Tag Archives: Cutecarry

Tips untuk post-break up untuk yang tiada duit

Rakan CuteCarry baru sahaja putus cinta. Siapa yang tidak sedih jika sudah bercinta beberapa tahun akhirnya dia dapat tahu yang suaminya sudah berkahwin dan mempunyai anak! Ingatkan single tapi dah setengah dozen anaknya. Terapi penenang kepada kedukaan kawan CuteCarry ialah bershopping dan makeover. So, dia pun mengheret CuteCarry bershopping… ya ampun, rasanya pada hari itu sahaja hampir RM10 ribu shopping dan itu tidak termasuk pi salon tukar style rambut (motif sangat, walaupun dia pakai tudung!) dan juga belanja CuteCarry makan (fine dining of course) juga sepasang kasut Zara. Thank you girl!  Akan ku ingat dirimu bila ku memakai kasut ini!

Kisah diatas  itu dia, seorang yang amat berjaya dengan duit dalam akaun yang sangat lebat.  Bagaimana pula jika break up untuk orang yang duit cukup bayar ansuran kereta, rumah dan makan? Takkan hendak bawa CuteCarry bershopping kat The Gardens and Pavi kan.

CuteCarry pun pernah break up dulu. Waktu tu umur agak  muda, baru memulakan hidup di Kuala Lumpur. Waktu tu tengah flirt dan berkawan dengan seseorang..more than a crush. We go out, we are having fun and I think  this is the best moment in my entire life. Yeah rite… Setelah beberapa lama, kita makan bersama disebuah restoran mahal (I can afford it waktu tu tapi dia belanja) Cutecarry berada di awamgan, syurga la kononnya. Tiba-tiba dia cakap “rasanya kita tiada chemistry!”.

Berdegup jantung, seriously waktu tu rasa macam jantung berhenti sekejap. Senang nya cakap. Tiada kimia ke, tiada keserasian ke kenapa setelah beberapa lama baru hendak cakap kan. Oh…

Tapi akhirnya CuteCarry akur. Buat apa hendak sedih sangat kan jika orang tidak hendak. Paling lawak ialah sehari selepas break up Cutecarry sibuk google hendak jadi ‘sukarelawan’. Kononnya hendak membantu haiwan dan manusia yang dalam kesusahan sebab ketika tu  kalau hendak menderma tiada duit.  Masih teringat kawan-kawan cakap “aikkk…takkan sampai hendak jadi volunteer kut, so not you lah” .  Sampai sekarang kawan-kawan masih ingat dan jadi bahan nak kenakan CuteCarry.

Rasa sangat bodoh dan ohh..sangat hopeless. Peristiwa tu berlaku rasanya dah 9 tahun. Waku tu sangat muda dan blog ini tidak wujud dan masih bekerja makan gaji cukup-cukup makan je. Totally loser sangat rasanya kalau ingat balik. Lawak terbahak-bahak pun ada. Tapi CuteCarry kumpulkan perkara yang boleh anda buat jika baru break up…

Senang sahaja, buat perkara supaya masa lapang yang banyak tu terisi. Antaranya ialah dengan join volunteer. Erk..sebenarnya CuteCarry join sekejap juga volunteer itu kononnya hendak mengisi masa lapang tetapi sekejap sahaja. So, jika anda hendak melupakan break up apa kata anda cari volunteer yang boleh anda join. Mana tau dapat kenal kawan-kawan baru!

CuteCarry join volunteer tu sekejap tetapi lepas tu CuteCarry pun mula terasa ingin menambahkan pendapatan. Tidak pernah TERFIKIR untuk buat business macam yang CuteCarry buat sekarang, so asalkan dapat duit berpuluh ringgit atau ratus pun CuteCarry happy. Asalkan masa terluang dapat  diisi. So, kepada yang dah break up dan broke tu, apa kata rajin-rajin cari duit. Dapat juga bayar duit minyak, sewa rumah ataupun tol. Banyak cara nak cari duit,  cuma hendak atau tak je.

