home Motivation Selamat Tahun Baru 2018 dari Tanah Suci

Selamat Tahun Baru 2018 dari Tanah Suci

Alhamdulillah saya dijemput lagi untuk mengerjakan umrah. Ini adalah tahun keempat berturut-turut saya diberi kelebihan ini. Tiada niat untuk riak sekadar berkongsi kegembiraan. Ini juga bukanlah menunjukkan saya seorang yang alim. Hubungan saya dengan Tuhan adalah hubungan yang eksklusif. Tiada siapa yang boleh mencelah. Saya juga kurang senang untuk menunjukkan hubungan ini dengan orang lain. Tidak di media sosial atau secara langsung.

Jika ada yang suka menunjuk saya langsung tiada perasaan kurang senang. Pilihan dan cara adalah berbeza.

Niat saya untuk memulakan tahun dengan sesuatu yang positif. There is no such place as positive as The Holy Land.

Semua orang kesini untuk berserah. Ketenangan dirasai sebab semua orang positif. Oleh itu, kelilingilah diri anda dengan orang positif di tahun baru. Tinggalkan kelompok negatif kerana jika anda memberikan banyak tumpuan pada mereka, lambat laun negatif terpalit jua.

Terlalu banyak untuk saya bersyukur di Tahun 2017. Perniagaan menunjukkan peningkatan, badan sihat, keluarga gembira dan dikelilingi rakan yang baik. Saya amat berharap agar kegembiraan ini akan berterusan sepanjang 2018. Saya telah mengatur banyak program dan pembaharuan untuk lembaran baru ini. Hidup adalah Pengembaraan (JOURNEY).

Team CuteCarry Sdn Bhd sentiasa komited memberikan yang terbaik.

Tahun 2018 ini, kami berazam akan menawarkan pelbagai lagi program-program latihan/kursus/seminar yang menarik dan berimpak tinggi demi falsafah ‘LATIHAN YANG MENGUBAH HIDUP ANDA’. Sehingga kini, kami telah membantu lebih 20,000 peserta melalui lebih daripada 250 sesi latihan di lebih 300 institusi/organisasi di seluruh Malaysia. Nantikan kehadiran kami di organisasi tuan/puan. Kami juga telah membuat penjenamaan semula daripada segi modul dan kandungan kursus agar bersesuaian dengan keadaan semasa. Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Hidayah di talian 019-4432763

Comments

comments