Selamat Tahun Baru 2018 dari Tanah Suci

Alhamdulillah saya dijemput lagi untuk mengerjakan umrah. Ini adalah tahun keempat berturut-turut saya diberi kelebihan ini. Tiada niat untuk riak sekadar berkongsi kegembiraan. Ini juga bukanlah menunjukkan saya seorang yang alim. Hubungan saya dengan Tuhan adalah hubungan yang eksklusif. Tiada siapa yang boleh mencelah. Saya juga kurang senang untuk menunjukkan hubungan ini dengan orang lain. …

Nizam OKU paling berjaya!

Nama dia Nizam. Dia seorang OKU yang hanya boleh menggerakkan jari akibat masalah saraf dan tulang. Pergerakan beliau dibantu oleh adik perempuannya. Beliau tidak boleh berjalan dan  menghabiskan hidupnya di atas kerusi roda tetapi semangat beliau sehebat larian Usain Bolt. Usahawan ini telah mencapai jumlah jualan berjuta ringgit setahun. Beliau adalah anak didik Dr Azizan seperti saya. …