Beralih ke satu topik yang paling best,oleh sesiapa sahaja iaitu topik makan! CuteCarry pergi ke Perlis atas urusan kerja dan sempatlah juga berjalan-jalan cari makan!

Padang Besar. Dissapointed. Lots, tons of counterfeit items. Kenapa tiada penguatkuasaan undang-undang terhadap mereka yang menjual baju Paul Smith dan D&G yang berharga RM10? Mereka seakan-akan bebas bermaharajalela mendapat rezeki menggunakan hasil titik peluh kreativiti orang lain.

JANGAN BELI BARANGAN (BEG ATAU BAJU) TIRUAN ATAU ANDA AKAN NAMPAK MURAHAN. JANGAN INGAT ORANG TIDAK TAHU! FASHIONIST TIDAK AKAN BELI BARANGAN TIRUAN UNTUK BERGAYA.

Jika ke Padang Besar jangan beli baju TIRUAN tetapi BERAS Pulut Susu dia. MEMANG-memang best.Bila dah masak lembut dan wangi. Sekilo dalam RM4 cam tu.

Tension tengok..hilangkan tension kita makan.

The best kat Padang Besar, Pulut Ayam. Pulut yang dimakan bersama ayam goreng dan sos thai. Ini bukan makanan tradisional orang Perlis tetapi makanan orang warga Thay yang datang daripada sebelah sana. Sedap. Jangan risau, yang berniaga tu orang Islam. Banyak gerai kat Padang Besar tu.

Di Bandar Kangar, singgah di Market Pokok Sena, ada food court banyak makanan yang best-best. CuteCarry nak makan pulut ikan masin tetapi semua dah habis. Sesuailah kan, buat cara orang KL la kononnya, makan breakfast pada hujung minggu pukul 9 .30 pagi cam tu. Akibatnya, banyak makanan dah habis. Orang-orang sini makan pagi-pagi kut, ataupun jenis yang bangun pagi dan bukannya Subuh gajah macam CuteCarry kan!

Sempat snap gambar bangun tido di market tu! Gucci shades penutup cela!!!

Ini TERBAIK. Bihun Sup Thai, terasa macam makan kat Bangkok! cukup masam segala. Jangan lupa tambah cili serbuk dan cuka sikit bagi POWER!!!

Roti Canai MILO!!! Nak rasa marilah makan sini. Dimasak tidak menggunakan minyak.Tetapi ia macam keras sikit..but worth a try.

Laksa Perlis. A must try. CuteCarry terdengar nak makan laksa ni terbaik kat kedai Kak Su Kuala Perlis (not sure the exact name) but this is not from that particular kedai, so takdelah power sangat.

Balik Perlis terus timbang berat badan! Typical sangat kannnnnn…..

Comments

comments

 

Tags: , , , , , , ,