Tag Archives: image consultant

CuteCarry Grooming Talk @ Career Day, International Medical University (IMU)-Kali ke 4!

Thank you very much for the opportunity, once again (this is like my 4th time here!) CuteCarry telah mendapat kepercayaan sekali lagi daripada International Medical University (IMU), Bukit Jalil untuk mengendalikan salah satu slot didalam Career Day. Slot CuteCarry iaitu Power of Image adalah dikhususkan untuk mereka yang akan menghadiri temuduga. Temuduga bukanlah hanya sekadar cara kita berkomunikasi dan penampilan tetapi ia meliputi perkara yang lebih daripada itu. Antaranya ialah kelakuan kita ketika berhadapan dengan penemuduga sehinggalah kepada bau yang kita ‘timbulkan’. (yup… no company would interested if you are  smelly or smell you just take a shower with 15 bottles of perfumes!)

Terima kasih semua. CuteCarry amat gembira kerana ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan sesudah habis ramai yang berjumpa dengan CuteCarry untuk bertanya dengan lebih lanjut. Berminat betul student-student kat sini. CuteCarry harap anda berjaya mendapat pekerjaan yang diingini!

CuteCarry menganjurkan kursus untuk korporat/kerajaan seperti kursus penampilan diri/imej, protokol dan etiket sosial, make up, penganjuran majlis, konsep/persijilan latihan 5s, pengurusan pelanggan, komunikasi dan sebagainya bagi swasta, kerajaan dan individu, bolehlah menghubungi CuteCarry di talian 019-3290397, email cutecarry@yahoo.com atau click disini.

List kursus anjuran CuteCarry ialah:-

  • Imej ABC (Appearance, Behaviour, Communication)
  • Ketrampilan Diri
  • Protokol dan Etiket sosial
  • Protokol Majlis Rasmi
  • Pengendalia majlis dan acara
  • Komunikasi
  • Pengurusan Pelanggan
  • Pengucapan awam
  • Pengacaraan (emcee)
  • Penulisan Teks
  • Persekitaran dan Amalan  5 S
  • Motivasi
  • Pengurusan Kewangan Peribadi
  • Kepimpinan
  • Pengurusan  dan Kecermelangan Pentadbiran
  • Kecemerlangan penyeliaan
  • Pemikiran Kreatif
  • Law of Attraction (LOA)

 

Panel Pembangunan Bidang Perundinganan Imej (NOSS) Profesional, Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia

Malaysia mempunyai ramai perunding imej tetapi sebenarnya tiada standard yang sebenar untuk mengiktiraf kerjaya perunding imej Malaysia. Bidang perundingan imej adalah bidang yang besar dan ia telah mendapat perhatian daripada pihak kerajaan. Sebenarnya tiga elemen utama perundingan imej iaitu A- Appearance, B- behaviour and C-Communication. Banyak yang kita kena belajar sebelum layak melatih orang lain.

Jika sebelum ini, perunding imej mencari-cari satu standard dan modul latihan yang sesuai dan pilihan yang dibuat ialah mendapat pengiktirafan dan modul pembelajaran daripada negara luar ataupun mendapat pendidikan dan latihan yang tidak standard.  Oleh itu, Kementerian Sumber Manusia telah mengambil langkah untuk membangunkan dokumen  National Occupational Skills Standard (NOSS).

Standing; Bon Zainal, your beloved CuteCarry (Vice President (Marketing) Association of Image Consultant International (AICI) Malaysia,  and Aziah Jasmin (President of Association of Image Consultant International (AICI) Malaysia,Suraya, Cynthia (pakar dalam colour analysis..memang bagus betul dia!)  and our beloved moderator Mr Tiew.

CuteCarry adalah salah seorang daripada perunding imej yang dipilih untuk membangunkan modul ini. Ia adalah satu penghormatan kepada CuteCarry kerana dapat menyumbangkan buah fikiran untuk masa depan bidang perundingan imej Malaysia bersama-sama dengan perunding imej profesional yang telah lama bertapak. Terasa kecil sangat (walaupun badan tinggi melangit dan tidaklah kecil mana pun.gosh..I need to diet!) bila bersama dengan mereka yang lebih berpengalaman. Panel-panel lain ada diantaranya yang dah berpuluh tahun melibatknn diri dalam bidang perundingan imej atau yang dah menulis buku dalam bidang perundingan imej. CuteCarry tidak tulis buku tapi tulis blog merapu ni dan mempunyai syarikat yang telah lama bertapak. Dua hari suntuk kita memerah otak untuk membangunkan modul tersebut. Bayangkan kita bermula daripada kosong, macam-macam idea, gelak , ketawa dan juga sikit-sikit drama (guess who kan kuat drama!) tapi semuanya berakhir dengan jayanya. Seriously, I am having so much fun!!!

