home Tips 10 CARA DUDUK DAN PERSONALITI ANDA

10 CARA DUDUK DAN PERSONALITI ANDA

 

Tahukah anda bahasa badan adalah cara komunikasi paling besar dalam menyampaikan sesuatu mesej tentang diri anda?

Di sini CuteCarry kongsikan 10 cara duduk dan maksud mengenai personaliti diri anda. Dengan bahasa badan ini, ia boleh meningkat kredibiliti diri juga boleh juga menjatuhkan.

hati hati ya! 

ANKLES CROSSED

Jenis seorang pemimpin! Anda dapat menunjukkan sifat kepemimpinan dan membimbing orang bawahan dengan baik agar semuanya berjalan lancar. Anda mudah berkawan, tapi anda seorang yang cemburu dalam hubungan berpasangan.

ARMS CROSSED 

Anda seorang yang serius dengan karakter yang hebat. Anda seorang yang selalu berfikir sehingga jarang terpamer senyuman di wajah. Anda juga tidak buru-buru membuka hati atau percaya pada orang lain.

HANDS LOCKED TOGETHER

Anda sangat ekspresif, terbuka dan mudah mesra. Anda juga sentiasa berfikiran positif yang mempengaruhi ramai orang. Dengan berkomunikasi bersama anda, orang ramai sentiasa dapat inspirasi dan energi positif.

HANDS ON YOUR KNEES

Jenis ini sangat jelas seorang pemimpin, menonjol dan percaya diri. Anda seorang yang tidak takut mengambil keputusan dan keputusan yang dibuat untuk kebaikan semua orang. Anda juga tidak takut dengan datangnya masalah dan cepat mencari jalan keluar.

HANDS WEDGED BETWEEN LEGS

Anda seorang yang sangat sensitif dan peramah. Anda juga tidak mengabaikan masalah orang lain dan sentiasa memberikan bantuan secepat mungkin. Selain itu juga, anda seorang yang pemalu dan sering ragu-ragu dengan keputusan sendiri.

LEANING BACK

Anda seorang yang sensitif dan mudah simpati pada orang. Anda juga setiasa berhati-hati apabila mengambil keputusan. Anda mengawasi situasi terlebih dulu dan membandingkan positif dan negatifnya.

LEANING FORWARD

Orang yang duduk dengan jenis posisi ini sangat mudah tertarik dengan banyak hal. Anda seorang yang ingin tahu dan mudah berkawan. Anda juga mudah mengambil hati dan tidak kedekut memberi pujian.

LEGS CROSSED

Anda seorang yang sederhana dan kadang – kadang pemalu di hadapan ramai orang. Anda berusaha menyembunyikan emosi daripada orang lain, dan masuk dalam kategori orang yang tertutup.

LEGS TOGETHER

Jika melihat sekilas, orang yang duduk dengan posisi ini seperti jenis yang tidak terbuka. Namun, kebanyakan mereka memiliki sifat baik hati, tulus, dan peramah. Walaubagaimanapun anda seorang yang jujur dalam soalan. Anda juga seorang yang teliti dan berpegang pada perancangan.

UPRIGHT

Anda berkeinginan kuat dan percaya pada diri dengan keputusan dan keyakinan yang sudah dibuat. Anda juga jenis orang yang ingin dikenal mampu berkomunikasi dengan rakan rakan dan juga boleh dipercayai di saat dalam kesusahan.

Ini berdasarkan kajian daripada Allan Pease “Body Language – How to read others’ thoughts by their gestures”, Monika Matschnig “30 minute Body Language”, James Borg “Body Language: How to know what’s REALLY being said”

 

LIKE jika suka, SHARE untuk manfaat bersama 

Banyak lagi tips
Klik untuk beli dengan mudah:-
http://buku.cutecarry.com/
Buku Gaya Untuk Berjaya.

RM50 plus delivery RM7 = RM57
Bank in CIMB 8007398059 CuteCarry Sdn Bhd dan watsapp details pada
019 337 6807
www.wasap.my/60193376807/bukucutecarry

Jemput CuteCarry untuk buat talk di organisasi anda, hubungi
training@cutecarry.com
019 337 6807
http://www.cutecarry.com

 

Comments

comments