home "CuteLook USTAZAH XXL JADI VOGUE ISLAMIC (ROCK MY HIJAB!)

USTAZAH XXL JADI VOGUE ISLAMIC (ROCK MY HIJAB!)

MAKEOVER SEORANG USTAZAH BERSAIZ XXL

*
*
Ustazah Norhayati, seorang isteri beranak empat adalah seorang yang amat istimewa. Beliau adalah pengasas PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN BIMBINGAN AT TAQWA. Pertubuhan ini menempatkan anak-anak yatim dan kurang bernasib baik. Pada sesuatu masa, 60 orang anak- anak berada dibawah jagaan beliau.
*
*
Kesibukan ditambah pula faktor ekonomi menyebabkan beliau tidak mempunyai banyak masa untuk bergaya dan hanya mempunyai 7 persalinan pakaian. Berat badan juga menjadi batu pemusnah keyakinan.
*
*
@cutecarry and #teamcutecarry come to the rescue. Kami buat sesi makeover untuk dia jadi lebih vogue.


*
*
Perubahan yang kami buat ialah:-

WARNA
——
Warna hitam dan kusam membuatkan dia nampak tua dan kurang bermaya. Kami ubah kepada warna pastel yang menyerlah warna kulit nampak berseri.
*
BENTUK BADAN

Berat badan bertumpu pada perut dan punggung. Kami tidak suruh dia diet tapi pilih pakaian dengan potongan yang sesuai.
*
TINGGI

Kami tidak meminta dia makan pil tinggi untuk menaikkan ketinggiannya yang hanya 147 cm. Kami hanya memilih baju dan kain serta corak seimbang

AGAMA
—-
Kami hormat pendirian beliau untuk TIDAK MEMBUKA AURAT.

*

Hasilnya seorang Ustazah yang amat gembira.

 

———————————-

Untuk jemputan mengendalikan seminar.

‭019 337 6807‬
019 329 0397
‭03 8940 6807‬

Hubungi : training@cutecarry.com  atau cutecarry@yahoo.com

Comments

comments