About Me

My name is Hafiz aka Bjork from Malaysia and I just love fashion and style.


Should you have anything to say about fashion or style or me (????), please let me know.


Email / Facebook/ Myspace: cutecarry@yahoo.com

This Is It!

It’s time for you to confess yourself via your style. Show me how much you love fashion and CuteCarry.com


Take a photo and send to me


cutecarry@yahoo.com


I might put you on CuteCarry.com!


Page 2 of 112«12345»...Last »

Siti Nurhaliza dan Sharifah Aini memakai baju raya

Ada yang cakap diaorang ni rival, tetapi tidak lagi. Siti dan Kak Pah siap posing sama lagi! Best tengok..comel dan mesra sangat!

Sama-sama cantek.Siti ini this gorgeous retro print by Rizman Ruzaini while Kak Pah in luxury songket.

Comments (10)

Nampak lebih tinggi dan kurus dengan baju kurung

Waktu-waktu puasa ni mesti ramai yang sibuk nak cari baju kurung. Ada yang berpendapat baju kurung dapat menutup segala kelemahan badan. Kalau yang ada banyak spare tyre tu, bercadang nak pakai baju besar. yang ada ‘bumpur’ lebar,mula la cari kain yang lebih besar.

TETAPI kalau anda salah pilih, nanti waktu raya nanti anda akan nampak macam sedang berjalan didalam karung guni!

Corak baju kurung boleh membuatkan anda nampak lebuh kurus dan tinggi.

Jika ingin nampak tinggi, pakailah baju kurung yang sama warna, atas dan bawah. Jika pakai baju kurung seperti di atas, nampaklah anda akan nampak lebih rendah la. Baju kurung ni memang cantik untuk sesetegan orang, tetapi bukan untuk anda yang tidak berapa kurus dan tinggi ni. Ini adalah kerana ia akan membahagikan badan kepada dua bahagian dan ia akan menyebabkan anda nampak lebih rendah! (baju kurung yang cantek tu credit to Sonali Collections)

Kalau tidak percaya, tengok Dato’ Siti menggayakan baju Rizman Ruzaini. Yang ni beliau memakai baju yang sama warna dan sama corak. Cantek kan? nampak kurus sangat!

Berbanding ini.. nampak naik sikit la..

JANGAN MEMILIH BAJU KURUNG YANG TERLALU BESAR HANYA KERANA ANDA MERASAKAN BADAN ANDA GEMUK. BELI YANG BETUL-BETUL SESUAI DENGAN BADAN ANDA.KALAU SAIZ ANDA M, BELI LAH M. MUNGKIN BAJU TU NAMPAK MACAM LABUH, BOLEH ALTER KAN…

KEPADA YANG RENDAH, DAN BERISI ELAKKAN BAJU KURUNG PAHANG ATAU RIAU YANG KEMBANG-KEMBANG TU YE. APA KATA CUBA BAJU KURUNG MODEN YANG LOOSE. MESTI NAMPAK LANGING!

So..kalau tengah shopping tu pandai-pandai la pilih.

CuteCarry grooming class click here

Comments (6)

Guess ‘Alina’ Satchel

Guess memang pernah menjadi beg favourite CuteCarry.

I rephrase ye… pernah menjadi. Tetapi semakin lama, design beg Guess nampak murahan, dan kadang kala disebabkan banyaknya beg Guess ciplak di pasar malam, Guess original yang dijual 40% diskaun nampak macam ciplajk juga.

Apa ni Guess? Dulu sewaktu zaman 90an,siapa pakai Guess memang kelas la! Long, long time ago.

Tiba-tiba hati CuteCarry sedikit tertarik dengan Alina (bukan pasangan duet Anuar Zain zaman dulu-dulu ye!)

Beg ni tidak nampak macam rekabentuk beg-beg Guess yang murahan. Nampak kukuh (tidak tahulah jika tidak kukuh) dan boleh tahan juga gayanya. Boleh pakai waktu shopping. Lambang G dia pun simple dan classy.

Harga lebih kurang didalam RM500. Untuk yang baru-baru nak berjinak dengan beg-beg branded, mungkin boleh bermula dengan Guess. *paham,gaji baru berapa kan, sebelum mula beli Coach, beli Guess dulu, bila dah dapat beli Coach, mengidam Chanel pulak! Begitulah adat kehidupan fesyenista!

I AM SPEAKING FROM OWN EXPERIENCED..

Comments (12)

Siti(s) In Purple Rizman Ruzaini

Siti Nurhaliza Productions telah membuat majlis berbuka puasa. CuteCarry tidak dijemput..takpelah dapat tengok gambar pun ok..(mood sayu di bulan Ramadan, tiba-tiba kann.Masalahnya glamour sangat kah CuteCarry ni nak kena jemput kan, sedar diri sikit..hahahha..)

