home "Inspiration", "Myself", Motivation JANGAN MALU ‘REWARD’ DIRI SENDIRI

JANGAN MALU ‘REWARD’ DIRI SENDIRI

Seorang peserta  mengadu pada saya yang dia diperli oleh kakak ipar kerana membeli shawl berharga RM500. Dia yang bekerja sebagai kerani dikatakan membazir duit dan beli barang tak padan dengan gaji kerani. Peserta tu bagitahu dia mengumpul duit beberapa bulan untuk shawl tersebut. Terlalu teringin dan hanya beli sehelai je. Bukan selalu pun beli barang mahal. 

“Pendapat saya memang sah lah kakak ipar dia tu ada sedikit iri hati. Mungkin juga jenis yang kerjanya suka membawang. Kerja banyak tapi suka membawang”.

Pesanan saya JANGAN MALU untuk berbelanja selepas kita bekerja keras. Hanya kita yang tahu menguruskan kewangan kita. Lain orang lain selera. Aminah suka bermewah beli baju tetapi Rogayah suka mewah bab makan. 

Berbelanja mewah atau sedikit ‘extravagant’  adalah cara kita untuk “REWARD” diri sendiri. 

Jenis  REWARD ini boleh bermacam jenis seperti travel, barangan berjenama, kereta, gajet, makanan atau memanjakan diri di spa. 

Reward juga akan membuatkan kita rasa puas dan seterusnya kita tidak rasa terbeban untuk menolong orang lain. Kita rasa tertekan atau stress jika asyik memberi dan langsung tidak menerima. Contohnya duit gaji setiap bulan hanya dibelanjakan untuk keluarga sehingga melupakan kebajikan diri sendiri. Ada jenis ahli keluarga yang hanya tahu meminta tanpa memberi. Alasan mereka ialah keluarga mesti menolong keluarga. Kesannya ialah orang yang asyik memberi tanpa reward diri sendiri akan rasa dipergunakan. Akhirnya dia akan mula mengungkit pemberian. Konsep ikhlas terus lupus. 

Nak beli beg harga ribu-ribu, go for it asalkan tidak berhutang keliling pinggang.

Teringin pinggan mangkuk mahal? Beli je asalkan semua keperluan keluarga kita settlekan.

  • Sweater Gucci RM3800 jika ada saiz dan duit lebih ambil je.. 
  • Tshirt ‘bodoh’ Marc Jacobs harga RM500 pun jangan rasa bersalah hendak beli.  Bodoh-bodoh pun tak ambil duit orang lain. 

“JANGAN MALU untuk BERBELANJA untuk diri sendiri. Kerja kuat-kuat apa lah salahnya jika reward!”

2 Hari bersama Majlis Daerah Hulu Selangor, dalam Kursus Pengurusan & Pengacaraan Majlis.

Seminar Imej bersama Puspanita di SUK, Selangor.

Seronok ketawa hadiri seminar bersama Hafiz CuteCarry. Tak bosan langsung mereka..

Workshop Jom Carry On bersama Hafiz CuteCarry baru-baru ini di CuteCarry Academy.  Memang happening! Thanks for coming, guys!           

Kursus Keterampilan Diri bersama Pegawai JPN Negeri Kelantan. Semoga berjumpa lagi! 

Kursus Pengurusan Imej bersama jejaka-jejaka Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).

Lelaki pun perlu jaga penampilan diri, okay! You guys memang awesome!

Bersama pegawai Pejabat Tanah Galian Negeri Sembilan. Stay stylish, okay! 

Aura positif setelah hadir Kursus Pengurusan & Pengacaraan Majlis (Majlis Daerah Hulu Selangor). 

*Berminat mendapatkan seminar dan latihan yang mengubah hidup anda? Hubungi segera!

Comments

comments