Beg ni beg basahan saya je – Siti Nurhaliza on Chanel
Siti Nurhaliza is an extremely classy lady. I love you Siti! Jika sebelum ini Siti amat sinonim dengan Louis Vuitton, sekarang ni rasanya dia still minat LV tapi nampak dia dah mula carry Chanel.
It’s like a faith, a fortunate coincidence. Chanel is always linger around me.

Semasa di dalam rancangan Fuhh! di TV3 yang dihoskan oleh Awal Ashaari, ada segmen melihat kandungan beg artis-artis ni. Salah seorang artis yang ditanya ialah Siti Nurhaliza.

Siti dengan muka dia yang cute nya terus tunjukkan beg vinyl Chanel (yang kecil sedikit daripada dalam gambar ni) dan kata ‘Beg ni Siti pakai untuk basahan je”……..
Saya tak rasa dia berlagak atau riak, dia tak cakap pun pasal Chanel, tapi sah sah saya tahu itu adalah Chanel. Mungkin betul la beg tu dia buat basahan je untuk superstar bertarad macam Siti.
Saya pernah cakap beg Guess sbeg basahan, sebab itu je yang saya mampu! (Guess tu pun saya beli dengan diskaun 40%!)
Seperti yang seantero dunia tahu, Chanel tu berharga beribu-ribu ringgit. Maklumat sedikit tentang beg Chanel tu, ia adalah beg yang mengangkat alamat apartment pemiliknya iaitu Coco Chanel, Rue Cambon. Ia tidak menjadi salah satu beg classic Chanel seperti 2.55 tetapi antara beg yang popular beberapa musim lepas.
Bila la saya boleh cakap macam tu, “Chanel hanya beg basahan saya je”. Ketika saya boleh mengeluarkan statement tersebut, ada maksud.
i. saya memang dah kaya
ii. credit card tanpa limit
iii. saya memang dah gila
iv. ada orang kaya raya sponsor (oppsss!!)
v. Siti Nurhaliza adalah my BFF (best fren forever) dan dia sedekahkan beg kat saya tanpa henti















She is wearing Nike…in her own unique style
Forever 21 bold accesories


























