Salah satu isu utama oleh pelanggan-pelanggan (tidak kira lelaki/perempuan atau sebagainya) yang mendapatkan khidmat runding imej saya ialah punggung mereka yang agak lebar atau besar. Puggung besar bukan hanya ‘dianugerahkan’ kepada mereka yang gemuk tetapi juga untuk mereka yang berbadan sederhana, seolah-olah segala lemak terus dikumpulkan di bahagian punggung!

Sesetengah amat bangga mempunyai punggung yang besar, pada mereka itulah seksi… tetapi kepada anda yang rasakan punggung besar menyebabkan anda rasa seperti membawa kawah kenduri kahwin dibelakang anda, mungkin sedikit perubahan di dalam pemilihan seluar dapat membantu menyembunyikan ‘kebesaran’ tersebut.

Pilihlah memakai seluar boot cut!

bootcut1

bootcut11

Seluar boot cut adalah seluar yang sedikit kembang di bahagian bawah tapi bukan baggy ataupun seluar over seperti Hail Amir di tahun 70an tetapi hanya sedikit flare. Ia memberi ilusi kaki seluar seperti sama dengan punggung.

Comments

comments