• Tips percutian ke Cairo untuk mereka yang tidak mahu pening kepala!

    Fikirkan berkenaan firaun, kita akan bayangkan piramid. Jika anda sudah terbayangkan piramid, anda mesti teringatkan Egypt.  Tahukah anda terdapat beratus-ratus piramid dan firaun bukannya seorang.. ada beratus-ratus firaun!

    Tetapi entry ini dibuat ialah untuk anda yang ingin bercuti ke Egypt tetapi kurang adventerous, bukan jenis backpack dan pentingkan keselesaan. Anda adalah seorang yang kurang suka hendak serabut fikiran ketika bercuti dan mungkin jenis pembersih. Jika anda memenuhi kriteria diatas, sila ikuti tips percutian ini.

    My greatest time of my life adalah  semasa menyambut birthday party saya di atas Sungai Nile, Cairo. (yang ke berapa dirahsia atas sebab-sebab tertentu).

    Penerbangan ke Egypt

    Warganegara Malaysia tidak memerlukan visa  untuk ke Egypt.Penerbangan pilihan yang paling mudah ialah Egypt Air. Yes… ada beberapa penerbangan lain tetapi jika apa kata anda merasa naik penerbangan dari negara tersebut. Penerbangan dari KLIA akan transit sebentar di Bangkok (lebih kurang sejam) dan terus ke Cairo. Makanan yang dihidangkan juga agak menarik. Jangan lupa tonton filem Arab dalam flight nanti ye.

    Pengangkutan

    Saya jenis yang tidak mahu serabut memikirkan pengangkutan jika dimana-mana. Saya cadangkan anda tempah dahulu pengangkutan untuk membawa anda berjalan-jalan. Harga adalah amat berpatutan.

    Pemandu pelancong

    Saya cadangkan anda mengambil pemandu pelancong daripada Malaysia ataupun Indonesia. Mereka adalah pelajar atau bekas pelajar yang menuntut disana. Insyallah anda tidak akan ditipu dan paling utama mereka FAHAM BAHASA DAN TASTE KITA.

    Cadangan saya ialah Fauzi, warga Indonesia yang telah tinggal berbelas tahun di Egypt. Beliau amat fasih berbahasa Arab. Pengalaman dan pengetahuan beliau mengenai sejarah dan tempat-tempat menarik di Egypt adalah menakjubkan. Whatapps and facebook Akang Cairo

    Keselamatan

    Jangan risau, anda selamat di Cairo. Pastikan anda memilih pemandu pelancong yang betul (refer to point iii).

    Night life di Egypt

    Kita akan pelik kenapa kedai masih tidak dibuka walaupun jam menunjukkan pukul 10.00 pagi.  Ini adalah kerana Cairo memang meriah waktu malam. Explore the city terutamanya disekitar kawasan Down Town, Cairo.

    Penginapan

    Kadar hotel di Mesir agak murah berbanding Malaysia.  Jika anda berada di Cairo dan ingin berjalan-jalan tengok night life orang Mesir, pilih hotel di sekitar Down Town Cairo. Jika menginap di hotel seperti di kawasan piramid Giza, malam-malam mungkin agak membosankan. Jangan tertipu dengan keadaan luar hotel yang amat buruk kerana berlainan dengan keadaan dalam hotel. Konsepnya ialah luar buruk dalam mungkin cantik atau jika tidak nasib baik, mungkin tidak sebaik hotel di negara kita. Tetapi, kenapa hendak hotel terlalu cantik jika kita akan berjalan sehari suntuk dan hanya untuk menginap? Btw..please don’t compare.

    Kawasan Piramid Giza

    One of the Seven Wonders of The World. Tiket berlainan diperlukan untuk tiket kemasukan sekitar piramid atau ingin masuk ke dalam piramid. So, if you want to feel Mummy Return’s experience (yes.. I am talking about the movie), please explore inside the pyramid.  Tetapi jika ingin masuk ke dalam piramid, pastikan anda cukup fit. Keadaan dalam piramid bukan seperti berjalan leisure-leisure feeling-feeling di Mid Valley ye, ia agak mencabar. Anda kena memanjat, menaiki tangga yang agak curam dan merangkak untuk ke dewan makam utama.  Mereka yang cepat letih, lelah atau jenis berjalan 10 minit pun rasa penat, tidak perlulah membeli tiket, membazir je. Nanti jadi tajuk berita ” Pelancong Malaysia pengsan dalam piramid”.

