oleh Awal Ashaari. Antara artis yang hadir ialah Ana Raffali dengan imej tudungnya yang datang bersama tunangnya. First time tengok Anna pakai tudung LIVE. Cute seperti biasa.

    Tukang potong kek untuk dibahagikan kepada tetamu ialah Ana Raffali. Berlatih potong kek kahwin kah?

    Tema adalah biru dan ada juga pertandingan pakaian tercantik. Kategori wanita dimenangi oleh seorang peminat manakala untuk lelaki ialah Iqram Dinzly.

    ONE MORE TIME… SORRY sangat sebab gambar yang gelap tu!

     

     

     

     
  • Whitney Houston ditemui mati di Beverly Hills Hotel

    Beliau adalah seorang artis yang terkenal dengan lagu-lagu seperti “I will always Love you” dan “Waiting to Exhale” tetapi sejak akhir-akhir ini lebih dikenali dengan erratic behaviour yang dikaitkan dengan pengguna dadah. Polis masih menyiasat punca kematian diva pop ini.

    YouTube Preview Image

    Antara lagu Whitney houston yang menjadi kegemaran CuteCarry ialah One Moment in Time.  Sangat memberi inspirasi.

    RIP Whitney Houston.

     

     

     
 
 
 
 

CuteCarry.tv

 
 
 

Enter your email here!

Get latest updates from CuteCarry