About Me

My name is Hafiz aka Bjork from Malaysia and I just love fashion and style.


Should you have anything to say about fashion or style or me (????), please let me know.


Email / Facebook/ Myspace: cutecarry@yahoo.com

This Is It!

It’s time for you to confess yourself via your style. Show me how much you love fashion and CuteCarry.com


Take a photo and send to me


cutecarry@yahoo.com


I might put you on CuteCarry.com!

Archive: "Myself"

CuteCarry shooting bersama dengan Schwarzkopf

CuteCarry sedang sibuk shooting untuk Fesyenista. Walaupun bukan sebagai host utama (darl.. I am only a co host. Kavita, the beauty queen,model and designer is the main host!) CuteCarry tetap nak nampak classy and stylo!

Minggu lepas adalah shooting bersama dengan pereka fesyen yang memang banyak menang anugerah, Hatta Dolmat.  Perkara yang perlu dititikberatkan sebelum shooting ialah berdasarkan checklist seperti di bawah:-

Nak tahu lebih lagi..sila click..jangan tidak click

(more…)

Ratu cantik di pelancaran MASIF 2010

There she is…….Miss Malaysia….Miss Malaysia…  lots of Miss Malaysia!!!

Pelancaran MASIF (Music,Arts,S 2010 bukan sahaja melibatkan artis dan pereka fesyen tetapi juga bekas-bekas dan pemegang gelaran RATU MALAYSIA! Mereka akan ber catwalk di atas pentas runway MASIF 2010 dengan pakaian designer-designer yang menyertai MASIF 2010!

Most popular BEAUTY FROM THE BEAUTY bunch.. siapakah dia..SILA CLICK

(more…)

CuteCarry fashion moment with Honda FREED!

This is me during the shoot with Honda FREED. Tengah-tengah panas dekat tepi dengan tasik Putrajaya.But its part of the routine, so I never complained!   Photoshoots  selalunya memang letih walaupun dalam studio yang beraircond suhu macam kat Antartica. Tetapi shoot ni cepat je sebab main-main je. Snap, snap.. and the hasil pose dah ok. Thanks to Liya Azman for the shoot. U know girl, u good!

This is the Polaroid version. Luckily muka I ok sebab tidak cukup tidur. Malam sebelumnya CuteCarry pergi ke final Imam Muda dan lepas tu dijemput oleh kawan membahan/menggomol/melantak nasi arab kat Ampang. Sampai rumah dah jam 2.30 pagi dan tidur dalam 3.30 pagi. Pukul 9.00 pagi dah terpacak kat Sri Hartamas untuk ke Putrajaya. Puhh… nasib baik muka tak sembab!

I WON THIS AWESOME SEXY WHITE CAM FOR THE POSE! CuteCarry memang suka bila MENANG (poyo tak?)

Awesome.. awesome..thanks guys..

Best fuel consumption…

My team..from Sri Hartamas tu Putrajaya back to Sri Hartamas,I just can’t stop talking gossing and mengumpat

Love you guys!!!!!!!!!!!!!!!!!
btw.. go and take a look at Honda FREED.

IT’S A TECHNICAL TRAGEDY FOR CUTECARRY.COM

YOU MAY WONDER WHERE IS YOUR COMMENTS ON CUTECARRY.COM AND  ENTRIES FROM JUNE 2010 TO MID JULY 2010.

This is a tragedy. That’s the only word that can describe the catastrophe that is happening to me rite now.To show to you my expression, I asked someone to snap this and post it on facebook and now it is on CuteCarry.com.

Over tak expression CuteCarry? Punyalah over, sampai nak cerita berkenaan tragedi yang melanda pun TETAP gigih berlakon dan posing minta orang ambik gambar ni. Sorry guys, I can’t do anything, I am having a compulsive attention seeker disorder!

This is what happening…

click click click kalau nak tahu.. please click

(more…)

CUTECARRY ON THE RUNAWAY FOR HAIRKUNST HAIR AND WANPA FASHION SHOW @ THE CURVE FASHION WEEK 2010

This is it.

CuteCarry on the runaway of Hairkunst hair and WANPA Fashion Show.

Oh..this is how my back look like!

The FINALE .. I am with Jojo from Hairkunst.

Salah satu sebab mengapa CuteCarry bersetuju dan terlalu excited untuk menyertai runaway show ini ialah kerana ia menekan konsep environmental freindly. Alam sekitar adalah amat penting dan sebagai seorang WARGA DUNIA kita perlu bersama-sama menjaga alam sekitar kita. Mulakan langkah pertama anda sekarang dengan tidak menggunakan BEG PLASTIK! Tidak akan hilang kejantanan atau cool anda jika membawa sendiri shopping bag untuk ke Carrefour atau Cold Storage!

Atau apa kata jika anda menyertai Malaysia Nature Society (MNS). CuteCarry adalah ahli MNS dan menyumbangkan secara tetap setiap bulan ke pertubuhan itu. Click here to go to Malaysia Nature Society.

Nothing sexy and stylish than a Fashionista to  SAVE the EARTH!

HAIRKUNST HAIR & WANPA FASHION SHOW @ THE CURVE 2010 – Before the show.

