• Perempuan berumur tidak sesuai memakai suit? ( How to wear suit from cc INTAN Bukit Kiara)

    Persepsi negatif tentang berpakaian di sektor awam datangnya daripada persekitaran. Ia sebenarnya menutup ruang untuk berubah. Contohnya ialah seseorang yang ingin memakai suit (two piece with pants), tetapi tiba-tiba terlalu takut persepsi orang lain seperti takut diumpat ataupun kerana ‘bos’ pun tak pakai macam tu!!

    Mungkin bos tu jenis yang tidak suka bergaya…tidak bermakna anda perlu ikut gaya dia!!

    Pekeliling Kerajaan membolehkan penjawat awam wanita memakai seluar. Click disini untuk entry CuteCarry berkenaan pekeliling tersebut.

    Penjawat awam tidak kira tua atau muda boleh memakai suit dan ia perlulah sesuai dengan bentuk badan dan etikanya.

    CuteCarry telah memberi satu ‘challenge’ kepada peserta IMEJ CuteCarry untuk kakitangan INTAN Bukit Kiara. Kursus IMAGE ABC (Penampilan, Protokol/Etiket dan Komunikasi) selama tiga hari itu dan pada hari kedua CuteCarry menggalakkan supaya kakitangan wanita memakai suit. Salah satu yang menarik perhatian ialah seorang Ketua Pembantu Tadbir (Cc) yang telah berumur tetapi masih mampu untuk kelihatan anggun memakai suit!

    Simple, clean dan tidak terlalu mencuba untuk kelihatan bergaya (effortless). Luv her style!

    C for CuteCarry. Alhamdulillah.Kursus ini telah mendapat maklumbalas yang amat baik!

    Thank you

    Maklumat lanjut berkenaan kursus bersama  CuteCarry hubungi 0193290397 atau email cutecarry@yahoo.com

    Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini

    Senarai pelanggan sila klik disini.

    Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini 

     Instagram sila click CuteCarry dan fanpage FB sila click CuteCarry

     

     
  • Bagaimana mengelakkan rasa gemuruh ketika membuat pengucapan awam?

    Perasaan gemuruh adalah perasaan normal untuk sesetengah orang jika kita berucap atau membuat persembahan. Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah ini walaupun sudah beratus kali membuat persembahan. CuteCarry akui walaupun dah terlalu banyak kali buat presentation,  talk atau kendali workshop kadangkala terasa juga debarannya. Perasaan berdebar ini kadang kala boleh merosakkan persembahan dan akhirnya maklumat yang ingin disampaikan tidak dapat sampai kepada audience.

    Peristiwa CuteCarry yang tidak dapat dilupakan iaitu satu presentation CuteCarry  sangat gagal. Ia adalah peristiwa yang sangat memalukan dalam hidup Cutecarry. Rasa nak masuk kepala dalam pasir macam burung ostrich!

    Ini adalah rupa Cutecarry kerana terlalu malu, kaki panjang halus chopstick dan kepala masuk dalam lubang pasir sebab malu!

    Disebabkan pengalaman ini, CuteCarry pun mempelajari teknik untuk menghilangkan rasa gemuruh ketika berucap dan seterusnya perasaan gemuruh pun dapat dikurangkan. Cutecarry pun berkongsi pengalaman bagaimana untuk mengurangkan rasa gemuruh dan seterusnya anda berjaya membuat pengucapan awam dan persembahan.

    Antara tekniknya ialah:-

    i. Faham dan jangan hafal

    Fahami apa yang anda ingin persembahkan. Memahami maksud yang ingin disampaikan membolehkan anda  mengolah ayat-ayat atau perkataan yang ingin disampaikan. Jika anda hafal, terlupa satu ayat, kemungkinan besar anda akan blur dan seterusnya terus jadi disaster… Jika memahami, jika terlupa satu fakta anda boleh terus bercakap apakah fakta yang seterusnya.

    ii. Jangan duduk sebelum mengadakan persembahan

    Jika anda duduk sebelum berucap, berkemungkinan anda akan berdebar-debar ketika anda terus bangun ketika berucap. So, kalau ada kesempatan, sila berdiri.. jangan duduk.

    iii.  Bayangkan audience hanya manusia biasa

    Walaupun audience berpangkat tinggi, boleh bayangkan yang mereka hanyalah manusia biasa yang berminat mendengar apa yang kita katakan. Mereka pun kadang-kadang bukannya pandai sangat pun!!

    iv. Jangan tengok mata audience

    Ini bukanlah bermakna audience mempunyai mata laser ataupun puntianak mata merah seperti The Cullen, tetapi jika anda melihat mata, berkemungkinan anda akan rasa gemuruh dengan ekpressi mata mereka. Oleh itu, lihatlah bahagian dahi mereka! Percayalah, anda akan merasa kurang gemuruh.