    SIMPAN tiket anda untuk melawat kawasan Sphinx (kepala singa tu).

    Jika hendak naik unta, minta tourist guide anda untuk memilih atau negotiate. Jangan lupa untuk ke kawasan PANORAMA. Ia adalah kawasan terbaik untuk melihat pemandangan dan bergambar dengan piramid-piramid di kawasan Giza. Naik unta dengan bayaran sekitar RM100 sahaja.

    JANGAN LAYAN mereka yang cuba menawarkan perkhidmatan tunggangan unta diluar kawasan piramid. Sila tanya pada tourist guide anda. Banyak kisah orang Malaysia kena tipu dikawasan ini. Berhati-hati dengan penjual cenderahati kerana ada yang kurang jujur.  Jika mereka mengatakan ‘present’ JANGAN sentuh  barangan tersebut, nanti kena bayar. Kalau boleh hanya senyum dan jangan layan. Jangan tunjuk lagak  pulak ye…

    Penyelesaian supaya tidak tertipu di sekitar Piramid ialah untuk sentiasa bersama tourist guide.

    Tips

    Sediakan wang kecil kerana TIPS adalah budaya disini.

     

    Cruise Sungai Nile

    Jika anda ke Egypt, wajib naik cruise Sungai Nile. Meriah sangat pada waktu malam. Bayaran sekitar RM100 bersama buffet makan malam.

    Muzium

    Piramid hanyalah binaan. Jika hendak lihat lebih banyak wajib ke Egyptian Museum.

    Debu

    Egypt secara relatifnya agak berdebu berbanding negara kita . Jika anda tidak selesa dengan debu, bawa face mask.

    Makanan

    Jika perut jenis sensitif hati-hati dengan makanan ditepi jalan. Cuba pilih restoran yang bersih. Jangan lupa cuba segala jenis makanan tradisional Egypt. My favourite ialah merpati dan typical Egyption food Kyshary. Try it.

    International Buffet with strong Egyptian taste at Soiree Restaurant, Pustat, Old Cairo at only RM20 per person . Not bad but not too fabulous lah kan.

    Jangan lupa Al Shafawi coffee shop, Khan Al Khalil. Never closed its door since 1773. I’m here for the experience and then the coffee …  try syahlab, a very traditional egyptian drink.
    Takde cuti langsung kedai ni sejak beratus tahun dahulu.. bayangkan zaman2 dahulu the atmosphere of this oldest coffee shop in Cairo. Priceless. Staff sini baik sgt bagi bilik special kat I. Banyak gambar2 pemimpin antaranya Raja Farouk, the last Egyptian king, Nagib Mahfudz -Noble Prize, Butrous Gali politiciab & banyak lagi yang pernah minum dibilik ini.

    Jika hendak makanan Asia , memang banyak di kawasan Cairo. Terutamanya sekitar kawasan student Malaysia.  Don’t forgey to visit Nile restaurant for Thai Malay food di Hayyu 7 Cairo.
    ps: orang Egypt tak makan pedas, jika hendak puas bawaklah sambal sendiri!

    Nanti saya share lagi ye.

     

    XOXO

     

     

     

     
  • Grooming bersama Warga ATOM!

    Lembaga Pelesenan Atom Malaysia atau Atomic Energy Licensing Board (AELB) adalah sebuah organisasi dibawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Ibu pejabatnya terletak di Dengkil, ditengah-tengah kehijauan desa. Best sangat bila sampai disini. Walaubagaimanapun, disekililing kawasan tersebut dilihat ada tanda-tanda pembangunan akan melanda. Mungkin satu hari nanti kawasan hijau disini hanya akan tinggal kenangan?

    Terima kasih kepada semua yang terlibat.

    Berminat menganjurkan kursus di tempat anda?

