Apa itu imej Korporat? Kursus Grooming dan Corporate Image untuk Syarikat Air Melaka Berhad

Julung kalinya CuteCarry dijemput untuk mengendalikan kursus dan corporate image di Syarikat Air Melaka Berhad. Walaupun dah terlalu banyak kali ke Melaka dan mandi,makan dan minum air barulah Cutecarry tahu yang air di Melaka diuruskan oleh Syarikat Air Melaka Berhad!

Gambar diambil selepas lengkap kursus, tengok wajah semua, gembira kan? Kalau kursus anjuran CuteCarry, mesti  relax,interactive dan gumbira!

Syarikat ini adalah bekas agensi kerajaan sebelum diswastakan. Kursus dibuat di salah sebuah hotel di bandar Melaka  CuteCarry pun tidak pasti bagaimanakah rupa pejabat mereka tetapi yang datang kursus ini memang happening.

CuteCarry tanya apakah beza sebelum dan selepas diswastakan? Antara jawapan yang diterima ialah mereka lebih berdikari dan pekerja perlu serba  boleh dan multitasking.

Apa itu imej korporat?

Mungkin terlalu besar definasi imej korporat. CuteCarry telah bekerja agak lama didalam bidang komunikasi korporat, CuteCarry menyimpulkan ia adalah bergantung kepada latar belakang syarikat tersebut.Lain organisasi lain maksudnya.  Ia meliputi konteks yang terlalu besar daripada sistem penyampaian sehinggalah kepada penampilan.

Selalu tengok drama Melayu tak?

Kepada yang berpendapat imej korporat adalah berdasarkan pakaian ‘head to toe’ pakaian pejabat  seperti yang ditonton didalam slot-slot drama seperti Samarinda  dan sebagainya,fikirkan kembali tanggapan anda. Mungkin ada sedikit yang betul tentang kerja berdasarkan imej korporat didalam drama tersebut.    Adegan meeting projek juta-juta, ada seorang dua watak gelaran Dato dan Tan Sri bersama setiausaha yang rupanya macam model degan skirt paras lutut, rambut dandanan elok dengan solekan dan mungkin berumur 18 tahun; itu hanya dalam drama. Dalam drama tu kadang-kadang ada lelaki pakai suit muka agak handsome tetapi sebenarnya jahat dan bekerjasama dengan perempuan ‘imej korporat’ rambut perang kan?

Back to reality girls and boys..

Kehidupan korporat melibatkan kerja yang banyak, fast paced lifestyle dan juga sentiasa kehadapan.  Jika ada pelanggan yang tidak puas hati,korporat jugalah kena berlari dapatkan maklumat daripada bahagian/jabatan lain untuk membetulkan keadaan. Penganjuran majlis agensi? Unit Korporat jugalah yang berlari-lari menjadi urusetia, uniform syarikat? Imej korporat kena memberi cadangan.Maklumat syarikat? Imej korporat kenalah memaklumkan pada dalam dan luar. Tersalah bagi maklumat, sebelum bahagian lain kena, bahagian korporat yang kena dulu!! (been there, kena that!)

Selain daripada itu, didalam korporat, segala macam kena cepat. Mesyuarat tidak perlu meleret sehingga 4 jam hanya untuk bincang perkara mudah , surat atau email perlulah ringkas dan terus kepada fakta yang ingin disampaikan (tidak perlu satu perengan panjang macam hikayat Hang Tuah), majlis keraian perlulah menepati masa dan keadaan persekitaran syarikat.  Ini majlis syarikat kak, bukan majlis kenduri kahwin anak kan!

CuteCarry ingin mengingatkan bahawa pejabat bukanlah rumah, bilik pengantin ataupun tadika.  Pejabat adalah pejabat. Bunga terlalu berserabut, terlalu banyak sticker ditampal sana-sini (semua ditampal atas dasar 5s!) dan juga keadaan berserabut dengan fail bertimbun. Itu bukan imej korporat!

Seperti yang CuteCarry tegaskan, pengertian imej korporat  subjektif tetapi ada satu imej yang kita lihat atau alami, kita tahu ia adalah imej korporat.

Pada kursus selama dua hari yang interaktif ini,CuteCarry telah berkongsi pengalaman berserta dengan perbincangan-perbincangan tentang apakah yang perlu dibuat untuk memperbaiki imej syarikat. Perbincangan berkumpulan ini memberi banyak idea-idea bernas untuk disampaikan kepada pengurusan syarikat.

Terima kasih kepada semua.

Kepada yang berminat mendapatkan perkhidmatan untuk latihan penampilan diri, imej, penganjuran majlis, konsep/persijilan 5s dan sebagainya, bolehlah menghubungi CuteCarry di talian 019-3290397, email cutecarry.com atau click disini

Terima kasih juga kepada  training provider, ADiRiN HOLDINGS SDN BHD kerana memberi kepercayaan kepada CuteCarry.