These are the images before the Hair by Hairkunst and dress by WANPA.

Practice,practice and practice. Rehearsal before the show!

I like this photo, just like a fashion campaign  CuteCarry bersama dengan pelakon Sherry Ibrahim. Cantek tak rambut Sherry?

Sherry akan terbang ke Qatar next week dan menjadi pramugari di Qatar Airlines.

I will miss u Sherry!…

Click and click tolong clikc untuk membaca selanjutnya!

(more…)

WANPA + HairKunst Hair and Fashion Show @ The Curve

Apakah makna gambar diatas? Imej menunjukkan CuteCarry diapit oleh pereka daripada WANPA iaitu Ridzuan Ismail dan Rashid Omar.

Adakah CuteCarry yang sawan kamera dan suka berposing syok sendiri ini memang memaksa dua designer ini supaya berposing sekali?

Hampir tepat!

Tetapi lebih tepat ialah CUTECARRY Nora Danish, Sherry Ibrahim,  Intan Ladyana, Juliana Evans, Julia Ziegler, Azie Yahya, Zarina -Ann Julie akan memakai baju WANPA dan akan bercatwalk bersama sempena Hari Terbuka HairKunst sempena The Curve Fashion Week!

Hairkunst Open Day + Hair and Fashion Show WANPA :

Venue : Hairkunst Salon, 2nd Floor, Asian Courtyard, The Curve, Damansara
Tarikh/Masa : 8hb Mei 2010, 1pm-6pm
Tema : Green Party
Rambut oleh : pasukan Hairkunst
Wardrobe tajaan : WANPA
make up oleh : Esham

11 am : Ketibaan model2 /artis2
12pm: Persiapan model2 dan artis-artis
3pm : Interview session
4pm : Rehearsal
6pm : Hair and fashion show bermula !

Datang ye.

The Curve adalah sebelah Ikea je! Kalau tau Ikea taulah The Curve! Lintas jalan dari Ikea jumpalah The Curve (ada bridge tertutup penghubung Ikea dan The Curve!)

Click here for MAP

Kalau tak tau sangat, tanya orang ye!

Anugerah Industri Muzik 17: CuteCarry in Nik Erwan Roseli

I love the jacket. Terima kasih kepada Nik Erwan Roseli!

Sunglasses by Marc by Marc Jacobs.

Red Carpet Anugerah Industri Muzik ke 17.

Click click to read more. Tolong Click ye

(more…)

Anugerah Bintang Popular 09 (ABP 09): Black: Hitam itu elegan!

Tema untuk Anugerah Bintang Popular 09 ialah Cetusan Warna. Ramai pereka fesyen dan artis yang memilih warna terang tetapi tidak kurang juga yang memilih warna hitam (by the way… hitam itu warna juga kannnnnnn!!). Paling menarik jika hitam digayakan dengan warna-warna lain!

Hitam adalah warna selamat dan selalu nampak elegan. You almost can’t go wrong with black. Remember this word… ALMOST!

Saya yakin ada yang cakap “apahal lah pulak taman bunga dekat baju tu”. Alyah konsisten untuk tidak memakai seperti orang lain. Dia mempunyai gayanya tersendiri. Pada pendapat saya, saya suka dengan dress tu tapo bunga-bunga tu nampak macam berat je. But well, this is Alyah. She can carry this! (only applicable to Alyah)

Nurul dengan dress yang hitam gaya halter neck dan berkolar mandarin. Bahagian atas dress ni nampak sedikit berat dan telah nampaknya ia telah diimbangi oleh kain yang kosong. Yang paling penting ialah Nurul tidak mengenakan terlalu banyak aksesori yang mungkin akan menyerabutkan penampilan beliau pada malam ABP tersebut.

Jika anda membaca entry-entry saya sebelum ni mengenai penampilan Black, memang saya menyatakan ‘macam tak sesuai!’. Entry pada kali ni saya menyatakan MEMANG SANGAT SESUAI!. Biker jacket, skinny jeans dan studded belt. Love it!. Ini adalah imej rock chic yang amat sesuai dengan Black yang masih muda. Black looks good in black!

Red carpet menyaksikan Jacklyn Victor bergaya dengan warna merah tetapi semasa mengadakan persembahan bersama Wings dan Black Jac telah mengenakan dress hitam daripada Zang Toi. Dress aras paha dengan sedikit elemen bertingkat di bahagian bawah. Sebenarnya dress ni memang agak fleksibel. Jika dikenakan dengan kasut tumit tinggi ia akan menampakkan anda nampak  feminin, padankan ia dengan knee length boots seperti Jac;  terus nampak ROCK CHICK!

Bila CuteCarry tanya siapakah pereka pakaian anak Yusof Haslam ni, dengan penuh yakin dia menjawab “Syamsul Yusof” dan saya berfikir beberapa saat.. designer mana ni sebelum saya sedar bahawa Syamsul Yusof ni adalah nama dia. Slow kan CuteCarry? Very Bimbo!..  Suit hitam dengan vest kelabu dan bow tie. You can never go wrong with this look, just make sure the suit is nicely fitted on your body like Syamsul.

