home "Inspiration" WANITA MELAYU DIPANDANG TINGGI DI KANADA

WANITA MELAYU DIPANDANG TINGGI DI KANADA

 

“Setiap malam saya bertanya kepada diri, siapa yang telah saya bantu hari ini? dan apabila saya bangun pagi, saya bertanya pada diri siapa yang saya nak bantu hari ini?”

 

Puan Sabariah Hussein wanita Melayu yang tinggal di Kanada selama 30 tahun dan menubuhkan kumpulan sukarelawan untuk membuat kerja kerja amal dengan masakan beliau, membantu dan memberi makanan kepada pelajar, orang yang tiada tempat tinggal, pelarian, wanita yang ditinggalkan, dan sebagainya.

 

Puan Sabariah Hussein memasak menggunakan resipi original daripada Ibu dan memasak untuk 1,000 orang secara percuma setiap hari. Beliau memasak 5 hari setiap minggu dan 2 hari lagi masa untuk beliau berehat.

 

Beliau memberi inspirasi kepada semua orang supaya perlu pergi ke mana sahaja untuk memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan. Secara tak langsung, ini dapat membuktikan bahawa Islam itu indah!

 

Menjadi kepuasan bagi beliau apabila dapat memberi senyuman kepada ramai orang disekelilingnya.

 

 

Berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry?

Modul dan bajet boleh disesuaikan mengikut keperluan anda.

KAMI PASTI KURSUS INI TIDAK AKAN MENGANTUK DAN PENUH MANFAAT.

Sila klik disini. atau hubungi 019 337 6807   atau 019 329 0397

Testimoni peserta yang pernah hadir kursus CuteCarry klik sini.

 

 

Comments

comments