JUBAH TU RASMI KE TAK?

Seorang setiausaha jabatan kerajaan juga follower CuteCarry telah mengadu, yang dia sangat stress dipejabat kerana seorang pegawai menegurnya berkali-kali berkenaan pemakaian baju jubah yang dipakai setiap hari jumaat. Betul ke kita tidak boleh memakai baju jubah ke pejabat?

Jawapannya tidak boleh. Kitakan pergi ke pejabat, bukannya pergi majlis tahlil atau nak pergi umrahkan. Di sini, kita senaraikan 3 jenis dresscode yang boleh dibuat rujukan kepada semua follower.


FORMAL

-Baju kurung yang minima perincian, bukan yang nak dibawa ke makan malam yang bergemerlapan, pilihan lain samada skirt/ seluar bersama baju kemeja dan lengkap jika dikenakan bersama blazer.
-Padankan blazer dengan kemeja untuk kelihatan profesional. Coraknya tak keterlaluan.

-Warna: Suit warna gelap atau natural. Tak semestinya warna Hitam je.


SEMI FORMAL

-Sedikit santai tetapi konservatif dari pakaian formal. Kod pakaian ini lebih kepada blouse, seluar slack atau palazzo bercutting. Simple dan tidak keterlaluan, boleh memakai suit sepasang tidak bercorak/ bercorak.


CASUAL

-Lebih santai dari semi formal. Boleh dipakai pada hari Jumaat bergantung kepada syarikat. Lain syarikat lain rulesnya.
-Gaya ini akan nampak lebih ceria, selesa dipakai seharian dan lebih santai.
-Walaupau casual ini adalah gaya santai, tidak semestinya anda memakai selipar, sandal atau berpakaian selekah. Peru diingatkan anda adalah wanita yang bekerjaya.

So, jangan nak buat peraturan sendiri memakai jubah ke pejabat lagi. Pastikan kita membawa imej yang baik kepada syarikat. Bos mana yang tak suka pekerjanya nampak hebatkan. Kerana pekerja itu tiang bagi asas berjayanya sesebuah syarikat. So, jangan nak buat peraturan sendiri memakai jubah ke pejabat lagi. Pastikan kita membawa imej yang baik kepada syarikat.

———————————-

Untuk jemputan mengendalikan seminar.

‭019 337 6807‬
019 329 0397
‭03 8940 6807‬

Hubungi : training@cutecarry.com  atau cutecarry@yahoo.com