Nanti bila dah tua nanti, dan mungkin anak-anak uols  kata… “ibu, saya hendak jadi perunding imej”, uols ingat ye sapakah antara individu terawal terlibat dalam pembangun modul ni ye”..


Bon Zainal, Suraya, CuteCarry, Cynthia, Toh Puan Seri Diraja Noor Aini, Datin Azrin plus Aziah Jasmin

Berminat mendapat kan perkhidmatan perundingan imej untuk individu, talk.workshop atau sebagainya untuk swasta atau kerajaan bolehlah menghubungi CuteCarry ditalian 0193290397 atau email cutecarry@yahoo.com or click here for details

Tips shopping: Waktu terbaik untuk membeli kasut

CuteCarry selalu bertanya soalan semasa menganjurkan grooming class tentang waktu bilakan yang paling sesuai untuk membeli kasut?
Jawapan ialah:
Waktu SALE
Waktu gaji
Waktu kasut dah rosak

dan jawapan yang paling best ialah…

Waktu dekat-dekat nak raya!

Bijak peserta-peserta ku.. muahhh…

Sebenarnya waktu yang paling best untuk membeli kasut ialah waktu tengah hari, Ini adalah kerana pada waktu itu kaki berada didalam saiznya yang sebenarnya. Pada waktu lain, kemungkinan kaki kita mengecut atau terlalu mengembang, sebab itulah jika kadang-kadang kasut yang dibeli ketika mencuba di kedai selesa tapi bila pakai macam sakit.

CuteCarry adalah peminat kasut diatas dan imej  kasut diatas ialah kasut CuteCarry yang disnap di butik kasut tu sendiri.

Setakat ini tiada masalah dengan keselesaan kasut…cuma pernahlah juga kaki sakit bila first few times pakai kasut tu tetapi CuteCarry tahan kerana konsep:

“Kecantikan melalui penderitaan”.

Boleh pakai moto tu?

CuteCarry bersama dengan shoe-turier terkenal dunia kelahiran Malaysia, Jimmy Choo.

Untuk khidmat grooming talk/workshop CuteCarry (samada individu, swasta atau kerajaan boleh email cutecarry@yahoo.com atau telefon 0193290397 atau click here

CuteCarry Grooming workshop @ UITM: Image Consultant vs Quantity Surveyor

Kerja sebagai perunding imej adalah kerja yang sangat best sebab CuteCarry dapat berjumpa dengan pelbagai lapisan masyarakat; daripada CEO yang gajinya beratus ribu sebulan sehinggalah kepada pelajar universiti yang tidak mempunyai gaji lagi. CuteCarry juga dapat tahu apakah job description pekerjaan dan terbaru ialah “Quantity Surveyor”…

Quantity Surveyor? (cricket sound….)

Call me bimbo ke apa tetapi CuteCarry memang selalu mendengar atau membaca orang yang bekerja sebagai quantity surveyor tetapi apa yang dilakukan mereka memang CuteCarry tidak berapa nak tahu sehinggalah CuteCarry dijemput untuk mengendalikan grooming workshop di Fakulti Senibina, Perancangan dan Seni Ukur, Universiti Institut Teknologi Mara (UITM).

Ada diantara student yang datang ambil course Quantity Surveyor dan mereka menerangkan apakah tugas Quantity Surveyor. Kerjanya adalah berkaitan dengan kos bangunan.  Kerjaya yang agak menarik, tidak banyak berbeza dengan perunding imej yang kerjanya ialah convert USD kepada RM bila tengok kasut-kasut terbaru designer yang baru keluar di net-a-porter atau bluefly.com, tolak harga selepas diskaun untuk baju-baju waktu SALE atau  kira berapa banyak payment credit card yang perlu dibayar atau menganggarkan berapa gaji client sebelum bagi advise atau bawa ke tempat shopping yang sesuai. CuteCarry juga memang pandai agak-agak harga beg,kasut, baju dan sebagainya, anda hanya perlu sebut nama jenama..insyallah boleh tahu range harganya.

