Amalan 5s

MODUL KURSUS/SEMINAR 5S + 3s

Pejabat yang berselerak dan tidak tersusun mengundang kepada jiwa yang tidak tenteram dan prestasi kerja merudum!!!!

Kursus / ceramah/Konsultasi Amalan 5s + 2s ini bukanlah hanya sekadar teori tetapi pelaksanaan terus kepada sasaran; RUANG PEJABAT ANDA!!

Perkhidmatan ini terbuka kepada agensi kerajaan dan swasta.

Kandungan modul :
1. Pengenalan amalam 5s; SEIRI – SISIH, SEITON – SUSUN, SEISO – SAPU, SEIKETSU – SERAGAM SHITSUKE –SENTIASA AMAL
Setiap ‘S’ bukanlah sekadar perkataan Jepun yang diterjemahkan ke bahasa Melayu! Amalan-amalan ini mempunyai konsep yang tersendiri supaya ia dapat mencapai matlamat menjadi sebuah pejabat/organisasi yang mengamalkan amalan 5s secara total.
Tambahan 3 S lagi ialah SAFETY, SECURITY and SATISFACTION.

2. Kepentingan 5s untuk organisasi/jabatan
Mungkin ada yang merasakan 5s adalah perkara remeh temeh tetapi jika diamati, kejayaan pelaksanaan 5s memberi kesan mendalam daripada faktor penyampaian kerja sehinggalah motivasi kakitangan.

3. Pembentukan dan tugas-tugas Jawatankuasa Kerja 5s kearah persijilan 5s
Persijilan 5s adalah objektif utama untuk sesebuah organisasi dan jentera kerja perlu disusun dengan penuh terancang. Penerangan akan diberikan dengan mendalam apakah tugas-tugas Penyelaras,Jawatankuasa Latihan, Jawatankuasa Promosi, Jawatakuasa Audit dan fasiliatator.

4. Pelaksanaan 5s (Carta Perbatuan/Gun Chart 5s)
Perancangan yang rapi dan teratur memastikan kelancaran perjalanan amalan dan persijilan 5s.Maklumat mengenai langkah-langkah yang perlu dilaksanakan seperti mesyuarat,Pelancaran Program 5s, Gotong-Royong Perdana, Hari 5s dan sebagainya akan disampaikan secara mendalam.

5. Sistem-sistem 5s
5s bukanlah hanya sekadar persekitaran pejabat teratur dan menarik tetapi lebih kepada sistem-sistem yang diwujudkan untuk membantu meningkatkan prestasi kerja. Cadangan dan perbincangan akan diadakan untuk sistem fail,stor barangan/alat tulis, ruang pejabat, pelabelan dan sebagainya akan disampaikan mengikut jenis dan situasi pejabat anda.

6. Tambahan 2s iaitu Safety dan Security
Adakah susunan ruang pejabat menggangu laluan keselamatan? Konsep 5s perlulah mengambilkira berkenaan dengan 2 tambahan S iaitu daripada segi keselatan iaitu Safety dan Security. Pejabat yang teratur bukanlah terbaik jika aspek-aspek keselamatan diambil mudah. Peserta akan diterangkan berkenaan dengan 2s yang amat penting untuk keselamatan dan juga melindungi kakitangan dan pejabat.

7. Konsultasi susunan pejabat/ hiasan dalaman
Konsultasi dan perbincangan mengenai dekorasi ruang pejabat berimej korporat akan diberikan kepada anda. Ia meliputi daripada segi susunan,pemilihan warna, perhiasan dan sebagainya. Konsultasi hiasan dalaman ini adalah akan melibatkan penggunaan konsep-konsep terkini dan aplikasi 5s agar ruang pejabat kelihatan menarik.

8. Analisa Impak 5s
Amalan 5s mesti mempunyai impak yang positif terhadap sesebuah organisasi. Anda akan diterangkan mengenai bagaimanakah untuk menilai impak positif tersebut untuk dibentangkan kepada pengurusan atasan dan tujuan penambahbaikan.

9. Lawatan ke ruang pejabat untuk konsultansi 5s
Setiap pejabat mempunyai latar belakang yang berlainan. Lawatan ke setiap ruang pejabat ini adalah untuk memastikan kakitangan dapat berinteraksi secara terus dengan kami untuk cadangan dan penyelesaian isu-isu berkaitan dengan 5s.

10. Audit 5s
Audit memainkan peranan yang penting untuk memastikan 5s diamalkan menurut kriteria, prinsip-prinsip dan konsep-konsep di bawah 5s. Peserta akan diberikan panduan bagaimana untuk membentuk sebuah pasukan audit yang dapat melaksanakan kerja-kerja pengauditan dan seterusnya menghasilkan sebuah laporan audit berkualiti untuk dibentangkan kepada pengurusan dan kerja-kerja penambahbaikan,

Leave a Reply