Waktu tu facebook tak wujud atau tak glamour. Social media yang  glamour waktu tu rasanya  cuma friendster,myspace or facepic (what is that?). Adakah kalau dah break up maknanya kena delete dia daripada freindlist kita? Kalau anda delete, maknanya anda LOSER.  Apa kata biarkan ex anda berada didalam facebook atau twitter anda. Tunjukkan dalam status yang anda juga mampu bergembira dan berjaya walaupun ex anda tiada kan. Itu dinamakan post break up empowerment. Mesti dia pun terkejut tengok anda masih seperti biasa, boleh post gambar nasi lemak paru, check in kat GSC tengah tengok cerita Great Gatsby ataupun muka itik anda yang paling cantik! Update berkenaan kejayaan anda, tak kisah besar atau kecil. Asalkan ia menunjukkan anda happy. Success is the sweetest revenge. Tetapi anda haruslah tetapkan perasaan supaya jangan nak pi tengok page jadi stalker  dia atau cuba chat dengan dia. Perasaan perlulah kental. Jangan nak update status sedih sepanjang masa. Lagi loser dok post atau share lagu atau video kisah sedih. Get a life lah.. your ex is so happy dengan sesiapa and you are in a state or mourning. Buat apa kan.

Perasaan perlu kuat. Jika minda anda kuat, sepatutnya anda boleh keluar daripada perasaan sedih sebab break up dalam waktu seminggu je. Selepas itu keadaan kembali seperti biasa. Jika lama-lama sedih, badan kurus atau gemuk lagi.. macam mana hendak teruskan hidup. Banyak-banyak baca atau dengar kisah motivasi. Mana tau anda lebih berjaya.

Things happened for a reason. Ingat tu…

Last but not least, above all.. the best solution is to talk to the AL-Mighty.

 

 

 

Rumusan PRU 13: CuteCarry mengundi di Kuala Kangsar (termasuk laksa kuale!)

Pilihanraya ke 13 telah pun berlangsung. Ini adalah pilihanraya paling penuh dengan drama, daripada mula sampailah terakhir.. terlalu banyak yang negatif daripada positif.

Cutecarry pun terlibat secara langsung dalam PRU 13 iaitu sebagai pengundi dan juga pendengar setia. CuteCarry tidak akan bagitahu party dia yang menjadi pilihan Cutecarry tetapi biarlah rahsia. CuteCarry hanya berkongsi dengan orang yang CuteCarry betul-betul kenal mengenai siapakah yang CuteCarry pangkah. Ramai yang tanya, termasuklah wartawan yang ingin menembual CuteCarry untuk mengetahui siapakah pilihan tetapi jawapan CuteCarry ialah “undi adalah rahsia dan orang yang tidak mahu mengundi mempunyai pemikiran kelas ketiga”

CuteCarry menetap di KL setelah sekian lama tetapi bila tiba bab mengundi, CuteCarry tetap mengekalkan untuk terus melaksanakan tanggungjawab di Kuala Kangsar, kampung halaman ku.

Keputusan telah diketahui dan beberapa rumusan ialah:-

i. CuteCarry memang sakit hati tengok orang bergaduh dan melemparkan komen negatif di wall FB dan twitter. So, untuk mengelakkan rasa sakit hati, CuteCarry mengelakkan untuk membacanya.

ii. Ada kawan dan saudara yang bergaduh. Kesiann………

iii. Gabungan parti politik boleh dijadikan panduan. Sentiasa ingat kita sentiasa hati-hati memilih rakan atau sekutu. Kadang-kadang tujuan sesetengah pihak adalah lebih kepada friend with benefit…

iv. Kaum melayu mungkin didalam fasa kerugian yang amat besar. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Ini bukan kenyataan bersikap perkauman tetapi ialah kenyataan!

v. Pusat mengundi CuteCarry iaitu di Sekolah Tsung Wahperlu ada lebih banyak saluran. Stress… panjang beratur sebab pergi waktu pagi…tapi bila lalu  waktu petang, lengang!!! Btw…motif sangat saluran CuteCarry mengundi very the ramai warga emas, adakah CuteCarry warga emas? I  muda lagi tau.. (terus pegang kedut2 di mata..)

v.  Bila balik kampung, CuteCarry bukan jadi pengundi hantu tetapi naik hantu! Orang sibuk mengundi, CuteCarry sibuk makan. Putu piring, laksa kuale dan pau juga kundas…semua yang tidak dapat diperolehi di tempat lain. Cheat meal conceptnya!!!