    Sebenarnya banyak lagi yang ingin CuteCarry kongsikan, terlalu banyak tetapi apa kata anda minta organisasi yang anda wakili untuk melantik CuteCarry mengendalikan workshop atau talk di tempat anda  seperti yang dilakukan oleh  Kementerian Kewangan?

    Kursus selama 3 hari 2 malam ini dibuat di Hotel Naza Talyya, Melaka. Antara kandungan kursus ini ialah grooming/penampilan diri, komunikasi dan juga pengucapan awam. Ada diantara mereka yang terpilih untuk membuat pengucapan awam adalah pengalaman mereka yang pertama! Walaupun sudah bertahun, berbelas malah berpuluh tahun bekerja ini ialah kali pertama mereka membuat pengucapan awam! Tetapi mereka berjaya membuat pengucapan awam yang sangat baik (sampai ada yang berucap lebih masa pulak!)

    Jika berminat, apa kata hubungi 0193290397 atau email cutecarry@yahoo.co, atau click sini. Banyak lagi kursus anjuran CuteCarry!



    Best juga mendengar pengalaman mereka berucap!

    Kursus ini juga turut disertai oleh make up artist CuteCarry iaitu Joey Makeover.

    Gambar-gambar sekitar kursus tersebut. Nak tengok banyak gambar lagi, sila like facebook CuteCarry. Banyak info menarik disini.

     
  • Tahun Ke 3 CuteCarry grooming class di International Medical University (IMU)

    Pelanggan adalah aset utama dan penjana untuk sesuatu perniagaan. Jika tanpa pelanggan,tidak akan ada keuntungan dan seterusnya musnahlah perniagaan. Rahsia kepada pelanggan berulang ialah memberikan perkidmatan terbaik dan sepenuh hati pelanggan kita agar mereka sentiasa berpuas hati.  Jangan terlalu berkira dengan pelanggan. CuteCarry menggunakan prinsip tersebut dan syukur ramai pelanggan berulang. Ini termasuklah pelanggan CuteCarry sejak tiga tahun lalu iaitu International Medical University,Bukit Jalil.

    CuteCarry telah ditugaskan untuk melatih pelajar tahun akhir jurusan Degree in Biotech.Sejak daripada batch pertama sehingga sekarang, CuteCarry telah melatih ramai pelajar tahun akhir jurusan ini untuk melangkah ke alam pekerjaan. Antara perkara yang ditekankan ialah daripada sudut berpakaian formal,semi formal dan protokol juga etika ketika ditemuduga dan bidang korporat. Ia juga turut disertai oleh make up artist associate CuteCarry iaitu Joey Make Over.

    CuteCarry sempat juga berbual dengan mereka tentang yuran pengajian untuk melanjutkan pelajaran di universiti swasta, maklumkan CuteCarry ni dah lama sangat graduate (terasa tua sanga!), mesti banyak beza yuran pengajian kan?

    Jangkaan Cutecarry amat tepat bertambah terkejut, mahalnya! Jika kos yang mencecah puluhan atau ratusan ribu ringgit, bagaimanakah hendak memjelaskan yuran pengajian. Pinjaman? Berapa lamakah tempoh yang diperlukan untuk menghabiskan ansuran pinjaman? Ibu bapa…(FAMA- father mother) jika FAMA kaya takpelah, jika tidak…how huh?

    Wow…

    Adik-adik, rajin-rajinlah belajar ye…

    Kepada yang berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry untuk  styling individu dan juga untuk korporat/kerajaan seperti kursus penampilan diri/imej, protokol dan etiket sosial, make up, penganjuran majlis, konsep/persijilan latihan 5s, pengurusan pelanggan, komunikasi dan sebagainya bagi swasta, kerajaan dan individu, bolehlah menghubungi CuteCarry di talian 019-3290397, email cutecarry@yahoo.com atau click disini

     

     
 
 
 
 

CuteCarry.tv

 
 
 

Enter your email here!

Get latest updates from CuteCarry