BAJU KURUNG FORMAL TAPI TAK NAMPAK MACAM MAKCIK

Malas, panas, rimas dan melekit bila memakai baju kurung pada zaman sekarang, itu antara alasan yang tidak boleh dipakai. Beruntunglah siapa yang masih minat dan mahu memakai baju kurung pada zaman sekarang setiap harikan!

Baju kurung formal dikenakan bila kita pergi ke satu-satu majlis dan masa. Suka saya contohkan wanita professional yang cantik dan manis berpersonaliti classik yang sangat suka mengenakan baju kurung formal iaitu YM Tan Sri Dato’ Dr. Zeti Akhtar Aziz. Kecantikannya terserlah tanpa perlu nemakai baju kurung dengan perincian atau aksesori sarat. Classy betul!

Saya kongsikan tips memilih baju formal yang amat mudah digayakan samada kepejabat, urusan rasmi mahupun makan malam.

1. Pilihan warna melambangkan keseriusan dalam urusam, pekerjaan dan nampak professional. Tidak semestinya gelap tapi boleh warna pastel, terang dan pudar. Cuma jangan terlalu banyak manik bling bling terutamanya di siang hari. Sikit je pun dah okay. Pernah tengok tak TS Zeti pakai bling bling?

 

2. Corak minimal. Jika corak terlalu over cuma tone down dengan tudung yang simple. Jika baju batik penuh manik pakai pula dengan tudung-tudung beropol ada brooch.. memang pokok krismas bergerak.

 

3. Potongan kurung pesak, moden, pahang juga peplum pun boleh! Cuma peplum tu pastikan ia simple. Jangan terlalu over lipatan peplum.

 

4. Material apa pun boleh tetapi perlu ikut kesesuaian acara. Siang pilihlah material sejuk manakala malam boleh pakai jenis tebal seperti songket.

 

5. Aksesori yang tak clash dengan warna dan perincian baju. Kalau clash nampak murah terus aksesori itu. Hati-hati gabung emas putih dan kuning dalam satu masa. Bukan semua orang boleh carry.

 

Terakhir… JANGAN PAKAI BAJU KURUNG DENGAN BLAZER. (kita sembang perkara ini di lain hari ye…)

Mudah bukan memilih baju kurung formal selepas membaca tips ini. Lepas ni boleh dah shopping baju baru. Carilah material yang selesa supaya kita dapat menggayakan dan memakai seharian dengan penuh bangga. Baju kurungkan baju kebanggaan kita.

——————————————

Untuk jemputan mengendalikan seminar.

‭019 337 6807‬
019 329 0397
‭03 8940 6807‬

Hubungi : training@cutecarry.com  atau cutecarry@yahoo.com