• Akaun Bank CuteCarry Kena hacked?

    Gambar tiada kena mengena dengan tajuk entry.

    CuteCarry posing in suit, iaitu pakaian cari makan sewaktu bermesyuarat di pejabat insan yang gambarnya di belakang CuteCarry.

    Tapi isu yang lebih penting ialah bila Cek yang telah didepositkan didalam mesin sejak minggu lepas tidak appear didalam akaun setelah memeriksanya melalui online banking.

    Menggerunkan lagi  ada transaksi yang kurang normal sewaktu memeriksa akaun bank CuteCarry.

    OMG..kenapa akaun tu ada duit ditransferkan tanpa pengetahuan CuteCarry?

    Ohhh… hati berdebar-debar, that’s it.. akaun bank kena hacked.

    CuteCarry cuba untuk mencari nombor telefon bank untuk menelefon dan tiba-tiba CuteCarry ternampak kotak parcel Pos Laju ditepi katil yang belum dibuka.

    Terus teringat yang CuteCarry ada beli kasut yang dijual  melalui facebook dan CuteCarry transfer duit online.

    Hacked la sangat kan…kalau call bank nanti bagi orang tu gelak je!

    Itu adalah malapetaka bila mudah sangat hendak transfer duit. Hati teringin, terus inbox facebook dan lepas tu terus transfer.Semua dilakukan dalam keadaan sibuk menyelesaikan kerja  dan less than  5 minutes!

    Seperti kata Tun M,melayu mudah lupa tetapi dalam bab ni CuteCarry mudah lupa bila tiba time shopping.

    CuteCarry suka shopping guna debit card dan lagilah banyak transaksi yang ‘agak pelik’ muncul dalam akaun tapi last-last baru tahu yang ia tak berapa nak pelik sangat bila teringat topi yang dipakai untuk event last week, kain ela kemeja 2 meter beli kat Jakel yang tidak berjahit lagi,  singlet yang kononnya membentuk badan 2 helai tak buka dalam package dia lagi,  makan kat Mid Valley dengan  BFF dan suspender beli kat Johor Bahru.

    Againnn… hacked la sangat!!!!

     

     

     
 
 
 
 

CuteCarry.tv

 
 
 

Enter your email here!

Get latest updates from CuteCarry