Tetapi yang mendapat perhatian ialah baju warna ungu oleh ketiga-ketiga Taruddins Sisters ini. Baju-baju ini adalah rekaan  Rizman Ruzaini.

Baju Siti Manakah yang anda suka? Siti Saida, Siti Sairah atau Dato’ Siti Nurhaliza.Pilihan CuteCarry ialah baju Siti Saida. Simple,elegant and effortless. Skirt Saida dan Dato’ Siti adalah salah satu signature Rizman Ruzaini.

Adakah Siti tambah berat badan sikit? Mungkin hanya gambar kut. But whatever it is you are still the most beautiful and kind and friendly and humble. All the good things.. everything nice.  Ini adalah pujian ikhlas CuteCarry yang telah beberapa kali berjumpa dengan Siti, daripada dahulu sampailah sekarang…tidak pernah sombong!

Pics from budiey.com

Comments (3)

Madonna’s Birthday gift from boyfriend Jesus Luz

Madonna is 52 years old and still looking great and his 24 years old boy,model/DJ Jesus Luv loves her! That is why  this brilliant, brilliant boy (for having Madge) presents this on her birthday

Olympus Teneo Clutch by Our Lord and Saviour by Jason Salstein. Cost about USD$9,335 (about RM37753.. tidak boleh lawan beg Siti Nurhaliza RM4oK).

Happy Birthday Madonna!

ps: Janganlah lepas ni bila Madonna dapat hadiah ini ada orang Melayu yang membeli dan bergaya sakan dengan beg ni pulak.  Tidak sesuai!!!

Comments (22)

Sunglasses TOM FORD

CuteCarry memang amat mengangumi pereka terkenal, Tom Ford. Beliau adalah bekas pengarah kreatif Gucci dan insan yang bertanggungjawab menaikkan nama Gucci setelah jatuh . Kalau tak kerana dia, tidak lah Gucci masih bertahan sehingga sekarang.

Setelah Tom Ford menerajui Gucci, jualan Gucci meningkat sehingga 90%!! Oh.. I still remember the white dress that elevated Gucci sales.

Aura Tom Ford memang sukar ditandingi. Semasa di Hartamas, CuteCarry ternampak seorang memakai shades yang sangat sangat menarik. Seperti biasa, sebagai seorang yang memang suka bertanya/penyibuk CuteCarry terus seraya bertanya kepada empunya diri yang CuteCarry belum kenali, “nice shades, where you bought it?” Nama tidak kenal lagi tetapi terus tanya pasal sunglasses kan!!!

Kay Lee Chang (lepas tu baru tanya nama) memakai Tom Ford. Memang la sangat-sangat-sangat wahhhh… rasa nak minta cuba shades ni tapi CuteCarry kena jaga adab tatasusila bagai ye.

Nak tengok Tom Ford lagi? sila click…

Continue Reading…

Comments (4)

CuteCarry shooting bersama dengan Schwarzkopf

CuteCarry sedang sibuk shooting untuk Fesyenista. Walaupun bukan sebagai host utama (darl.. I am only a co host. Kavita, the beauty queen,model and designer is the main host!) CuteCarry tetap nak nampak classy and stylo!

Minggu lepas adalah shooting bersama dengan pereka fesyen yang memang banyak menang anugerah, Hatta Dolmat.  Perkara yang perlu dititikberatkan sebelum shooting ialah berdasarkan checklist seperti di bawah:-

Nak tahu lebih lagi..sila click..jangan tidak click

Continue Reading…

Comments (3)

Shopping baju kurung di Shenadz D Wangga

Seronok rasanya CuteCarry bila dapat shooting episod Fesyenista bersama dengan kawan CuteCarry iaitu Sheriff dan Nadzri. Mereka adalah pemilik butik Shenadz D Wangga. Kalau uols nak tahu, CuteCarry dah kenal Sherif sejak kami berumur 5 tahun sebab kita berasal daripada Kuala Kangsar. Memang dah lama sangat la kenal. Teringat zaman-zaman kecik dulu

Kalau anda ingat baju Erra Fazira garden wedding dengan Yusry tu, yesss..skirt dengan ala-ala tutup kepala tu, Shenadz la punya design!

From left: Sheriff (adakah sudah gemuk sikit..larikkk), CuteCarry (tetap lonjong maintain-puji diri sendiri), model Sara dan Nadzri (ok ok.. u baru workout, ok ok u dah kurus ok ok -motif!…)

Pada raya tahun ini, Shenadz Dwangga ada menjual baju raya di bawah labelnya Shenadz untuk baju kurung yang lebih ‘high end’ dan juga label Pujangga untuk koleksi yang mampu milik.

