Membeli belah untuk pelanggan lelaki saiz XXXL

Kerjaya sebagai seorang perunding imej memerlukan pemerhatian yang mendalam dan juga ilmu teknikal. Pengalaman saya setelah beberapa tahun menjadi perunding, antara masalah pelanggan yang berbadan besar ialah SAIZ pasaran.
Baru-baru ini, seorang pelanggan saya ialah lelaki bersaiz XXXL. Ini adalah beberapa tips yang perlu diikuti
i. Saiz berbeza antara negara. Jika butik tersebut menyediakan pakaian jenama UK, orang Asia yang bersaiz XXXL boleh memakai saiz XXL. Saiz selalunya kecil satu tahap, seperti jika saiz L bermakna di sini bersaiz M.
ii. Potongan juga memainkan peranan. Walaupun ia saiz luar negara, tetapi jika potongan adalah slim fit berkemungkinan tips diatas (i) tidak boleh digunakan. Baju akan ketat terutamanya dibahagian perut dan dada.
iii. Material. Hati-hati dengan material seperti lycra dan berat yang berkemungkinan menyebabkan pemakai nampak lebih gemuk.
iv. Jenama yang agak mesra pembeli besar adalah seperti Mark and Spencer, Factory Outlet dan British India, Saccor Brothers dan Polo. Jika bernasib baik dapat di H&M!

Saya amat gembira kerana pelanggan telah membeli semua pakaian yang saya cadangkan. Badan besar bukan bermakna anda perlu memakai pakaian yang membosankan.

Maaf kerana saya tidak dapat menunjukkan gambar pelanggan kerana profil pelanggan adalah rahsia.

ps: Semasa berada di KLCC dan sebelum klien datang, sempat membeli belah untuk diri sendiri. Versace Jeans at 50% off!

ps: TIADA saiz XXXL disini …

Saya telah berjalan sebanyak 10km di KLCC untuk mencari yang terbaik untuk pelanggan semasa ssi membeli belah. Perunding imej perlu membuat kajian sebelum berjumpa pelanggan.

Pelanggan gembira, saya lagi gembira. Alhamdulilah telah ditempah untuk sesi seterusnya.

Berminat mengubah penampilan anda, hubungi saya di talian 0193290397 atau email cutecarry@yahoo.com