Jika disebut Kota Kinabalu Sabah, antara yang terbayang ialah makanan laut yang segar dan murah. Ia memang murah tetapi anda patut mencuba lobster atau udang kara ketika berada disini. Jika hendak yang terbaik dan menepati selera orang Semenanjung yang sukakan kepedasan, sila ke satu gerai di Kota Kinabalu. CuteCarry terlupa apakah nama tempatnya tetapi ia BUKAN terletak di Pasar Filipina. Anda perlu berjalan sekurang-kurangnya 10 hingga 15 minit dari Pasar Filipina  dan anda akan terjumpa dengan gerai-gerai yang dikendalikan oleh masyarakat tempatan. Maafkan saya tetapi saya terlupa nama gerai tersebut.  Tetapi hasi check ini ditulis Segama Waterfront. Terdapat banyak gerai tetapi gerai yang paling sedap terletak di tepi laut dan ia yang paling besar dan mungkin ramai orang makan. Vague description? I am so sorry!

Lobster yang amat besar tersebut berharga hanya RM126. Jika anda fikir ia mahal, cuba anda tanya harga lobster di Semenanjung dan saya pasti akan terkejut dengan betapa murahnya lobster ini.

Lobster yang amat besar + beberapa ekor ketam saiz sederhana + beberapa ekor sotong saiz sederhana + ikan yang berwarna biru saiz besar + rumpai laut + nasi = RM200

Jika biasa makan makanan laut, anda akan merasakan ia amat murah untuk tiga orang. Yang penting kesegaran tahap tertinggi!

Saya memang amat suka makan,  setelah kenyang makan sea food, menyambung makan pencuci mulut di hotel penginapan iaitu Hotel Promenade.

Paling terbaik kami boleh mencuba makanan tersebut sebelum membelinya.


Inilah wajah team saya yang kuat makan.

Dim sum . Jika anda ikut saya mesti akan kuat makan, ‘semua ditanggung halal’ ! ..sampai Kak Naza (bukan nama sebenar) cakap ‘perut buncit lepas makan sampai susah nak rukuk sembahyang’. Kelakar sungguh…

CuteCarry disini untuk mengendalikan kursus untuk Excellence Momentum High Performance Secretary, Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang telah diadakan di Hotel Promenade, Kota Kinabalu.

Skin care & make up session by Naza Sentuhan Derina. Make up artist yg amat berpengalaman.

 

Terima kasih kepada semua….anda semua memang awesome. Kursus telah diadakan dalam keadaan santai tetapi penuh dengan maklumat dan menepati modul yang telah ditetapkan. Mereka juga berkata pada tahun depan hendak CuteCarry lagi!!!!

Thank you, thank you and thank you.

Ingin menganjurkan kursus ditempat anda? Kepakaran kami adalah didalam bidang IMEJ, Ketrampilan, komunikasi, protokol, etiket, penganjuran majlis, motivasi, 5s dan bidang-bidang yang berkaitan. Modul kursus boleh diubah mengikut keperluan urusetia

Hubungi  talian 0193290397 atau 0194432763 (Hidayah Pembantu kepada CuteCarry)

Maklumat lanjut  training@cutecarry.com atau  cutecarry@yahoo.com

 Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini

Senarai pelanggan sila klik disini.

Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini 

 Instagram sila click CuteCarry dan fanpage FB sila click CuteCarry

Tawaran Istimewa bersama CuteCarry untuk kursus 2015

Jika nilai harga perkhidmatan terkumpul organisasi anda bersama Syarikat CuteCarry dalam tempoh bermula 1 Januari 2015 sehingga 30 Disember 2015:-
i. melebihi RM20,000, organisasi anda layak mendapat kursus SETENGAH HARI PERCUMA

ii. melebihi RM30,000 organisasi anda layak mendapat kursus SEHARI PERCUMA

 

 

 

Comments

comments

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,