home Training Ambuyat atau Linut?

Ambuyat atau Linut?

 

Makan bubur pedas dan linut sambal belacan. Iboh jealous.

Punyalah selalu sangat ke Sarawak,  pandei udah klaka Sarawak !

Sedikit pertikaian (wahhh… macam kontroversi je) terjadi bila CuteCarry letakkan gambar diatas.

CuteCarry tulis caption sebagai LINUT tetapi ada yang kata itu AMBUYAT.

Dua-dua betul. Linut dan Ambuyat adalah benda yang sama.  Perbezaan adalah sebutan di tempat masing-masing. Jika di Sabah dan Brunei ia dipanggil Ambuyat tetapi di Sarawak sebagai linut. Cara  makan linut ialah dengan mencicahnya dengan sambal belacan.I must admit that sambal belacan in Sarawak is among the best sambal belacan in the world. Probably because of the local belacan used to make this dish.  Linut juga boleh dimakan dengan pelbagai jenis lauk. CuteCarry pun ambillah semua makanan disini. Sedapnya!

CuteCarry bersama Pustaka Negeri Sarawak untuk mengendalikan seminar Customer Service.
Terima kasih orang Sarawak.. banyak jobs dari negeri Sarawak. I am grateful!

Suka juga dengan orang Sarawak kerana mereka sangat baik antara kaum. Tiada unsur-unsur perkauman wujud. Sarawak adalah konsep utama 1Malaysia. Keep it up. Don’t let anyone change Sarawak. Ramai kawan CuteCarry yang berasal daripada Semenanjung pernah bekerja di Sarawak. Mula-mula stress sebab kena bekerja di Sarawak tetapi lama-lama tak mau balik. Mereka sudah selesa dengan budaya masyarakat Sarawak yang harmoni.

Berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry?

Modul dan bajet boleh disesuaikan mengikut keperluan anda.

KAMI PASTI KURSUS INI TIDAK AKAN MENGANTUK DAN PENUH MANFAAT.

Sila klik disini. atau hubungi 019 337 6807   atau 019 329 0397

Testimoni peserta yang pernah hadir kursus CuteCarry klik sini.

Comments

comments