    Kursus yang ditawarkan ialah daripada imej, protokol, komunikasi, Neuro Linguistic Programming (NLP), pengacaraan majlis, pengendalian majlis rasmi, 5s, pengurusan stress dan pelbagai lagi.

    Hubungi  talian 0193290397 atau 0194432763 (Hidayah Pembantu kepada CuteCarry)

    Maklumat lanjut  training@cutecarry.com atau  cutecarry@yahoo.com

     Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini

    Senarai pelanggan sila klik disini.

    Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini 

     Instagram sila click CuteCarry dan fanpage FB sila click CuteCarry

    Tawaran Istimewa bersama CuteCarry untuk kursus 2015

    Jika nilai harga perkhidmatan terkumpul organisasi anda bersama Syarikat CuteCarry dalam tempoh bermula 1 Januari 2015 sehingga 30 Disember 2015:-
    i. melebihi RM20,000, organisasi anda layak mendapat kursus SETENGAH HARI PERCUMA

    ii. melebihi RM30,000 organisasi anda layak mendapat kursus SEHARI PERCUMA

     

     
  • Blue Mosque di Istanbul, tapi jangan salah sangka!

    Saya bergambar berlatarbelakangkan sebuah masjid di Istanbul dan salah seorang rakan facebook memberi komen ‘cantiknya Blue Mosque”.

    Saya tidak salahkan dia sebab jika saya tidak ke Istanbul, saya juga akan menyangka bahawa ia adalah Blue Mosque. Sebenarnya kebanyakan masjid di Turki mempunyai bentuk yang hampir serupa. Terdapat sekitar tiga ribu buah masjid lama dan bersejarah di Istanbul dengan rekaan yang agak sama tetapi hanya satu BLUE MOSQUE~

    Blue Mosque sebenarnya bernama Sultan Ahmed Mosque. Jika dilihat daripada struktur luar bukanlah berwarna biru tetapi kenapakah ia digelar Blue Mosque?

    Lihat struktur dalam masjid ini. Indahnya rona biru sejak tahun 1609. Masjid ini berasal daripada tempat beribadat raja-raja dan kemudiannya dibuka pada orang ramai. Sehingga hari ini, orang Muslim boleh menunaikan sembahyang didalam masjid ini. Terdapat pintu masuk khas untuk orang Muslim yang ingin bersembahyang disini. Bahkan, jika anda muslim, ada keistimewaan untuk tidak beratur panjang didalam cuaca sejuk. Kami jadi bahan pameran kerana ketika mengambil wuduk, barisan pelancong mengambil gambar!

    Terdapat ruang untuk sembahyang yang orang bukan muslim tidak boleh melepasinya. Polis yang menjaga kawasan itu amat tegas. Jika terdapat orang bukan islam masuk kedalam kawasan itu, cepat je kena halau.

    Ini bukan Masjid Biru tetapi salah satu masjid yang bersejarah. Can you imagine, I forgot the name of the mosque. I guess it is because too many mosque we visited during our Istanbul trip. Too many historic, beautiful ancient structures, I am like 6 year old kid in a chocolate land. Truly excited.

    Terdapat sejarah menarik dilantai berwarna itu.

     
  • Jiwa terpegun di Istanbul; gereja yang dijadikan masjid – Hagia Sophia

    Kegemilangan Hagia Sophia bermula sejak beribu-ribu tahun dahulu. Sejarahnya adalah daripada gereja Orthodox selama 900 tahun dan menjadi masjid selama 400 tahun dibawah  Kerajaan Uthmaniyah. Bangunan gah ini dijadikan muzium pada tahun 1935.  Ada orang yang mempersoalkan kenapakah ia dijadikan muzium? Saya mendengar penerangan daripada salah seorang orang Turki yang menyatakan disebabkan pada waktu itu ramai yang mempersoalkan berkenaan status tempat beribadat bangunan ini. Oleh itu, untuk memuaskan hati semua orang, ia dijadikan muzium. Kurang pasti sejarah dan kebenaran fakta itu tetapi itulah yang dimaklumkan.