Quantity Surveyor…

Ok..sebelum Cutecarry merepek lebih jauh, apa kata tengok gambar-gambar Cutecarry bersama-sama dengan students semasa workshop tu. Didalam workshop ini diajar tentang cara dan etika berpakaian, protokol seharian termasuklah hendak ke interview sehinggalah kepada well….. tips shopping!!!!

Untuk khidmat konsultasi grooming CuteCarry (samada individu, swasta atau kerajaan boleh email cutecarry@yahoo.com atau telefon 0193290397 atau click here

Only RM100!!! Style and Colour Personality Grooming class bersama Datin Azrene Ahmad dan penampilan Dato Fazley Yaacob

RM100!!!Murah dan amat berpatutan tetapi penuh informasi dan dengan akan berupaya  untuk mengubah gaya anda selama-lamanya. Itulah yang CuteCarry dapat simpulkan untuk Style and Colour Personality Grooming class bersama Datin Azrene Ahmad, Certified & Accredited Image Consultant. Pada kelas ini juga akan diadakan penampilan istimewa oleh Dato Fazley Yaacob. Bukan setakat pandai memasak tetapi Dato Fazley ini juga ada isteri yang pandai bergaya yang juga pandai memasak.

Pada kelas ini akan akan diajar dua perkara utama didalam penampilan seharian iaitu warna yang bersesuaian dengan tona kulit (tak perlu risau takut terbeli  warna baju yang tidak sesuai) dan juga teknik berpakaian yang betul mengikut bentuk tubuh. Anda juga akan mendapat maklumat bagaimana untuk organize pakaian dan wardrobe!!!

Tarikh: 14 Julai 2012

Masa: 10am – 1pm

Tempat: Wisma Ryu, Taman Pertama, Opp Velodrome, Bandar Tun Razak.

Fee: RM100

So, tunggu apa lagi call 012-342-5747 (Su Ahmad)

From left Dato Fazley,his wife Azrene ,the sister and your beloved Cutecarry

(Career and Grooming talk di UPM) Kenangan zaman-zaman dulu..

Kerjaya CuteCarry adalah seorang perunding imej. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa pekerjaan pertama CuteCarry ialah didalam bidang perakaunan dan kelulusan CuteCarry ialah Bachelor Degree in Accountancy.

Accountancy dan Image. Mungkin ada yang berpendapat yang seperti Timur dan Barat, negatif dan positif atau gaya berbeza edgy Alexander Mcqueen atau basic Calvin Klein tetapi jika minat boleh melakukan apa sahaja.

CuteCarry telah dijemput untuk mengadakan grooming talk di Universiti Putra Malaysia (UPM).Sebagai bekas lulusan UPM, banyak kenangan lama.Teringat zaman belajar dulu-dulu, ketika hidup tanpa memikirkan apa-apa selain belajar dan duit hendak makan dan membeli pakaian. CuteCarry bukanlah pelajar yang cemerlang, graduate pun cukup-cukup makan. Bolehlah dikatakan yang CuteCarry belajar accountancy hanya untuk dapatkan ijazah. Minat bukanlah perkara utama kerana CuteCarry lebih minatkan fesyen, tapi bukan hendak jadi pereka fesyen..so masih diawang-awangan. Last-last ambil accountancy. Tetapi akhirnya sekarang CuteCarry buat apa yang CuteCarry suka iaitu menjadi seorang perunding imej.

Di talk ini, CuteCarry telah sampaikan cara-cara yang sepatutnya seorang graduan berpakaian dan etika ketika selepas graduate seperti ketika temuduga,  sehinggalah kepada cara hendak menyusun dokumen didalam resume, corporate grooming dan sebagainya!