Best BLACK @ ABP 09. Maya Karin.

Maya Karin. Thats two words explain all.

Maya mengenakan dress putih daripada Syaiful Baharim, biker jacket daripada BCBG dan extremely delicious Fendi oversized belt. Saya sangat suka dengan penampilan Maya Karin pada hari ini kerana ia nampak agak effortless, terutamanya bila menggabungkan dress panjang dengan biker jacket. Gabungan high street dan evening look (look at the bright red lips!)  ini nampak sangat sesuai dengan Maya. Inilah gabungan cetusan warna yang paling CuteCarry suka!

Anugerah Bintang Popular 09 Fashion Report Part 2. Tribute to WANPA

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABP BH 09) adalah salah satu acara hiburan yang paling besar di Malaysia. Masa tu la artis- artis nak melaram dan berpakaian paling bergaya dengan sentuhan-sentuhan daripada pereka-pereka fesyen yang baru, lama dan dalam dan luar negara.

CuteCarry Fashion Report PART 2 looking at some of the glamorous people @ ABP 09 Red carpet.

CuteCarry merasa amat-amat bertuah pada hari itu kerana telah berjalan diatas RED CARPET ABP09.  Paling best ialah bila ada yang menjerit nama CuteCarry!! semasa saya berjalan di atas red carpet.  I am just a fashion blogger!! Memang saya terkejut sangat bila ada yang panggil nama saya dan minta bergambar! I luv yaaaaaaaa…. (shameless attention seeker statement!)

Pakaian adalah ditaja oleh WANPA (019-6690717). Memang saya amat bertuah! Ridzuan Ismail bersama dengan Rosix Omar telah mencipta baju yang amat-amat saya puas hati (bukan sebab baju ni FREE!!) tapi saya memang suka sangat dengan ni. Ia adalah jaket yang diperbuat daripada kulit dan ada elemen draping di bahagian hadapan. Saya hanya memberi idea asas apa yang saya inginkan dan inilah hasilnya.  Make up saya adalah oleh Chot (Terima kasih Chot sebab make -up saya FREE jugak!!) oh… Its a blessed to be a FASHION BLOGGER. All the creative and talented freinds around.

KAT Mentor berposing sambil Kak Zarina Zainudin disolek oleh Chot. Imej eksklusif untuk CuteCarry! Memang nampak RED CARPET ready betul Kat kan?

Kat Mentor juga di dalam dress WANPA. Dress yang berasaskan teknik sulaman nampak sangat eksklusif bila dipakai oleh Cat yang tinggi lampai macam model ni! Tapi harus diingat, bukan semua orang sesuai memakai baju ni, hanya mereka yang tinggi dan kurus sahaja sebab perincian sulaman dan sequinne pada baju itu akan nampak tidak begitu cantik jika dipakai oleh mereka yang agak rendah dan gempal.

WANPA juga telah menaja baju untuk Sherry Ibrahim. Baju ni berwarna hijau perlahan dan berliningkan warna silver, sebab itulah juga ia nampak kadang-kadang hijau dan tengok kali kedua nampak macam silver! Sesuai untuk orang yang nak jimat dan tak mau beli baju banyak kali! Dress ini tidak menggunakan perincian seperti manik dan hanya bergantung kepada teknik menggunakan fabrik dan menjadikan dress ini nampak sanagt eksklusif! Kudos to WANPA!!

WANPA juga telah menaja pakaian untuk Julia Ziegler yang dib eri nama MEDUSA. Dress  one shoulder berwarna gold “semi dramatic” dan hanya sedikit perincian di atas bahu. Nasib baik sikit perincian kan? Kalau lebih-lebih nanti nampak over la pulak kan dan takkan nampak esklusif! Julia pun nampak gembira pakai baju ni kan.. but I think she gained a little bit of weight lah.. but maybe I’m wrong. But I am not wrong if I think she looks extremely fabulous!

Para Make up artists pun tetap bergaya sakan pada malam tu. Antara yang bergaya dan memang kalah sesetengah artis ialah Chot di dalam one shoulder dress by WANPA. Buat pengetahuan, dia dipertanggungjawab untuk menyolek Zarina Zainudin, Sherry Ibrahim dan Diana Danielle juga termasuk CuteCarry! Disebabkan oleh masa yang suntuk, dia hanya mengambil masa beberapa minit untuk make up dan mendandan rambutnya. Tapi hasilnya.. bak kata Stacy dan Adam, MELETUP!

WANPA boleh dihubungi di talian 0196690717 manakala make up artist Chot di talian 0126433340



CUTECOMMENTS

CUTESTCOMMENTS

CUTEADS

CUTEPOSTS

CUTECATEGORIES

CUTEFRIENDS







Shop Hips & Curves for Halloween

FragranceNet.com







We Cook the Food, You Lose the Weight

Slimming.com

Good Times Entertainment

Cute Readers. These are the cool and trendy people that reads my cute blog!Recent Readers

DSC00247 DSC00246 DSC00224 DSC00220 DSC00218 Scuba Divers Sipadan Island Holding A 10Kg Tuna Bajau Laut Man With His Catch - A 10Kg Tuna