home Tips GAYA TUDUNG MENGIKUT BENTUK MUKA

GAYA TUDUNG MENGIKUT BENTUK MUKA

 

Pelbagai gelaran diberikan kepada mereka yang bertudung, daripada alim sehinggalah kepada ‘hijabista’.

Apakah yang anda mahukan jika anda bertudung? Adakah ingin menutup aurat ataupun hanya sekadar fesyen? Soalan itu hanya yang memakai tudung sahaja dapat menjawabnya.

Walaubagaimanapun, tidak dinafikan tudung boleh menjadi item fesyen yang amat berkuasa!

JOM ketahui Gaya Tudung yang sesuai mengikut Bentuk muka 

Empat segi (SQUARE)
Jika salah memilih tudung wajah anda nampak maskulin. Elakkan memakai tudung yang menonjolkan rahang. Gaya turban akan menyebabkan rahang nampak lebih menonjol. Selendang digayakan dengan inner neck dan menutupi bahagian dagu.

Oblong/Panjang. (LONG)
Muka jenis ini boleh menggayakan banyak jenis tudung. Tetapi jika anda tidak selesa dengan wajah yang tampak terlalu panjang, gayakan shawl dengan anak tudung. Tudung yang dipilih seharusnya melekap di bahagian dahi untuk memberikan ilusi wajah bujur.

Bulat (ROUND FACE)
Jika tersalah pilih tudung anda akan kelihatan tembam. Oleh itu pemilihan tudung awning perlulah ada bentuk seperti tiga segi atau arch dibahagian dahi. Inner neck boleh dipakai supaya dapat menutup sebahagian pipi dan membuatkan anda nampak lebih bujur.

Bentuk hati dan tiga segi (HEART)
Wajah anda mempunyai dahi yang agak luas dan dagu runcing. Seimbangkan kembali tudung anda dengan membentuk ilusi tiga segi di bahagian dahi.

Bujur/Oval
Anda boleh menggayakan pelbagai jenis tudung jika mempunyai bentuk muka bujur. Model yang anda lihat didalam majalah kebanyakannya mempunyai bentuk muka jenis ini.

 

LIKE jika suka, SHARE jika bermanfaat 

Banyak lagi tips:
http://buku.cutecarry.com/
Buku Gaya Untuk Berjaya.
RM50 plus delivery RM7 = RM57

Bank in CIMB 8007398059 CuteCarry Sdn Bhd dan watsapp details pada 019 337 6807
www.wasap.my/60193376807/bukucutecarry

Berminat mengendalikan kursus atau seminar di tempat anda hubungi 019 337 6807 atau 03 8940 6807
Layari http://www.cutecarry.com

Comments

comments