Tag Archives: gambar Yuna

Demure chic @ Parti Eh 20 Yang Anggun, The Zouk KL

“Demure fashion” bermaksud lebih kurang fesyen yang lebih sopan tetapi tetap menonjol dengan gaya yang tersendiri. Kalau tidak tepat dan ada yang kata maksud yang diberi salah,maaf lah ye.. CuteCarry orang fesyen bukan pakar bahasa lulusan Universiti Oxford. Cutecarry belajar English daripada buku Vogue bercikgukan Anna Wintour!

Beberapa selebriti yang mendapat Anugerah Eh 20 yang Anggun

Eh November 2010: Yuna, gadis bertudung pertama di cover Eh!

Penghias kulit muka depan majalah Eh 2010,memakai persalinan merah.

Yuna memakai Karen Millen, Liyana Jasmay Ted Baker, Scha Al-Yahya Peter Jensen @ Musa and Juliana Evans Top Shop.

Yuna mencipta sejarah sebagai cover-girl wanita bertudung yang pertama!

Tips: Merah itu menawan. Jika pada satu hari anda bangun tidur dan rasakan muka dan kulit nampak kusam dan tidak bermaya, pakailah pakaian yang berwarna solid, terang dan ceria. Ia dapat menambahkan keceriaan pada wajah anda.

Elakkan memakai pakaian warna kelabu, coklat cair, hitam kelabu, blue black dan sebagainya.

Untuk wanita, pakailah lipstick warna merah, kalau pakai warna gelap/natural, lagi nampak kusam, silap-silap hari nampak macam zombie!!