Bengkel Imej dan Protokol di EPU,Putrajaya (kompleks amuk lelaki pedang samurai dan wanita Power Rangers)

EPU ialah singkatan untuk Economic Planning Unit atau Unit Perancang Ekonomi. Organisasi ini adalah salah satu daripada unit di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). CuteCarry telah dijemput untuk mengendalikan workshop bersama dengan EPU, selama 2 hari.

Joey Makeover  dan Fara Butikpinkku.

Agak ketat untuk masuk ke Kompleks Perdana Menteri ini. CuteCarry kena beratur satu tempat dan mengambil pass sambil muka dirakamkan. Snap-snap ada kamera kecil automatik ambil gambar setiap pengunjung yang masuk.

Cutecarry buka sunglasses dan kemudian pose dengan mulut sedikit muncung! (pouty..pouty strike a pose..bukan pose muncung itik ye!)

Kawalan yang amat ketat ini ialah disebabkan oleh kisah kompleks ini iaitu dimana seorang lelaki  mengamuk dengan pedang samurai bersama dengan seorang wanita. Masih ingat tak kisah tu?

Lelaki tersebut ialah seorang blogger yang dikatakan ada tekanan mental dan beliau cuba untuk menyerang Perdana Menteri bersama dengan seorang wanita. Berhasrat untuk menggulingkan kerajaan,  lelaki cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri apabila anggota polis terpaksa melepaskan tembakan.Kejadian itu berlaku apabila mereka dikatakan cuba membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri Putrajaya apabila menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai. 

Lelaki tersebut ditembak dan kemudian meninggal dunia dan wanita tersebut ditangkap dan dibicarakan. Penampilan wanita tersebut ketika di mahkamah memang sangat menarik perhatian iaitu beliau dengan imej bertopeng …

IMEJ HIJABISTA POWER RANGERS!!

Ini adalah konsep alternatif untuk menutup muka. Jika di Afghanistan kita memakai burqa tetapi beliau telah memilih untuk memakai topeng Power Rangers!

Sejujurnya, Cutecarry amat berkenan dengan gaya tudung wanita ini. Tudung yang digayakan sesuai dengan bentuk muka beliau.  Muka beliau tidaklah terlalu runcing dan oleh itu beliau memakai anak tudung yang tidak terlalu kedepan  dengan lilitan selendang yang agak flowy (tidak melekat di dahi dan sekitar tepi pipi)  dan ini memberikan ilusi muka nampak lebih runcing!

Pandai juga dia bergaya kan?

And girl… I luv your shades!!!!!

Tetapi mereka menyerang salah tempat!!!

Kompleks Jabatan Perdana Menteri ini adalah beberapa bahagian. Unit-unit dibawah Jabatan Perdana Menteri diletakkan di bawah dua kompleks dan  lebih kurang 200 meter daripada tempat mereka menyerang terletaknya pejabat Perdana Menteri kita.

Wrong place and the wrong time!!!!

XOXO

Berminat untuk  CuteCarry hadir ke event anda untuk appearance, boleh hubungi terus CuteCarry. Fee boleh dirundingkan.

kursus untuk korporat/kerajaan seperti kursus penampilan diri/imej, protokol dan etiket sosial, make up, penganjuran majlis, konsep/persijilan latihan 5s, pengurusan pelanggan, komunikasi dan sebagainya bagi swasta, kerajaan dan individu, bolehlah menghubungi CuteCarry di talian 019-3290397, email cutecarry@yahoo.com atau click disini.

List kursus anjuran CuteCarry ialah:-

  • Imej ABC (Appearance, Behaviour, Communication)
  • Ketrampilan Diri
  • Protokol dan Etiket sosial
  • Protokol Majlis Rasmi
  • Pengendalia majlis dan acara
  • Komunikasi
  • Pengurusan Pelanggan
  • Pengucapan awam
  • Pengacaraan (emcee)
  • Penulisan Teks
  • Persekitaran dan Amalan  5 S
  • Motivasi
  • Pengurusan Kewangan Peribadi
  • Kepimpinan
  • Pengurusan  dan Kecermelangan Pentadbiran
  • Kecemerlangan penyeliaan
  • Pemikiran Kreatif
  • Law of Attraction (LOA)