Pernahkah anda menonton siri CSI (Crime Scene Investigation)? Siri itu padat dengan aksi, ungkapan teknikal dan sesi soal siasat. Jika ditonton daripada sudut ilmiah, siri ini bukanlah hanya sekadar hiburan semata-mata, ia sarat dengan pembelajaran  konsep Bahasa badan dan Neuro Linguistic Programming (NLP).

Pergerakan mata, tangan, cara berjabat tangan dan juga perkataan yang digunakan mengklasifikasikan kategori seseorang individu.

Anda bukanlah dilatih untuk menjadi penyiasat seperti dalam program CSI tetapi anda menggunakan konsep NLP untuk tugasan harian, menghadapi kehidupan sosial dan juga hubungan keluarga dan sanak saudara.

Tunjang bagi sebuah organisasi yang hebat terletak kepada sumber manusia yang efektif. Keupayaan menggunakan bahasa badan dan NLP dengan baik akan membantu mengubah pendekatan atau tindakan untuk memperolehi keputusan yang lebih baik.

 

Antara objektif kursus ini ialah:-

  • Melatih pegawai mampu membawa visi dan misi organisasi
  • Mampu meningkatkan karisma walaupun baru bertemu orang yang baru ditemui, membina hubungan dengan baik serta menjalinkan kerjasama yang erat
  • Penggunaan bahasa badan yang betul untuk menyampaikan mesej sifat tegas, penyayang, berkuasa (autokratik) dan sebagainya
  • Berupaya memberikan pembentangan dan ucapan yang efektif
  • Menguasai perundingan serta mengelak diri dari dimanipulasi
  • Mengelak diri dari menjadi mangsa politik di pejabat
  • Bahagian sumber manusia dapat mengesan sebarang penipuan yang berlaku di dalam organisasi
  • Berkeyakinan dalam ‘membaca’ karakter orang lain (Ketepatan)
  • Berkeyakinan menggunakan Bahasa Badan dengan hebat (Aplikasi)
  • Berkeyakinan untuk ‘membawa’ diri dengan baik di luar organisasi (Tingkahlaku)
  • membina hubungan dengan baik serta menjalinkan kerjasama yang erat
  • Berupaya bangkit dari kegagalan serta menguasai semula ‘pentas’ pengurusan
  • Menguasai perundingan serta mengelak diri dari dimanipulasi
  • Berupaya mengenalpasti rakan sekerja yang berhadapan dengan isu menggunakan teknik yang sesuai
  • Mampu meningkatkan keserasian walaupun baru bertemu orang yang baru ditemui, membina hubungan dengan baik serta menjalinkan kerjasama yang erat
  • Menguasai situasi dan pengurusan konflik