home The Cute Files Penjagaan kulit untuk lelaki :- CuteCarry for Dashing Majalah Maskulin Disember 2012

Penjagaan kulit untuk lelaki :- CuteCarry for Dashing Majalah Maskulin Disember 2012

Mungkin dah terlambat hendak memberitahu anda semua tetapi tetap hendak bagitahu juga. CuteCarry appear in Maskulin December issue. It is about skin care by Dashing.

Antara perkara yang penting didalam penjagaan kulit ialah kita perlu menggunakan produk yang sesuai. CuteCarry telah menggunakan banyak produk dan mendapat produk yang sesuai dengan kita bukanlah mudah. Contoh yang amat mudah dan asas ialah pencuci muka. Jika pencuci muka yang tidak sesuai digunakan, berkemungkinan keadaan kulit kita akan menjadi lebih teruk. CuteCarry bukanlah dilahirkan dengan kulit muka yang flawless dan terpaksa berusaha keras untuk mendapatkan kulit sihat. Produk yang digunakan amat penting dan jika sesuatu produk amat bagus untuk rakan kita tidak semestinya ia sesuai dengan kita. Sebagai contoh jika muka terasa tegang ¬†selepas mencuci muka,ia bukanlah bermakna kulit kita ‘sangat bersih’ selepas menggunakan pencuci muka tersebut. Ia menunjukkan bahawa pencuci muka tersebut telah membuang kelembapan kulit muka kita. Jika kita terus menggunakan produk tersebut, kulit akan menjadi sangat kering dan bermulalah masalah-masalah kulit yang lain.

Ada diantara kita yang mempunyai kulit muka berminyak dan untuk mengelakkan daripada terus berminyak, ada yang mencuci muka berkali-kali sehari. Tahukah anda ia mungkin mendatangkan kemudaratan untuk kulit kita? Jika kita kerap menggunakan pencuci muka dan mencuci beberapa kali setiap hari, kelembapan semulajadi kulit akan hilang. Ini menyebabkan sistem badan alert yang kulit muka anda kering dan akan terus mengeluarkan signal yang kulit kita memerlukan lebih kelembapan. Ia akan terus mengeluarkan lebih banyak minyak pada muka kita dan mungkin jerawat dan sebagainya akan tumbuh lebih banyak. Jika kulit anda terlalu berminyak, cuci dengan pencuci muka yang sesuai tidak lebih dua kali sehari dan untuk menghilangkan minyak cuci dengan air biasa atau lap dengan tisu muka.

Disamping itu, kulit amat memerlukan pelembap muka (moisturizer) .Biasakan diri dengan memakai pelembap setiap hari muka agar muka sentiasa segar. Pelembap muka adalah penjagaan paling asas untuk kulit kusam atau berkedut. Jika baru tunggu muka berkedut baru hendak menjaga kulit, kemungkinan sudah terlambat.

Ada pendapat yang menyatakan kita jangan terlalu kerap menukar produk penjagaan kulit. Mungkin ada kebenaran kenyataan tersebut. Tetapi berdasarkan pengalaman CuteCarry jika kita terlalu lama menggunakan sesuatu produk, ia akan menjadi imun dengan kulit kita. Oleh itu, ia kurang memberi kesan.

CuteCarry berharap agar penerangan ringkas ini dapat membantu anda. Ingat,paling utama ialah jangan berputus asa menjaga kulit.

Kepada yang berminat mendapatkan perkhidmatan untuk latihan penampilan diri, imej, penganjuran majlis, konsep/persijilan 5s dan sebagainya bagi swasta, kerajaan dan individu, bolehlah menghubungi CuteCarry di talian 019-3290397, email cutecarry.com atau click disini

 

Comments

comments

Leave a Reply