home Training CuteCarry bertemu followers di Alor Setar dan Ipoh

CuteCarry bertemu followers di Alor Setar dan Ipoh

Suatu waktu masa dahulu CuteCarry akan ke pusat membeli belah untuk bertemu dengan artis yang diminati. Tetapi kini, followers yang datang untuk bertemu CuteCarry. Ia adalah suatu pengalaman yang mengujakan dan mendebarkan.

Kenapa mendebarkan?

Ia amat berbeza dengan pengalaman CuteCarry sebelum ini. Seminar dan kursus yang selalu dibuat ialah peserta telah ditetapkan. Berbeza dengan penampilan dan seminar seperti ini  dimana orang ramai yang akan hadir. Jika orang tidak hadir alangkah malunya. Bayangkan jika bercakap di hadapan kerusi kosong.

Tetapi alhamdulillah peminat, followers dan orang ramai hadir didalam program yang dianjurkan.

 

EKSPO JOM MUAFAKAT KEDAH. Terima kasih kepada INSPIN KEDAH diatas penganjuran ini.

 

CuteCarry juga telah dijemput oleh Perbadanan Perpustakaan Negeri Perak untuk mengendalikan seminar dan sesi bertemu followers dan pengunjung di Pesta Buku Bos Gaurus di Mydin Mall, Ipoh. Pengalaman yang paling menyeronokkan mengendalikan seminar di dalam pusat membeli belah. Jika dahulu hanya melihat artis membuat persembahan tetapi kini CuteCarry yang membuat penampilan. CuteCarry telah membuat jualan  dan sesi menandatangani buku Gaya Untuk Berjaya. Best lah orang Perak.

 

Buku Gaya Untuk Berjaya mendapatkan sambutan yang amat hebat, Pemilik kedai buku ini memaklumkan yang Gaya Untuk Berjaya adalah antara buku yang paling laris di booth ini. Alhamdulillah.

Terima kasih kepada semua kerana hadir. Ramai yang bertanya soalan, ramai yang bergambar dan tidak kurang juga yang masih berhubung melalui media sosial. I love anda semua.

Penampilan seterusnya ialah di Program IMPAK anjuran MARA di Kuala Kangsar, Perak pada Ahad 18 Mac 2018. Sesi CuteCarry bermula pada jam 9.00 pagi. Jumpa di sana!!

Maklumat berkenaan seminar dan penampilan CuteCarry hubungi

019 337 6807‬
training@cutecarry.com

Layari cutecarry.com

 

 

 

 

Comments

comments