Cara kita berjalan juga melambangkan siapakah diri kita yang sebenarnya. Kita memerlukan masa kurang seminit untuk mengkategorikan siapakah orang yang kita maksudkan dengan cara dia berjalan. Oleh itu, di dalam kursus Penampilan diri Protokol dan Etiket Sosial anjuran  Kementerian Belia dan Sukan, CuteCarry telah menekan cara kita berjalan dengan betul. Oleh itu, bilakah cara berjalan sangat penting? Banyak sangat, contohnya ketika kita melangkah ke dalam bilik temuduga, berjalan di depan ketua, berjalan bersama pasangan di majlis keramaian dan banyak lagi.

Anda pun mesti pernah melabel orang dengan cara mereka berjalan kan? Pelbagai gelaran diberikan lembap, lemah, kalut, ‘gangster’ atau kasar, lembut dan sebagainya. Mereka yang berjalan meleret kaki, dikatakan lambat buat kerja dan mereka yang berjalan seperti sedikit terjengket ke depan dan laju dikatakan mereka yang sentiasa hendak cepat dan sedikit tertekan. CuteCarry kadang-kadang berjalan cepat (selalu kena complain) dan sedikit berjengket dan ini ditegur oleh seorang kaunselor “you cepat kalut dan risau ke?”.

Ada kebenarannya apa yang dia cakap kerana CuteCarry pun kadang-kadang kalut. Perniagaan perlu diuruskan dengan cepat dan semua benda kena buat sendiri. Tetapi kekalutan dan kerisauan  itu ada hikmahnya Cutecarry sentiasa alert/berjaga-jaga dengan persekitaran dan keadaan semasa. Contohnya, jika ada client minta apa-apa, CuteCarry akan cepat-cepat sediakan kerana takut lambat. Ini menyebabkan client senang hati dan business pun akan dapat.

CuteCarry berjalan cepat pun kerana CuteCarry memang jenis orang yang suka cepat dan tidak suka bertangguh. I can’t stand slow people. Slow people disini ialah mereka yang kerja lambat dan suka mengangguhkan kerja. Contohnya hendak hantar satu email pun kena tunggu berhari-hari dan tanpa sebab munasabah.

Sesungguhnya memang lah tidak mudah untuk mengubah cara kita berjalan tetapi tidak sukar juga.  Hanya perlu ikut beberapa tips ini seperti

i. tegakkan bahu tetapi jangan ANGKAT bahu

ii. dada ke depan secara normal, jika terlalu kedepan dan mendada, anda akan kelihatan seperti mereka yang agak sombong, bongkak dan tidak mudah didekati.

iii. Hayun langkah dalam keadaan normal dan bukan bersilang kedepan seperti model kerana anda bukan berjalan seperi di runway).

iv. jangan memijak denagn jari kaki tetapi gunakan tumit.

v. Jika risau perut buncit menyebabkan anda berjalan bongkok sebenarnya ia menyebabkan masalah lebih serius, sebenarnya orang tetap akan nampak perut anda walaupun anda buncit dan jika anda bongkok ia akan memburukkan lagi keadaan iaitu anda akan dilabelkan ‘buncit dan bongkok”. Penyelesaiaan untuk mengurangkan nampak perut buncit ialah memakai pakaian yang sesuai.

Cara untuk mengurangakan perut buncit juga ada diterangkan didalam talk selama 3 hari 2 malam ini. Konsep ABC iaitu Appearance, Behaviour dan Communication (termasuk kemahiran berucap)  telah diterangkan didalam kursus ini. Ada juga sesi praktikal make up daripada  make up artist Joey.

Jika berminat mendapat perkhidmatan CuteCarry, boleh call 0193290397 atau email cutecarry@yahoo.com. Perkhidmatan yang dianjurkan CuteCarry ialah

List kursus anjuran CuteCarry ialah:-

  • Imej ABC (Appearance, Behaviour, Communication)
  • Ketrampilan Diri
  • Protokol dan Etiket sosial
  • Protokol Majlis Rasmi
  • Pengendalia majlis dan acara
  • Komunikasi
  • Pengurusan Pelanggan
  • Pengucapan awam
  • Pengacaraan (emcee)
  • Penulisan Teks
  • Persekitaran dan Amalan  5 S
  • Motivasi
  • Pengurusan Kewangan Peribadi
  • Kepimpinan
  • Pengurusan  dan Kecermelangan Pentadbiran
  • Kecemerlangan penyeliaan
  • Pemikiran Kreatif
  • Law of Attraction (LOA)
  • Pengurusan masa
  • Pengurusan stress/tekanan
  • Pengurusan kewangan kerajaan

 

CuteCarry juga telah memberi hadiah kepada peserta-peserta terpilih, tapi jawab soalan dulu, baru dapat hadiah. Peserta terbaik/glamour kumpulan terbaik pun ada juga…

Comments

comments