 

Dlike Delight bersedekah sempena Bulan Umrah

Berita baik bagi semua penyokong dan followers Cutecarry.com. Bulan ini merupakan BULAN UMRAH SALES di facebook page produk DLike Delight yang terkenal dengan sambal goreng kentang yang enak dan juga tempeyek kacangnya.

Jika sebelum ini, pemilik jenama DLike Delight, Syarifah Hafsah Al-Habsyi pernah menyumbangkan souvenir berbentuk sambal goreng kentang kepada peserta kelas grooming Cutecarry, kali ini pemiliknya bermurah hati untuk bersedekah kepada bakal-bakal tetamu Allah yang hendak menunaikan umrah sepanjang bulan ini. Dengan setiap pembelian 6 bekas besar, anda akan disedekahkan dengan 2 bekas kecil sambal goreng kentang. Cepat- cepat claim offer yang telah disediakan di page DLike Delight.

Jadi, lepas ni para jemaah tak perlulah risau tentang pemakanan sepanjang di Tanah Suci kerana sambal goreng kentang DLike Delight akan bersama-sama anda untuk citarasa Malaysia yang pedas dan rangup. Jom LIKE page DLike Delight di facebook beramai-ramai.

Mari membantu anak-anak Rumah Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa

 

What you give you get back. Itulah pegangan yang CuteCarry pegang didalam kehidupan seharian. Rezeki yang diterima bukanlah hak milik kita seluruhnya tetapi perlu dikongsi bersama dengan keluarga, rakan-rakan dan juga mereka yang memerlukannnya.  Oleh itu, marilah kita bersama-sama membantu anak-anak di Rumah Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa di Puchong.

CuteCarry bersama sebahagian daripada penghuni

CuteCarry telah dilantik oleh satu kumpulan iaitu Orange X untuk menjadi jurucakap untuk program kebajikan atau CSR  (Corporate Service Responsibilities) and please take note- CuteCarry tidak dibayar untuk menjadi jurucakap program ini. CuteCarry bersetuju kerana ini adalah cara untuk CuteCarry membuat kebajikan tetapi ini tidak akan berlaku jika tidak mendapat sokongan semua.

CuteCarry telah melawat rumah ini dan bolehlah dikatakan CuteCarry sedikit tidak selesa melihat keadaan rumah. Bukannya terlalu teruk tetapi agak kurang selesa disebabkan persekitaran dan kekurangan barangan. Rumah dalam keadaan baik tetapi jika ramai yang duduk di rumah tersebut, mestilah keadaan tidak selesa kan…

Rumah Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa buat masa ini menempatkan seramai 50 penghuni yang berusia 4 hingga 18 tahun.

Sejarah rumah ini bermula apabila seorang wanita Ustazah Norhayati dan suaminya En Amran mengambil keputusan untuk membuka rumah ini. Ia dilakukan setelah dilakukan solat istikarah dan sehinggalah pada hari ini rumah ini beroperasi untuk membela anak-anak yang kurang bernasib baik. Ada diantara anak-anak yang masih kecil tiada bapa, ada yang tercicir persekolahan dan sebagainya.

Anak-anak yang tinggal disini adalah anak yatim dan juga datang daripada keluarga miskin. Mereka bukanlah dipohon untuk dilahirkan didalam keluarga miskin dan anak yatim.Oleh itu adalah tanggungjawab kita untuk membantu.

CuteCarry melawat ke rumah sekitar jam 3.00 petang dan OMG…panasnya kawasan sekitar tempat mereka mengulangkaji pelajaran. Keadaan yang panas ini disebabkan zink  dan juga tiada langsir dan tinted pada tingkap. Bagaimana nak mengulangkaji dengan keadaan yang kurang selesa. Keadaan juga sangat kurang kondusif disebabkan oleh keadaan perabot yang tidak mencukupi dan sedikit kurang memuaskan.

