ELEGAN PRAMUGARI, PTD dan PERUNDING IMEJ

Pada masa kecil beliau pernah melalui fasa kemiskinan sehinggakan hanya makan nasi dengan kicap. Itu adalah momen yang diingati oleh Diana Sim, wanita kelahiran Sibu, Sarawak.

Pengalaman yang beliau peroleh daripada susah payah ini membuatkan dia cekal sehingga berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan daripada Universiti Sains Malaysia (USM).


Badan tinggi lampai dan berpersonaliti menarik ini juga membolehkan beliau mengenakan kebaya ikonik dan terbang di awam biru sebagai pramugari Penerbangan Malaysia. Segenap pelusuk dunia telah dijelajahi. Hospitaliti dan adab susila sebagai anak kabin seakan sebati dengan jiwanya. Walaubagaimanapun, dia menukar haluan dan diterima sebagai penjawat awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).

 

Kerjaya yang mencabar di pusat pentadbiran negara.
Masalah yang dihadapi beliau semasa bertugas ialah kurangnya keyakinan diri berdepan dengan pegawai tinggi, Menteri dan VIP diseluruh dunia. Ruang lingkup kerjaya pramugari amat berbeza dengan Pegawai Tadbir Diplomatik. Kadang kala rasa begitu janggal hendak bercakap dengan orang atasan. Tidak tahu apa yang hendak dikatakan.

Segala-gala berubah bila beliau menyertai Super Image Consultant CuteCarry 2016. Hasil didikan Hafiz Mustapha seperti keterampilan diri di majlis-majlis, protokol dan etika juga komunikasi. Segala telah dipraktikkan dan membina keyakinan beliau.

Personaliti telah menarik perhatian ramai dan sering diberi kepercayaan untuk tugas-tugas penting berhubung dan menguruskan orang-orang kenamaan di acara rasmi.

Antara kenamaan yang pernah dipertanggungjawab kepada beliau ialah Mr Brian Wong, Naib Presiden syarikat terkenal dari China iaitu Ali Baba, Menteri-menteri dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan seperti Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah.

Gayanya membuatkan ada kenamaan yang bertanya berkenaan imej kepada beliau!
Kini beliau juga menerima jemputan mengendalikan seminar imej dan protokol. Pelaburan yang dibuat untuk menyertai Train The Trainers (TTT) Super Image Consultant nyata berbaloi.

kepada pelanggan di dalam 4 aspek utama iaitu ABC iaitu:-
Appearance (Keterampilan)
Behaviour (Kelakuan/Protokol)
Communication (Komunikasi)
Development (Pembangunan)

Pelanggan pada hari ini sudah bijak memilih mereka yang mahir dalam sesuatu bidang. Peserta yang menghadiri kursus ini akan dilatih agar dapat meningkatkan kemahiran diri disamping menjadi berbeza dengan yang lain. TTT SUPER IMAGE CONSULTANT juga akan melatih anda membentuk jenama dan pemasaran perniagaan.

Ruang kerjaya terbuka luas jika anda mengikuti kursus TTT SUPER IMAGE CONSULTANT. Antaranya ialah perunding imej individu, penceramah/pengendali latihan untuk sektor swasta dan kerajaan, penata gaya (fashion stylist), personal shopper dan pelbagai bidang berkaitan.
Ilmu yang ditimba oleh anda daripada TTT SUPER IMAGE CONSULTANT ini juga boleh diguna pakai dalam kerjaya anda sekarang. Siapa perlu hadir TTT SUPER IMAGE CONSULTANT?
• Bercita-cita menjadi seorang perunding imej, personal coach dan stylist
• Pegawai kerajaan atau swasta yang ingin menambah ilmu didalam bidang latihan
• Pemilik perniagaan fesyen dan kecantikan
• Usahawan yang ingin menambahkan ilmu dalam bidang imej dan keusahawanan.

Jika anda menjalankan perniagaan, ilmu yang ditimba boleh digunakan untuk menjenamakan perniagaan anda. Pegawai di dalam bidang latihan pula boleh menggunakan ilmu ini untuk tugasan seharian.

TTT SUPER IMAGE CONSULTANT dikendalikan oleh penceramah yang amat berpengalaman dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia iaitu Hafiz Mustapha. Beliau ialah pemilik Cutecarry Sdn Bhd dan berpengalaman mengendalikan lebih 300 organisasi kepada sekurang-kurangnya 30,000 orang peserta.

Peserta akan memperolehi Set PERMULAAN PERUNDING IMEJ. Bonus adalah bimbingan untuk mendapatkan Pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

TTT SUPER IMAGE CONSULTANT 2019
25, 26 dan 27 JANUARI 2019
RM2999
SUPER EARLY BIRD RM999 (sebelum 30 November 2018)
EARLY BIRD RM1499 (sebelum 31 Disember 2018)
Hubungi

http://www.wasap.my/60193376807/TTTCUTECARRY