CuteCarry’s Power of Image untuk Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)

Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) adalah salah satu skim jawatan didalam kerajaan. Jika anda ke kementerian atau jabatan-jabatan kerajaan, pegawai-pegawai tersebut kebanyakannya ialah pegawai daripada Skim PTD. Oleh itu, adalah amat penting untuk pegawai PTD berpakaian seperti pegawai PTD dan BUKANNYA..

i.  seperti bukan taraf pegawai

ii.  membosankan

iii.  kualiti dan rupa macam pasar malam

iv. Muka kering garing tanpa secalit make up seperti orang bangun tidur

v. Cutting dan kualiti suit seperti ketua kampung atau ahli Jawatankuasa JKKKKKK Kampung Pisang Hantu Mak Limah Balik Kampung

vi. Pakai baju kurung kemudian blazer diluar (don’t get me started..)

vii.Kasut flat atau court shoes seperti pengawas sekolah tingkatan 4.

Jangan salah anggap,bukanlah bermaksud PTD dressing seperti diatas tetapi itu adalah antara perkara-perkara yang CuteCarry tekankan semasa memberi talk kepada pegawai-pegawai PTD muda Kursus Diploma Pengurusan Awam. Peserta-peserta kursus telah menjemput CuteCarry   untuk memberi talk di Intan Kemaman, Terengganu. Rata-rata mereka adalah pegawai-pegawai muda yang bakal memimpin perkhidmatan awam.

TETAPI ramai juga didalam keletihan berkursus yang Cutecarry nampak agak bergaya (dengar kata mereka kursus pagi petang siang malam,muka semua sangat sunburn okayyyy,kesian!) Well..I can see Zara, Top Man,  Louis Vuitton and lots of interesting baju, nice mix and match. Bagus..bagus… gud job!

Cutecarry masuk terus bertepuk semua..terkejut I!

CuteCarry dapat rasakan  bahawa pegawai-pegawai muda ini mempunyai karisma tersendiri untuk memimpin negara. Perlu diingatkan bahawa tidak perlu berbelanja beribu RM untuk bergaya tetapi perlu pandai memilih mana yang terbaik agar sesuai. Oleh itu, learn and listen, listen, listen and wear your clothes at the right time and at the right place.

Perlu diingatkan juga agar tidak terlalu takut untuk mencuba dan bergaya dan please… jangan terlalu fikir apa orang lain mengata.

I LUV YOU BOYS AND GIRLS

Paling penting, ramai juga pegawai-pegawai PTD muda ini ialah followers CuteCarry.com. Muahhhh… xoxo!!!!

Love,love and love!!! btw..I rasa tua sangat bila bersama dengan uols. Umur punyalah banyak beza kerana yes.. as I told you,they are MUDA!

 

HE is not PTD muda.. very senior officer!

Kepada yang berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry untuk  styling individu dan juga kursus untuk  korporat/kerajaan seperti kursus penampilan diri/imej, protokol dan etiket sosial, make up, penganjuran majlis, konsep/persijilan latihan 5s, pengurusan pelanggan, komunikasi dan sebagainya bagi swasta, kerajaan dan individu, bolehlah menghubungi CuteCarry di talian 019-3290397, email cutecarry@yahoo.com atau click disini