CuteCarry sempat snap sebahagian kawasan rumah tersebut.

Disamping itu,difahamkan untuk mengendalikan rumah ini memerlukan sebanyak RM19,000 sebulan!

Sembilan belas ribu ringgit sebulan!!!

Rumah ini bukanlah mewah seperti sesetengah rumah anak yatim atau miskin yang lain. Percayalah, mereka memerlukan bantuan anda!!

Jika berminat untuk menderma, boleh email pada cutecarry@yahoo.com atau boleh like my fanpage and PM atau call 0193290397.

Remember, what you give you get back!!

Pengendali rumah ini iaitu Ustazah Norhayati di sebelah kanan (tudung labuh warna hitam).

 

Al Fatihah untuk seorang sahabat

CuteCarry baru selesai menghadiri majlis bacaan yassin di sebuah masjid. Ia adalah untuk seorang sahabat yang telah lama Cutecarry kenali. Jemputan untuk majlis ini dibuat melalui FB dan CuteCarry telah mengenepikan segala appointment untuk menghadiri majlis ini. Inilah sahaja sedekah yang CuteCarry mampu berikan untuk beliau.

CuteCarry bukanlah sahabat baik atau rapat dengan arwah. Tetapi bukanlah juga seorang yang pernah bergaduh atau berselisih faham dengan beliau. Beliau hanya seorang sahabat yang telah CuteCarry kenali setelah sekian lama. CuteCarry tidak ingat macam mana pertama kali kita berkenalan tetapi sepanjang perkenalan memang tiada ada apa-apa perasaan negatif terhadap beliau. Ada yang bertanya adakah CuteCarry rapat dengan dan tahu apakah kisah hidup beliau tetapi CuteCarry menyatakan yang CuteCarry hanyalah sekadar rakan biasa tetapi tidak mengetahui lebih lanjut mengenai kehidupan beliau.

Pada minggu lepas, kawan CuteCarry telah memberitahu yang arwah telah terlantar sakit sejak bulan akhir tahun lepas.  Penyakit yang dihidapi bukanlah penyakit biasa kerana doktor telah melakukan pelbagai ujian dan menyatakan beliau tiada penyakit yang kronik. Tetapi hari berganti hari beliau makin lemah sehinggalah beliau memerlukan life support untuk terus hidup.

Apakah penyakit beliau? Ada kah ia black magic? buatan orang? santau? Ia masih misteri. Jika buatan orang, siapakah yang sanggup melakukan sedemikian?

Cutecarry tidak sempat melawat beliau ketika beliau sakit tetapi Cutecarry sempat bertemu beliau sebelum beliau sakit iaitu pada akhir tahun lepas (I think around Oct or Nov 2012). Beliau memang sihat wal-afiat, tiada langsung tanda sakit. Kita berbual lama juga termasuklah bergelak  ketawa sebab teringat perkara kelakar. Antara perbulan yang diingati ialah:-

CuteCarry: Hi.. lama tak jumpa. aku gemuk tak? (soalan standard ditanya dengan harapan jawapan ialah ‘kau kuruslah tak gemuk’)

Arwah: Adalah naik sikit

Eh…. jujurnya si Shah ni!

Well…kau memang jujur bila dengan aku. That is your quality, you don’t talk much, a kinda introvert but you tell the truth.

Masih terngiang-ngiang beliau menyanyikan lagu Anuar Zain.

Dia pernah bercerita pada CuteCarry yang how much he loves his family, daripada bapanya yang suatu ketika dulu tidak sihat (he want to spend more time with him tetapi nampaknya beliau pergi dulu) kepada kisah anaknya. Hidupnya berubah kerana anaknya yang seorang. Bersemangat sungguh beliau bercerita pasal anaknya. Bapa yang amat  menyanyi anaknya, mendahulukan anak dalam segala perkara. Sayangnya pada keluarga dan anaknya melebihi segala-galanya.

Tetapi Allah lebih menyayangi beliau. Moga sentiasa tenang disana.

Gone too early. Al-Fatihah kepada arwah Shah Aruzaman Ismail.