    Barisan masuk ke dalam bangunan ini amatlah panjang. Bayangkan, dikala suhu sejuk menggigit tulang, orang ramai sanggup bertahan untuk masuk kedalam muzium ini. Nasib baiklah pemandu pelancong kami membuat tempahan tiket lebih awal dan kami tidak perlu mengikut barisan itu.

    Sebenarnya, saya memang sudah lama berhajat kesini tetapi keinginan bertambah membuak setelah melihat rancangan realiti pengembaraan K-pop Sistem Over Flowers dimana Lee Seung -gi membawa gabungan pelakon adik beradik  Yoon Yeo-jeong, Kim Ja-ok, Kim Hee-ae dan Lee Mi-yeon mengembara ke Eropah. Mereka singgah di Istanbul dan melawat  Hagia Sophia. Wishing and hoping and finally my dream comes true, I am here in Hagia Sophia!

    Saya sebenarnya  menginginkan masa yang agak lama untuk menikmati keindahan Haghia Sophia tetapi pemandu pelancong asyik memekik didalam alat hubungan yang dibekalkan supaya jangan lambat. Saya dan rakan sempat berjalan-jalan dengan saya yang menghayati keindahan bangunan ini. Terima kasih kepada rakan yang sabar mengambil gambar saya yang terlalu excited ini.

    Bangunan ini amat disayangi oleh orang Turki. Mereka amat berbangga dengan sejarah dan rasa bertanggungjawab jika ada apa-apa perkara boleh merosakkannya. Contohnya, pemandu pelancong kami memarahi pelancong-pelancong asing (bukan Malaysia) yang menggunakan flash untuk mengambil gambar didalam Hagia Sophia. Walaupun papan tanda amaran bahawa flash boleh merosakkan gambar-gambar lukisan purba didalamnya, ada diantaranya tidak peduli.Sesuailah kena marah!

    Betullah apa yang orang luar kata, antara pelancong yang paling baik dan mengikut peraturan ialah pelancong daripada Malaysia!

    Door from 2 Century BC. A very old door!

    HUGE!

     
  • Dingin Salji di bandar purba Bursa, Turkey

    Look can be deceiving. Putih salji memang cantik tetapi sejuknya mungkin tidak terbendung. Masih teringat pengalaman -17 salji di Minnessota, USA ketika CuteCarry berusia awal 20an dan rasanya tidak sesejuk salji di Turki yang mungkin sekitar 1c sahaja. Ketahanan badan muda mungkin tidak sama dengan badan lanjut usia.

    Hati tetap muda dan CuteCarry tetap mengambil kesempatan bermain salji walaupun kemungkinan untuk kena frostbite!

    Bursa adalah antara bandar tertua di Turki. Perjalanan mengambil masa sekitar 2 jam daripada Istanbul dengan menaiki bas dan feri. Sebenarnya feri menaiki bas tetapi tetap mengambil kesempatan untuk bergambar di atas bot walaupun cuaca yang terlalu sejuk.

     

    Sea gull terlalu comel untuk tidak diajak diphotobombed ketika selfie!

    Jangan tinggalkan Bursa tanpa membeli sutera ASLI buatan Bursa. Ingat, jangan tertipu dengan buatan sutera buatan negara lain. Dapatkan pandangan orang yang arif untuk membawa ke kedai yang menjual sutera asli. Membeli belah dilakukan disatu bazar tertua di Bursa.

    The silk trader served me a great hot Turkish tea after shopping session.

    Terlalu banyak tinggalan sejarah d Bursa, masa yang singkat menyebabkan CuteCarry hanya sempat untuk berada kurang setengah jam di tempat-tempat bersejarah ini. Pemandu pelancong kami, Mustapha menceritakan kisah lagenda kenapa tempat wuduk ini berada di tengah-tengah masjid yang berusia beribu tahun ini.  Pada zaman pembinaannya, seorang wanita tidak membenarnya tanahnya diambil oleh kerajaan untuk membina masjid. Walaubagaimanapun, masjid tetap dibina tetapi pemerintah mengarahkan tanah wanita tersebut supaya kawasan itu tidak dibuat tempat untuk bersolat tetapi hanya untuk wuduk. Kebenaranya tidaklah diketahui, ujar Mustapha mengakhiri ceritanya.