Nak tengok koleksi Shenadz dan Pujangga sila click..llick..click

Continue Reading…

Comments (3)

Kebersihan sebahagian daripada iman

Diramadan yang mulia ini, CuteCarry ingin sedikit menjadi pendakwah. Adakah anda terkejut dengan statement itu? Eloklah sedikit terkejut ye, sebab kalau la betul-betul  CuteCarry berdakwah, macam mana agaknya ye… I can’t imagine too. Tetapi CuteCarry hanya dapat ingat mengingati.. thru fashion and style of course!

BTW.. ini adalah sekadar gambar hiasan. Bau CuteCarry ialah Calvin Klein Escape!

Maaf jika entry ini mengguris hati sapa-sapa ye. Ini adalah berkenaan dengan BAU.

CuteCarry agak sensitif dengan bau yang tidak menyenangkan, tidak kiralah bau badan atau bau daripada pakaian. Disini CuteCarry ingin berkongsi berkenaan dengan BAU PAKAIAN.

Kejadian ini mungkin pernah berlaku pada anda semua,terutama ketika sembahyang berjemaah. Di bulan Ramandan, semua syaitan diikat danmungkin kerana itu CuteCarry punyalah semangat untuk berterawih. Tetapi kadang kala terawih dikacau oleh bau baju yang dikeluarkan oleh orang yang sedang berterawih di sebelah. Bau ini adalah seperti bau hapak dicampur masam atau lebih dikenali dengan bahasa pasar “bau kepam”!

Bila anda mendengar CuteCarry “describe” bau ini anda pun rasa geli kan? CuteCarry tidak kenal orang yang bersembahyang di sebelah dan untuk memberitahu berkenaan perkara itu memanglah SUSAH.

Sepatutnya sebelum ke surau atau masjid,pastikan pakaian yang dipakai bersih dan bukannya telah dipakai berulang kali. Jika pakaian itu telah dipakai berulang kali,adakah kita yakin ia bersih dan boleh dibawa untuk solat?.

Kenapakah kita boleh menukar seluar slack yang dipakai setiap hari tetapi susah sangat hendak menukar kain pelikat atau baju melayu yang telah dipakai?  Kalau ke masjid kan elok kita berwangi dan memastikan tiada baju yang kurang menyenangkan terbit daripada kita.

Checklist sebelum ke masjid/surau ialah:

i. Pakai pakaian yang baru/bersih. TUKAR KAIN PELIKAT/BAJU MELAYU anda setiap hari. Untuk wanita,telekung yang dipakai juga perlu ditukar!!

ii. Pakai deodorant

iii. Pastikan anda mandi dengan sempurna.

iv. Gosok gigi atau sila berkumur selepas anda merokok. Bau nafas perokok akan mengganggu orang yang sedang hendak kusyuk disebelah anda.

Janagan biarkan diri anda menjadi mangsa umpatan sebab tiada kesedaran berkenaan dengan penjagaan diri.

Mungkin entry seterusnya ialah… bau mulut akibat rokok yang kurang menyenangkan! Tunggu…

Comments (12)

Rizalman jadi Pengarah Iklan

Kelas Rizalman,.. daripada fashion designer sehinggalah kepada pengarah untuk iklan Kosmetik Sri Mawar.Ala-ala Tom Ford pulak yang mengarah filem. Mungkin lepas ni mungkin Rizalman akan mengarah filem!

Iklan ni baru habis shooting di Jakarta. Paling best, Rizalman pun akan muncul didalam iklan tu. Nanti tengok TV ye.

Berita lain, kepada yang berminat nak beli koleksi Puteh by Rizalman tu,terpaksalah menggigit jari sebab menurut Rizalman, KOLEKSI INI HABIS DIJUAL SEHARI SELEPAS PERAGAAN!

Harga baju raya 2010 PUTEH  jika tidak salah CuteCarry adalah BERMULA daripada RM3500. Kepada  yang tidak begitu arif tentang designer fashion, cakap wah… sapa nak beli? So wrong… Ini menunjukkan jika kualiti baju adalah TERBAIK, pelanggan tetap akan datang kepada kita!

So designers, work hard, give attention to details and work hard again.

CuteCarry with Rizalman dan pemilik Puteh, Fazwinna Mustapha Kamal semasa pertunjukan fesyen Puteh Raya 2010!

some of the pics credit to Rizalman

Comments (6)


CUTECOMMENTS

CUTESTCOMMENTS

CUTEADS

CUTEPOSTS

CUTECATEGORIES

CUTEFRIENDS







Shop Hips & Curves for Halloween

FragranceNet.com







We Cook the Food, You Lose the Weight

Slimming.com

Good Times Entertainment

Cute Readers. These are the cool and trendy people that reads my cute blog!Recent Readers

DSC00247 DSC00246 DSC00224 DSC00220 DSC00218 Scuba Divers Sipadan Island Holding A 10Kg Tuna Bajau Laut Man With His Catch - A 10Kg Tuna