home Tips JENIS SKIRT MENGIKUT BENTUK BADAN

JENIS SKIRT MENGIKUT BENTUK BADAN

 

Suka pakai skirt?

Macam-macam jenis ada, labuh dan singkat juga kembang dan kuncup. Skirt boleh digayakan dgn blouse atau shirt. Ia juga boleh dipakai ke banyak acara, rasmi atau tidak.

Cutecarry senarai jenis skirt mengikut bentuk badan anda.

CIRCLE 

Pernah tengok filem lama zaman 1950an? Skirt kembang yang dipakai oleh pelakon-pelakon tu adalah circle skirt. Bukan hanya dulu, sekarang pun Skirt ini masih popular Ia berbentuk bulat dan dibuat daripada kain cotton, muslin, silk dan jenis-jenis yang yang mudah untuk membentuk circle.

DRAPE 

Drape skirt nampak seperti bergantung dan tersusun. Ia nampak elegen jika pemakainya tidak menggayakan dengan top dan aksesori berlebihan.

GYPSY

Skirt ini bertingkat-tingkat dan beralun-alun. Pernah menjadi skirt paling popular satu masa dahulu. Pernah pakai tak?

MERMAID/DUYUNG

Potongan skirt ini akan ketat di bahagian punggung dan besar di bahagian bawah.
Jika baju singkat, punggung nampak besar.
Jika pakai baju labuh orang punggung besar boleh pakai duyung.

PLEATED

Pleat bermaksud ada lipatan pada fabric bermula daripada bahagian atas. Seluar slack pun ada juga pleat.

TULIP

Bayangkan bunga tulip dan akan dapat bayangkan apa jenis skirt ini. Ia seakan draping tetapi nampak seperti susunan bunga tulip.

ASSYMETRICAL

Skirt ini beralun-alun dan sesetengahnya skirt kelihatan sedikit serong.

PAREO

Potongan pareo adalah seperti kita mengikat sehelai kain pada pinggang kita untuk dijadikan skirt.

PENCIL

Bahagian atas dan bawah skirt adalah sama besar

A LINE

Mesti ramai yang biasa dengan skirt ini, potongan adalah ia semakin membesar bermula dari bahagian punggung sehingga ke bawah.

LIKE jika suka, SHARE untuk manfaat bersama 

Banyak lagi tips
Klik untuk beli dengan mudah:-
http://buku.cutecarry.com/

Buku Gaya Untuk Berjaya.
RM50 plus delivery RM7 = RM57
Bank in CIMB 8007398059 CuteCarry Sdn Bhd dan watsapp details pada
019 337 6807
www.wasap.my/60193376807/bukucutecarry

Jemput CuteCarry untuk buat talk di organisasi anda, hubungi
training@cutecarry.com
019 337 6807

http://www.cutecarry.com

Comments

comments