 

Tetapi ingat adik-adik, belajar elok-elok ye…

Untuk khidmat konsultasi grooming CuteCarry (samada individu, swasta atau kerajaan boleh email cutecarry@yahoo.com atau telefon 0193290397 atau click here

(Stylegasm): Bila tersalah pakai kasut jadi “trendsetter”

Minggu ini adalah minggu yang sangat sibuk,bolehlah diiktiraf sebagai “Minggu Sibuk Sedunia”. CuteCarry berada di 4 negeri dalam masa kurang 5 hari. Kesibukan ini adalah kerana jemputan menyampaikan talk dan mengendalikan grooming workshop. Pada hari minggu pun ada kerja. Kemungkinan kerana terlalu sibuk atau mamai sebab letih, CuteCarry bangun pagi, pakai baju seluar segala dan berlari ke rak kasut, pakai kasut dan hasilnya..

Adidas sebelah kanan dan Puma sebelah kiri. Colour blocking kasut!!!

Sebenarnya Cutecarry bercadang memakai black TopMan sneakers tetapi otak dah berfikir macam-macam, terus pakai warna-warna tropika alam ini. Bila tengah drive tertengok kasut, alamakkkkkkkkkkkkk……. apa ni.

Tetapi CuteCarry kena menghadiri satu event (appearance job), so dengan confidentnya..turun kereta, jalan dengan tegak dan terus buat seperti biasa. Senyum and pose untuk kamera. Seperti yang dijangka, kasut memang menjadi tumpuan. Tetapi bukanlah komen negatif yang diterima tetapi antara maklumbalas yang diterima ialah:-

“is it new trend?”…

“CuteCarry cantik kasut”

“Fesyen ke?

Mula-mula CuteCarry tak tahu nak cakap apa tetapi terus dengan bangganya cakap “oh..its colour blocking… you know how much I luv colour blocking!”

FORTUNATE INCIDENT.

Kepada yang datang event yang dimaksudkan, sekarang anda tahu sebenarnya CuteCarry tersilap pakai kasut.

CuteCarry wearing green Puma. .

Tetapi ingat, CuteCarry pernah terbaca jika pakai kasut lain-lain sebelah, mewarisi kepapaan.

Want more of my style? Untuk khidmat konsultasi grooming CuteCarry (samada individu, swasta atau kerajaan boleh email cutecarry@yahoo.com atau telefon 0193290397 atau click here

CuteCarry Grooming class @ Putrajaya International Convention Centre (PICC)

Thank you, thank you and thank you very much to Putrajaya International Convention Centre (PICC) ,not only for giving me the opportunity to work again with them but also the posters. Its cute, the designs kinda like so so so me!!!

okay…maybe the spelling, should be

hafiz mustapha..tapi takpe!!!

 

This is my second time here in PICC, the very same client. Some asking me the secret of getting  repeat job from the same client, my say  ” no secret,  you must give more than what your client want”!

Thank you PICC!!!

Want more? Untuk khidmat konsultasi CuteCarry (samada individu, swasta atau kerajaan boleh email cutecarry@yahoo.com atau telefon 0193290397  atau click here

plus they snap my photos too!!!

Well..you always se

 

 

you always tengok I senyum kan (and of course my signature famous pose) ,but this time “POSE, you are in  the candid camera!!!”

Okay… i look old is it? Oh..maybe the angle (in denial!)


Tips menjaga sweater supaya sentiasa nampak baru


CuteCarry wearing black sweater and shades, michael kors.

Gap Sweater

Harry Potter loves this!

Sweater adalah pakaian yang paling mudah untuk digayakan.  Ia termasuk didalam kategori ‘capsule item’ atau item yang perlu ada didalam setiap almari.Tetapi pernahkah sweater yang hanya beberapa kali dipakai hilang bentuk/lari shape.

Sweater  sama seperti manusia, jika manusia tidak jaga badan, lama-lama ‘alignment lari’ manakala jika kita tidak menjaga sweater dengan betul ia akan lari shape. Bila ia berlaku, bila kita memakai sweater tu, jadilah ia menggelebeh dan tidak fit dengan badan kita.

Tips nya mudah sahaja.

Sweater dalam wardrobe CuteCarry

i. Jangan gantung sweater di hanger, tetapi lipatlah sweater tersebut. Jika gantung sweater di hanger, ia akan lari shape.FOLD IT and don’t ever hang it!!

ii. Selepas dibasuh, jangan menggunakan hanger untuk mengeringkan sweater, tetapi hamparkan diatas pengering, air cond atau keringkan sweater tersebut dengan damparkan diatas pagar dan sebagainya. Oh..cuba elakkan daripada terkena cahaya matahari yang terlalu terik!

got it boys and girls?

