home Training GAYA SALAH BARANG PUN TAK LAKU

GAYA SALAH BARANG PUN TAK LAKU

Saya bukan mengada-adakan cerita tetapi memang ada peluang perniagaan terlepas disebabkan pemilik atau usahawan tidak reti berpakaian. Ada yang pakai hentam dan ada juga yang malas. Tidak kurang juga usahawan yang kedekut untuk melaburkan duit untuk menambahbaik imej diri. Tetapi faktor utama ialah KURANG ILMU. Peniaga tidak mempunyai ilmu berkenaan cara berpakaian, tatacara dan etika ketika bersama pelanggan juga cara berkomunikasi. Ratusan atau ribuan ringgit melepas begitu sahaja. Kebanyakan usahawan ini tidak tahu imej mereka menyebabkan produk atau perniagaan mereka kurang mendapat tempat di sesetengah tempat atau target pelanggan.  Malang kan?

Saya telah berkongsi ilmu bersama peserta WISE Kangar. Antaranya ialah kena tahu cara bersalam dan memulakan perbualan dengan bakal pelanggan. Jangan terus menjual nanti pelanggan tidak suka. Cara berpakaian juga akan menarik pelanggan. Jika target pelanggan adalah surirumah dan menjual produk penjagaan dalaman, janganlah pakai coat pulak. Target anda Gen Y? Kadang kala pakailah bomber jacket. Jika pelanggan senang dengan anda barulah perasaan untuk membeli akan muncul. Saya adalah seorang perunding imej dan pelanggan adalah korporat dan mereka yang bekerjaya. Majoriti mereka tinggal di kawasan bandar. Sebab itulah kebanyakan pakaian saya adalah berjenama. Saya pakai beg Louis Vuitton, tali pinggang Gucci dan dengan cermin mata Fendi. Jika saya hendak berjumpa dengan pelajar universiti, saya selesa mengenakan Zara. Gen Y amat suka!

 

Penat dan mengantuk sebab tidur tak cukup tapi terus bersemangat tengok ramainya orang Perlis dan Kedah hadir di appearance dan talk oleh Hafiz @cutecarry di Program WISE anjuran MARA KEDAH dan
Perlis.

 

 

 

MAKLUMBALAS diterima juga amat baik…

training@cutecarry.com
‭019 337 6807‬

019 329 0397
‭03 8940 6807‬
http://www.cutecarry.com/

Comments

comments