home Training Dah nak masuk 2019, janganlah banyak ‘complain’!

Dah nak masuk 2019, janganlah banyak ‘complain’!

Kita menunju ke tahun 2019.Umur makin meningkat dan mungkin tenaga makin kurang. Perubahan fasa umur yang amat cepat dan seolah-olah pejam celik dah semakin tua. Adakah hidup tuan dan puan makin bertambah baik atau sekadar cukup makan? Ada juga yang semakin ke arah menurun.

Apabila hidup semakin menurun, jalan paling mudah adalah untuk ‘complain’. Senang tau untuk menyalahkan orang lain atas apa yang kita tidak capai pada hari ini. Setiap kali punca kesalahan diletakkan pada orang lain terasa sedikit lega pada diri kita. Punca telah diketahui. Yes…. memang semua yang terjadi ada punca penyebab.

Ekonomi jatuh boleh salahkan kerajaan. Sebab itulah business makin jatuh. Harga barang makin naik. Duit tidak cukup. Complain.

Kerja bertimbun-timbun di tempat kerja kita boleh salahkan pihak pengurusan. Sistem tidak betul sebab itulah semakin lama semakin kalam kabut kerja kita. Complain.

Berat badan meningkat kita boleh salahkan kesibukan diri kita. Mana ada masa nak bersenam, pergi kerja pagi balik makan.  Sebab itulah  makin hari makin membulat badan. Complain.

Itu adalah contoh  yang suka complain dan suka merungut. Sebenarnya mereka menyusahkan diri sendiri. Setiap kali kita complain, undangan kesusahan hanyalah pada kita. Sepatutnya kita cuba mencari penyelesaian pada setiap permasalahan. Complain boleh tetapi jangan sampai complain menggangu emosi.

Saya juga complain kerana saya hanya manusia biasa. Saya bukannya orang yang penyabar. Complain tetap complain. Tetapi bila sudah semakin matang, saya rasakan complain menyekat apa yang saya hendak. Oleh itu, saya cuba bertenang dan cari penyelesaian pada setiap masalah yang dihadapi. Bila kita fokus pada penyelesaian, lama-kelamaan hidup akan lebih teratur.

Ekonomi jatuh oleh itu saya cuba strategi perniagaan yang baru. Ia berhasil.

Pekerja tidak dapat membuat apa yang saya perlukan oleh itu saya buat satu sistem yang ternyata menyenangkan saya.

Faham apa yang cuba disampaikan disini?

Lakukan latihan ini. Cuba untuk tidak complain sehari suntuk. Anda akan rasa ketenangan dan lama kelamaan kualiti hidup bertambah baik. Cuba cari jalan penyelesaian dan jangan terlalu fikirkan masalah.

 

CuteCarry bertuah kerana dapat berkongsi ilmu dengan ramai orang.

Team building 3 hari 2 malam PROFESIONALISME CIDB PERLIS

 

Dua hari di Johor untuk SNJ Ranhill Sdn Bhd Business Communication Seminar.

 

Lembaga Pertubuhan Peladang Pulau Pinang.

Bengkel Make up untuk penari dan pemuzik DBKL

SEMINAR FIRST CLASS untuk USAHAWAN PULAU PINANG anjuran MARA BALIK PULAU.

Pejabat Kesihatan Kuala Kangsar untuk Seminar Keterampilan Diri.
Antara moment jarang berlaku dalam kerjaya dapat job di Perak dan lagi rare sebab dapat job di kampung sendiri.

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI Sungai Petani.

Seminar anjuran PEJABAT UNDANG-UNDANG NEGERI KEDAH.

Jabatan Perlindungan Data, KKMM.

Event Management with Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) Seminar at Le Meriden Putrajaya.

Pengurusan Majlis untuk Majlis Perbandaran Kajang.

Orang-orang kuat cukai Kluang dan Muo.
Hafiz @cutecarry bersama mereka untuk Program BSHR anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.

MAGE ABCD bersama Pejabat Daerah dan Tanah Rembau.

 

Seminar Communication & Image with Prudential BSN. Wakil-wakil satu Malaysia hadir untuk seminar ini.

Hafiz CuteCarry bersama warga Bank Negara Malaysia ( BNM).

Bersama warga KETENGAH di Janda Baik, Pahang.

Universiti Sains Malaysia untuk Seminar Imej Profesional bersama warga USM.

Di akhir tahun ini apa kata ambil peluang untuk tawaran Year End Training (YET). Diskaun terbaik menanti anda.

Hubungi 019 337 6807 atau email cutecarry.cc@gmail.com atau training@cutecarry.com.

 

 

 

 

 

 

Comments

comments