Want more? Untuk khidmat konsultasi CuteCarry (samada individu, swasta atau kerajaan boleh email cutecarry@yahoo.com atau telefon 0193290397  atau click here

 

Kelas Penampilan Diri (Grooming) CuteCarry di Sabah 7 Julai 2012 hanya RM350!

Kepada orang Sabah, CuteCarry kembali lagi untuk kelas penampilan diri di Sabah.

Tarikh : 07 July 2012
Tempat : Tingkat 3,Sedco Wawasan Kota Kinabalu, SABAH
Yuran : Rm350
Hubungi: 0109540995 Pn Hayati

 

Kandungan meliputi:-

Imej

Peserta akan diterangkan berkenaan dengan komponen imej iaitu ABC; Appearance (penampilan), Behaviour (Kelakuan) dan Communication (Komunikasi)

DILEMMA GAYA

Beritahu apakah dilemma gaya anda, daripada bahagian badan yang anda kurang gemari sehinggakan kepada apakah warna yang sesuai untuk dipakai.

KEBERSIHAN DIRI

Bau badan adalah pemusnah gaya.Kelas ini akan membimbing anda tentang bagaimana untuk menghilangkan bau sehingga kepada bagaimana untuk memilih minyak wangi yang sesuai.

 

ETIKA PEMAKAIAN

Ia adalah penting untuk kita sentiasa mematuhi  etika pemakaian yang telah ditentukan dimajlis-majlis. Kelas ini akan membimbing anda berkenaan YA atau TIDAK  berkenaan etika pemakaian ini dan bagaimana untuk memilih gaya yang sesuai, daripada majlis rasmi, temuduga sehinggalah kepada menghadiri majlis perkahwinan teman baik anda!

Tahukah anda bahawa jika anda berpakaian tidak sesuai semasa menghadiri temuduga, anda mungkin akan gagal mendapat pekerjaan walaupun setinggi mana kelayakan anda.

 

KASUT, BEG DAN AKSESORI

Kasut dan aksesori yang betul and menyerlah gaya anda. Anda akan diberi panduan tentang apakah kasut, beg dan aksesori yang sesuai dengan personaliti dan bentuk badan anda.

 

PEMAKAIAN MENGIKUT BENTUK BADAN

Bentuk badan kita adalah berlainan, ada yang kurus, berisi, gemuk, tinggi dan rendah.Bentuk badan yang berbeza memerlukan pakaian yang berlainan. Kelas ini akan membimbing anda tentang bagaimana untuk memilih pakaian yang sesuai untuk bentuk badan anda. Ia adalah menutupi bahagian badan yang anda tidak suka dan menyerlah bahagian yang menarik pada badan anda.

PEMILIHAN WARNA MENGIKUT TONA KULIT

Adakah anda nampak kusam dengan warna tertentu? Warna yang sesuai menambahkan keceriaan dan menjadikan anda nampak lebih muda bertenaga!

 

ITEM FESYEN YANG PERLU ANDA.

Anda akan diberi senarai apakah  item fesyen yang diperlukan untuk sentiasa  bergaya. Percayalah, menjadi seorang yang bergaya tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak seperti yang digembar-gemburkan.

 

PANDUAN MEMBELI BELAH

Ada beberapa petua untuk membeli belah,mental atau fizikal! Peserta juga akan dimaklumkan berkenaan item-item perlu ada untuk tujuan mix and match.

PENGURUSAN ALMARI PAKAIAN

Kunci untuk memilih pakaian yang sesuai walaupun ketika sibuk adalah almari pakaian yang teratur. Anda akan diterangkan bagaimanakah untuk menyusun atur  almari pakaian anda.

FAKTOR TAMBAHAN DIDALAM FESYEN

Terdapat sedikit gaya daripada menjadi seperti biasa sehingga menjadi seorang yang berpenampilan menarik.

PROTOKOL DAN ETIKA.

Etika juga meliputi protokol; pangkat, adab, tatacara makan, adab majlis, susun atur tempat duduk,  tatacara kelakuan dan sebagainya