    Selfie -selfie dan selfie.

     

    Malam masih agak muda ketika kami mengakhiri lawatan pada hari itu. Oleh itu, CuteCarry dan rakan mengambil kesempatan untuk bersiar disekitar bandar Bursa. We are having tasty Turkish beverages in this great winter mall ambiance. Thank you to my friend yang setuju untuk keluar minum pada malam itu walaupun terpaksa menempuh cuaca sejuk. Kalau tidak terperap sahaja di hotel. muahhh…..

    I will be back.

    Keajaiban Istanbul di entri seterusnya…

     

     

     

     
  • Turkey – lambang keanggunan tamadun Islam – Dingin Subuh Istanbul!

    CuteCarry sebenarnya agak obses dengan bandar-bandar yang mempunyai budaya dan bangunan bersejarah. Jika diberi pilihan, rasanya ingin melawat kesemua bandar-bandar ini tetapi apakah daya, masa tidak mengizinkan. CuteCarry terlalu sibuk dengan urusan seharian dan mengendalikan CuteCarry Sdn Bhd adalah seperti menatang minyak yang penuh.

    Tahukah anda kali terakhir CuteCarry bercuti ke luar negara adalah tiga tahun lepas.

    Orange jacket from Uniqlo.

    Akhirnya, cita-cita menjadi kenyataan. CuteCarry telah bertekad untuk berehat kerana mengenangkan mesin juga perlu berhenti. I booked my ticket to Turkey, with my friend of course. Okay…let me rephrase. My friend suggested the idea of us going to Turkey and we booked the tickets right away.

    Konsepnya ialah menyambut tahun baru di Turkey dan kami bertolak pada 30 Disember 2014. Pilihan penerbangan ialah Turkish Airlines, bukanlah kerana kami takut naik Malaysian Airlines (MAS) tetapi itu adalah antara syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan ke Turkey pada masa dan bertepatan dengan program kami. Sebenarnya, ada baiknya kami menaiki Turkish Airlines kerana dapat merasa kepelbagaian makanan yang dihidangkan. Jika sebelum ini naik MAS dapat makan kacang ataupun sate di atas Turkish Airlines dihidangkan dengan Turkish Delight dan beberapa makanan yang tidak betah lidah menyebutnya. Konsepnya ialah bakar, rebus, keju, butter, tomato dan keju, roti, keju, keju mentega dan segar (yes.. cheese!). Boleh tahan rasanya untuk lidah melayu ini.

    Alhamdulillah, berjam-jam tidur dan bangun akhirnya kami mendarat di Istanbul dengan disambut cuaca yang terlalu sejuk kerana gabungan dingin musim sejuk dan hujan. Pemandu pelancong kami telah bersedia menunggu untuk menguruskan bagasi. I am so not a backpack person, so I must say that my bag are among the hugest of all!

    Kami terus dibawa untuk bersembahyang disalah sebuah masjid lama disini. Sebenarnya untuk melabelkan masjid ini lama mungkin tidak sesuai kerana hampir semua masjid di Istanbul adalah lama dan dibina sejak beratus-ratus tahun dahulu. Mengikut pemandu pelancong kami Mustapha terdapat lebih 3000 masjid di Istanbul!

    Jangan salah anggap, ini bukanlah Blue Mosque kerana hampir semua masjid di Istanbul mempunyai rekabentuk yang sama.

    Indahnya binaan di dalam masjid ini. Kami sempat menunaikan solat Subuh disini dan pada hari itu masjid agak penuh kerana menurut kata Mustapha, Dato Bandar Istanbul berada disitu untuk menyampaikan amanat tahun baru ketika kuliah Subuh. Kalau di Malaysia buat menyampaikan amanat ketika Subuh agaknya ramai tak yang datang?

    Kami bergegas untuk ke bandar purba Bursa!

    Orange jacket from Uniqlo can’t stand the cold.

    Tunggu kisah selanjut…

     

     

     

     

     

     
 
 
 
 
 
 

Enter your email here!

Get latest updates from CuteCarry