MENGENAI KAMI

CuteCarry Sdn Bhd adalah sebuah syarikat latihan dan perunding yang ditubuhkan pada tahun 2013.

 

Hafiz Mustapha, CEO CUTECARRY SDN BHD berpengalaman sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) berpengalaman selama 10 tahun.
Sedekad didalam bidang latihan dan perundingan membolehkan CuteCarry Sdn Bhd membina reputasi kukuh dengan pelanggan di pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

 

Sejak penubuhannya, CuteCarry Sdn Bhd telah berjaya melatih beribu peserta di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Kami bangga dengan sumbangan kami dalam membantu organisasi dan individu mencapai matlamat dan potensi mereka sepenuhnya.

 

CuteCarry Sdn Bhd juga telah mendapat pelbagai Anugerah keusahawanan seperti Million Ringgit Achiever Award 2022 dan penghargaan keusahawanan SME CORP KUSKOP.

 

VISI

Syarikat Latihan dan Perunding Nombor Satu di Malaysia

 

MISI

Menyediakan perkhidmatan latihan dan perunding bermutu tinggi selaras dengan peredaran semasa supaya pelanggan menjadi profesional, positif, berjaya dan bergaya.

KELEBIHAN KURSUS BERSAMA CUTECARRY

  1. Penyelesaian isu Jabatan Kerajaan: Setiap kursus kami direka khas untuk menangani isu-isu dalam jabatan kerajaan. Anda maklumkan kepada kami isu dan modul dan pengajaran akan disesuaikan mengikut kehendak anda.

  2. Dua hala: Kami akan selidik apakah isu dan harapan peserta terhadap jabatan. Laporan akan diberikan untuk untuk penambahbaikan dan mutu perkhidmatan jabatan.

  3. Kursus yang Memikat dan Menarik: Kami berjanji kursus tidak bosan, suasana yang berinteraksi dan menyeronokkan, Konsep ‘story telling’ untuk pemahaman maklumat yang disampaikan.

  4. Laporan Kursus yang Terperinci: Selepas tamat kursus, anda akan menerima laporan komprehensif yang mencakup perkembangan dan cadangan praktikal untuk pelaksanaan dalam jabatan anda.

  5. Tenaga Pengajar Pakar dan Berpengalaman: Kursus kami disampaikan oleh pakar industri yang berpengalaman, memastikan anda mendapat terbaik daripada pakar dalam bidang masing-masing.

  6. Buku fizikal atau ebook: Setiap peserta akan dibekalkan dengan buku fizikal atau ebook.

SENARAI LATIHAN

MENGENAI PENGASAS
 

MENGENAI PENGASAS

Hafiz Mustapha telah mengubah IMEJ ribuan orang. Orang-orang yang telah UBAH IMEJ ini telah menjadi KAYA DAN BERJAYA. Pengalaman selama 8 tahun didalam bidang perundingan imej telah membuatkan beliau popular di jabatan kerajaan dan swasta. Beliau telah membantu pegawai kerajaan, ahli perniagaan, ahli politik sehingga usahawan untuk mengubah imej.

 

Seorang penceramah, perunding imej, penulis, blogger dan pengasas CuteCarry Sdn Bhd. Berbelas ribu peserta telah mengikuti kursus dibawah kendalian beliau.


Kepakaran : bidang IMEJ ABC- Appearance. Behaviour, Communication, Protokol & Etika, Perkhidmatan Pelanggan, Penjemaan Perniagaan, Motivasi, 5s, Daya tarikan (law of attraction), pengendalian majlis dan lain-lain.


Beliau merupakan Presiden Federation of Image Professionals International (FIPI) Malaysia. Telah dianugerahkan Ahli Mangku Pahang (AMP) oleh Sultan Pahang.


Prinsip pengurusan gaya beliau adalah tidak benar-benar mengubah pelanggan tetapi untuk menambah personaliti dan memperbaiki penampilan. Pengalamannya beliau dalam perundingan imej juga membolehkan beliau dilantik oleh Kerajaan Malaysia sebagai Panel untuk Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bagi Perunding Imej, Kementerian Sumber Manusia.

DAFTAR UNTUK TIPS PENAMPILAN DIRI