home Training Bertemu followers dan orang ramai di 1MPAK Kuala Kangsar

Bertemu followers dan orang ramai di 1MPAK Kuala Kangsar

Terima kasih diucapkan kepada MARA Perak, terutamanya Pegawai MARA Kuala Kangsar kerana menganjurkan Program 1MPAK yang amat berjaya. CuteCarry juga berasa amat bertuah kerana telah diberi peluang berkongsi ilmu bersama pengunjung dan followers pun ramai juga yang hadir. 1MPAK ini telah mengumpulkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Pelbagai kemudahan disediakan daripada peluang pekerjaan sehinggalah kepada perkhidmatan kesihatan.

When you see your face all over the place!

Ramai betul yang hadir.

 

CuteCarry juga telah menjadi moderator untuk dua orang usahawan berjaya kelahiran Kuala Kangsar.

Ahli Parlimen Kuala Kangsar, YB Datin Mastura Tan Sri Yazid cakap
“I remember you but you look different”
Saya  positif ye mungkin dia bermaksud saya makin muda!
Bertahun dahulu, semasa arwah suaminya menjadi Ahli Parlimen Kuala Kangsar, CuteCarry dijemput untuk mengendalikan seminar IMEJ untuk Puteri UMNO Kuala Kangsar.

 

CuteCarry juga sangat sibuk mengendalikan seminar di merata Malaysia.

2 hari di Cyberjaya untuk IMAGE ABCD SEMINAR Malaysian Automative Institute (MAI). Mereka adalah Generasi Y yang amat bercita-cita tinggi.

Orang Nogori!!
2 hari bersama mereka.

CuteCarry di Port Dickson untuk Kursus Dua Hari Protokol dan Etiket Sosial bersama Penjawat Awam Negeri Sembilan anjuran SUK Negeri Sembilan.

CuteCarry di Johor Baharu untuk SEMINAR IMEJ ABCD untuk Hospital Sultan Ismail HSI.

CuteCarry bersama Pembantu Tadbir Daerah Jerantut untuk Seminar Motivasi dan Jati Diri di Kuala Terengganu.

Kakak-kakak bomba pun ada tau!!
Untuk makluman ini adalah salah satu seragam bomba. Pakaian celoreng adalah pakaian yang dipakai ketika aktiviti lain. Pakaian ini dikategorikan mengikut nombor.
CuteCarry di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk Kursus Penampilan Diri 2018.

Perkhidmatan seminar CuteCarry untuk bidang imej, pembangunan diri dan latihan keusahawanan hubungi

019 337 6807  training@cutecarry.com

 

 

 

Comments

comments