Ijazah apa yang sesuai untuk saya? (Kursus bersama Kolej Profesional MARA, Indera Mahkota, Pahang)

Itu adalah persoalan yang bermain didalam ramai pelajar dan bakal pelajar termasuklah CuteCarry  suatu ketika dahulu.

Jika tersalah ambil kursus, bermakna kita akan bosan dan seterusnya akan membuatkan kita kurang cemerlang dalam bidang yang diceburi.

Apa yang penting ialah kita perlu tahu apa yang kita hendak dan minat. Ketahui apakah cita-cita anda.. Jika masih ragu-ragu, dapatkan maklumat daripada kaunselor atau mereka yang berpengalaman.  Ingat, jangan terikut-ikut dengan orang lain.You must know what you want.

Tetapi apa kata jika jurusan yang anda inginkan tidak ditawarkan atau anda tidak berjaya masuk dalam bidang itu. Ada diantara kita yang tidak mampu untuk belajar dalam bidang yang kita gemari.

Jangan putus asa. Jika telah berjaya melanjutkan pelajaran kemana-mana ini bermakna anda telah melangkah untuk mencapai bidang apa yang diceburi.

CuteCarry telah menceritakan kepada pelajar-pelajar di Kolej Profesional MARA Indera Mahkota berkenaan pengalaman CuteCarry didalam kerjaya.

Nasihat utama CuteCarry ialah jangan hadkan kelulusan anda. Jika ada kesempatan untuk belajar ke peringkat tertinggi, go for it. Jangan hadkan kemampuan anda. Percayalah anda tidak akan rugi!

CuteCarry adalah lulusan Bachelor Degree in Accountancy tetap kerjaya kini adalah Perunding Imej.  Jika diikutkan memanglah tidak kena mengena tetapi Ijazah itu membantu CuteCarry didalam kerjaya sekarang terutamanya didalam bagaimana menguruskan kewangan.

Kenapa perakuanan? Sebenarnya ketika itu memang tiada pusat pengajian tinggi atau pusat latihan yang menawarkan bidang perundingan imej. But I know one day I want to become an image consultant.

Walaupun kurang berminat dalam bidang perakaunan, tetapi tetap berusaha untuk menamatkan pengajian. My goal is to earn a degree.

Tamat pengajian, bekerja dalam bidang perakaunan. This time my goal is to pay my bill!

Kerjaya  perunding imei ini juga dibina hasil daripada kursus-kursus pendek yang dihadiri. Walaupun telah bertahun-tahun bekerja dalam bidang ini dan telah melatih beribu-ribu peserta, ilmu perlu sentiasa ditambah dan oleh itu, jika ada peluang, CuteCarry akan mendaftar untuk mengikuti kursus yang berkaitan; bukan hanya untuk imej tetapi seperti pemasaran dan penjenamaan.

Master? Maybe…..

Terima kasih kepada pelajar-pelajar dan pensyarah Kolej Profesional MARA  Indera Mahkota kerana menjemput CuteCarry kesana. Pelbagai kursus ditawarkan disana daripada bahasa, perakaunan dan filem.

Berminat menganjurkan kursus  ditempat anda?

Hubungi  talian 0193290397 atau 0194432763 (Hidayah Pembantu kepada CuteCarry)

maklumat lanjut  training@cutecarry.com atau  cutecarry@yahoo.com

 

Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini

Senarai pelanggan sila klik disini.

Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini 

 Instagram sila click CuteCarry dan fanpage FB sila click CuteCarry

Maklumbalas positif daripada para peserta. Terima kasih semua!!!