TRAINING PALING STRESS DALAM SEJARAH

Seorang ahli perniagaan ada mempunyai pelbagai cabaran dalam hidup dan lebih spesifik jika ahli perniagaan tersebut adalah seorang trainer. Saya telah menempuh pengalaman yang saya tidak akan lupakan sepanjang hayat. Saya menerima jemputan untuk mengendalikan kursus diseluruh Malaysia dan kadang kala jadual saya ketat tanpa ada sebarang cuti selama berminggu-minggu. Saya cuba penuhi semua jemputan kerana tidak mahu menghampakan mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan.

Bekerja tanpa henti memang menjadi kebiasaan saya tetapi jika ada musibah ia kenangan tidak dapat dilupakan.

Minggu yang amat sibuk kerana saya berada di beberapa negeri dalam beberapa hari.

Hari Isnin seawal jam 6.45 pagi saya telah berada UTM Jalan Semarak untuk mengendalikan kursus 2 hari bersama warga Fakulti Komputeran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor untuk kursus Pengurusan Pelanggan. Kelas bermula pada jam 8.30 malam tetapi kebiasaan saya datang ke tempat kursus sekurang-kurang sejam setengah awal.

 

Terima kasih diucapkan kepada warga UTM Johor yang memilih saya untuk mengendalikan kursus.

 

SEPANTAS G SHANTI..
Selesai kendali kursus saya memandu, berhenti sekejap di  R&R Lebuhraya untuk menukar pakaian. Masa amat suntuk! Kereta diletakkan di Putrajaya Sentral, naik tren ke KLIA2 dan berlari sepantas G Shanti ke Gate K16 yang amat jauh. Phewww.. nasib baik sempat naik kapal terbang!

 

 

 

 

Kepenatan saya berlari memang rasanya membakar kalori berlari seharian!

 

Kelantan adalah antara negeri yang paling saya suka kerana makanan yang sedap. Hati amat gembira kerana Pihak Berkuasa Kemajuan Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menjemput saya untuk mengendalikan kursus IMEJ untuk peserta dari seluruh Malaysia.

Kursus ini diadakan selama 4 hari 3 malam tetapi saya hanya dapat berada selama sehari. Waktu selebihnya dikendalikan oleh team saya yang bekerja keras. Saya pastikan perbincangan mendalam dengan team saya supaya kehendak pelanggan dapat dipenuhi.

Saya bersenam supaya saya boleh makan. Pagi-pagi dengan kabus saya berlari di Institut Latihan Pekebun Kecil RISDA di Kuala Krai.

I mean food..glorious tasty and cheap food. 3 pieces for only RM1.

Again…Baiknya orang RISDA Kelate ni.. Saya baru je cakap sy suka makan kuih terus depa pi beli kuih untuk saya. Saya tahu disebelah kiri lompat tikam kan tapi yg kanan warna kuning tu apa? Rasa nya daripada ubi kayu dan makan dengan air gula/manisan.

Again.. can you imagine the amount of food I consumed?

Terima kasih semua.

Maklumbalas positif yang diterima.

[youtube]https://www.youtube.com/watch?v=9jT1KlY3-co[/youtube]

[youtube]https://www.youtube.com/watch?v=2KwwBzWwKtA[/youtube]

[youtube]https://www.youtube.com/watch?v=B4gxN4iPJd0[/youtube]

 

Tonton ketiga-tiga video diatas , terutamanya yang terakhir jika anda rasa down!

 

Saya kembali ke KL pada malam selepas kursus kerana keesokan harinya saya akan mengendalikan seminar untuk Kolej Profesional MARA, Beranang Selangor. Saya tahu saya hanya ada beberapa jam sahaja untuk rehat dan saya memaksa diri untuk tidur didalam kapal terbang. Akhirnya saya sampai dirumah pada jam 2.00 pagi.
Badan yang amat penat dan saya bersedia untuk tidur dikatil empuk. Tetapi hasrat terbantut kerana terasa mual. Saya fikirkan mungkin saya makan terlalu banyak tetapi akhirnya termuntah tidak terhenti-henti. Keadaan menjadi lebih buruk kerana saya juga cirit birit. Saya mendapat keracunan makanan!
Sepanjang malam saya berada didalam tandas. Badan saya menjadi amat lesu dan saya berfikir untuk menghubungi urusetia untuk membatalkan kursus pada keesokan harinya. Walaubagaimanapun, hasrat dibatalkan. Tidak sampai hati saya untuk menyusahkan pelanggan yang telah membuat pelbagai persediaan. Peserta telah dijemput, dewan telah ditempah, makanan akan disediakan dan masa telah diperuntukkan. Ia menjadi satu kesusahan pada perancangan yang telah dibuat berbulan lamanya.

Keadaan badan masih lemah tetapi saya gagahkan diri untuk memandu ke Beranang. Ia seperti memandu dalam keadaan separuh sedar. Sesampai di bandar ini, saya ada sekitar sejam untuk rehat. Turunkan penyandar kerusi kereta dan tidur selama sejam dalam kereta.
Saya telah menahan keletihan sepanjang hari. Berdiri selama 7 jam untuk mengendalikan ceramah didalam keadaan selepas muntah dan cirit birit yang teruk bukanlah kenangan paling baik dalam sejarah kerjaya saya. Kadang kala saya menggigil dan badan seperti melayang-layang tetapi cuba untuk tidak tunjukkan kepada peserta yang hadir.

oh…saya tak salahkan makanan di Kelantan kerana saya makan dimerata tempat sepanjang hari itu, keracunan makanan mungkin di mana-mana.

Alhadulillah saya telah berjaya mengharunginya. Terima kasih KPM Beranang kerana menggunakan perkhidmatan saya setiap tahun. Kali ini saya bersama pelajar tahun dua dan tiga untuk mengendalikan kursus IMEJ. Kagum bila dapat tahu yang ada diantara pelajar yang hadir telah menjalankan perniagaan yang berjaya. Umur baru sekitar 19-20 tahun tetapi telah mempunyai syarikat sendiri. Teringat ketika saya sebaya mereka, saya masih terkinja-kinja menonton runway show!

Ini adalah antara pengalaman didalam menjadi trainer. Jika saya bekerja, kemungkinan saya akan ambil MC tetapi bila dah ada business sendiri, kita tiada pilihan.

Berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry?

Kursus bukan sahaja didalam bidang imej, penampilan, protokol dan komunikasi tetapi pada tahun ini kami mempelbagaikan perkhidmatan seperti kursus MOTIVASI, TEAM BUILDING, NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING, PEMBINAAN KERJAYA dan PELBAGAI LAGI.

Sila klik disini. atau hubungi 012 473 3545   atau 0193290397

Testimoni peserta yang pernah hadir kursus CuteCarry klik sini.