When you want something so bad, wait outside the store an hour before the opening time – wise words from CuteCarry
What you think about my jacket? Okay.. I love and love and love this jacket! (abaikan posing CuteCarry yang macam berangan tu!)

I was invited to the Debenhams store official launch @ Lot 10 Bukit Bintang. As a fashion blogger,I get invites to so many glamourous event (jangan jealous), free stuffs (jangan-jangan jealous!) and FREE, FREE cash voucher (jangan-jangan-jangan jealous!)
On the opening night of Debenhams, they gave me a cash vouchers to spend with one condition – I can only spend the cash voucher the next day because all the items on the opening night are 20% OFF!
20% discount sahaja? No..no and no.. 20% bagi fashionista seperti saya bukanlah satu diskaun yang besar. Fashionista seperti CuteCarry yang bukan dilahirkan sekaya Paris Hilton tidak akan berpuas hati dengan diskaun yang hanya 20%, kerana kuantiti pakaian, beg, kasut dan aksesori yang dibeli adalah agak banyak. CuteCarry hanya akan teruja dengan diskaun yang melebihi 50%!
CuteCarry not in the mood to shop if the discount is only 20%. But one jacket change my mood!
It is like love at first sight. I am so impressed with the jacket.
But ONLY one piece available for my size!
Jika saya tidak beli pada malam pembukaan, risau juga jika jaket itu habis dibeli. Tidak sanggup rasanya melihat jaket tersebut dipakai oleh orang lain..tidak.. tidak..tidak.. (emosional dan sedikit elemen gila meroyan!)
Salah satu kelebihan jika bershopping di Debenhams ialah kita boleh meminta supaya pakaian tersebut disimpan untuk tempoh lebih kurang 3 hari. Jika kita berminat dengan sesuatu baju tersebut tetapi tidak pasti samada hendak beli atau tidak diatas beberapa faktor (faktor CuteCarry ialah sebab tak cukup duit!!) kita boleh meninggalkan nombor telefon kepada pihak Debenhams.
CuteCarry telah meminta sales assistant Debenhams iaitu Yanti supaya jaket tersebut disimpan tetapi menurut Yanti pada hari pembukaan tersebut, tiada barang yang boleh disimpan.Yanti meminta saya supaya membeli jaket tersebut dengan diskaun 20%.
CuteCarry telah merayu kepada Yanti antara ayat-ayat yang digunakan ialah “Yanti, saya fashionista miskin, tolonglah simpan untuk saya” dan ” tolonglah Yanti, tolonglah.. kalau bos awak tak bagi awak simpan jaket ni, boleh tak awak simpan jaket ni secara haram?”
Tetapi Yanti ni memang seorang pekerja yang amanah, dengan mukanya yang cute itu, dia menolak dengan baik “tak boleh bang.. malam ni memang tidak boleh simpan!”
No choice. I can only buy the jacket on the very next day.
I had quite a sleepless night. Thinking about the jacket. I pray that the jacket will be mine and applying the Law Of Attraction concept.
CuteCarry juga telah menghantar sms berulang-kali kepada Yanti supaya menyimpan jaket tersebut (jika Yanti salah anggap, dia boleh mendakwa membuat laporan polis kerana menggangu personal privacy dia).
Keesokan harinya pada jam 9.30 malam, masih mengantuk disebabkan oleh post party Debenhams di Rootz, saya tercegat di depan Debenhams, menunggu pintu Debenhams dibuka. Hati berdebar-debar, tertanya-tanya adakah jaket itu masih tergantung di raknya ataupun sudah menjadi milik orang lain?
Sebaik sahaja Debenhams dibuka, seperti seekor lembut matador keluar daripada kandangnya, CuteCarry terus menyerbu ke rak Red Herring dan alangkah gumbira di hati bila jaket itu masih tergantung disitu!
The jacket is mine!
Setelah ditolak dengan cash voucher yang diberikan oleh Debenhams, CuteCarry hanya perlu membayar sekitar RM33!
Can you imagine that ? RM33 for RED HERRING JACKET!
Thank you.. thank you Debenhams. CuteCarry juga ingin mencadangkan agar Yanti dianugerahkan sebagai pekerja terbaik Debenhams!
p/s: Berbaloi untuk ke Debenhams. Banyak label British yang stylish (terutamya second label designers seperti Butterfly by Matthew Williamson dan Star by Julian Macdonald).