home Training JANGAN PAKAI MEWAH UNTUK KURANG DIFITNAH

JANGAN PAKAI MEWAH UNTUK KURANG DIFITNAH

 

Saya memang suka barangan mewah. Kalau boleh setiap kali bagi talk suit jenama Armani, kemeja Thomas Pink, kasut Ferragamo dan beg untuk letak laptop ialah Hermes Birkin.  Itu adalah ‘ultimate goal’ dalam kehidupan saya kini. Sejak daripada kanak-kanak, saya amat suka barangan berjenama yang berprofil tinggi.  Tidak pernah peduli apa orang kata, berlagak atau snobbish, saya tidak kisah walau mereka kata saya meninggi diri. Setiap apa yang saya mahukan saya achieve untuk membayar setiap titik-titik peluh yang menitis. Tapi hakikatnya, saya tidak mampu untuk memakai pakaian ‘berjenama tinggi’ setiap hari. Kadang kala kena bersyukur juga dengan Zara, H&M, Uniqlo, Clark dan Hush Puppies. Sesekali sahaja mampu pakaian jenama tinggi head to toe. Setakat beberapa item Gucci, Chanel , Prada dan LV boleh lah,, ulanglah pakai apa yang ada. Kawan-kawan dan followers saya pun suka bila saya berpakaian jenama. It is so me. Tiada isu akan timbul jika saya berpakaian begitu.

TETAPI isu akan timbul jika seseorang yang diamanahkan menjaga harta dan kepentingan rakyat memakai item berjenama. Contoh paling mudah ialah ahli politik yang berpakaian terlalu berjenama sedangkan negara mengalami masalah ekonomi. Rakyat ang mengikat akan resah jika melihat pemimpin dipilih hebat memakai jam beratus ribu. Resah akan bertukar kepada perasaan curiga dan kemudian timbul fitnah.

TETAPI hakikatnya, ada pegawai kerajaan dan politik yang memang MAMPU, Mereka atau pasangan menjalankan perniagaan jujur dengan untung besar. Mereka mampu untuk membeli barangan berjenama. Mereka tidak perlu mengambil rasuah untuk membeli kasut Tods dan jam Breitling. Isteri mereka menjinjit Celine Ostrich yang dibeli hasil daripada business online. Tiada rasuah atau penyelewangan berlaku.

Zaman media sosial ini fitnah mudah berlaku, Seorang sahaja buat entry, terus ia viral dan rosaklah nama insan tersebut. Kesian kan? Mulut orang memang susah untuk ditutup.

Cara untuk mengelakkan perkara ini berlaku ialah berpada-pada didalam memakai barangan berjenama. Seorang isteri kepada seorang VIP perlu slow down menayangkan setiap item berjenama yang dibeli. Walaupun barangan tersebut dibeli dengan duit sendiri, berhati-hatilah. Tambahan pula jika suami baru diberi mandat.  Bila anda mula dikenali kerana perniagaan dan pandai cari duit sendiri, barulah boleh mula tayang sikit-sikit.

Bunyi nya memang lawak dan ‘awkward’ kan, tetapi itulah hakikatnya. Saya selalu berpesan kepada semua peserta saya perkara ini.

Hafiz CuteCarry bersama isteri ahli politik di SEMINAR KHAS AHLI-AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR dan PASANGAN.

 

Bersama Urusetia.

 

Terima kasih atas maklumbalas.

FRONTLINERS : CREATING POSITIVE IMPRESSIONS by CuteCarry Sdn Bhd untuk Perbadanan Kraftangan Malaysia .

Hafiz CuteCarry bersama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Wilayah Persekutuan untuk Seminar Personaliti dan Keterampilan Diri.

CuteCarry bersama Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) di Casuarina Ipoh untuk SEMINAR KETERAMPILAN IMEJ ABCD.

CuteCarry bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Pahang.

CuteCarry bersama Jabatan Agama Islam Selangor.

 

 

Hafiz CuteCarry di Kangar, Perlis untuk Aura Wanita 2018.
Semua selebriti wanita tau saya seorang je bukan.. Make Up Artist Bella dan Naabila Razali.

Good morning Bentong. Im feeling very blend in with nature lah this morning. Wearing batik from Kraftangan Malaysia dan Karyaneka.

Seminar dalam hutan. Memang best!
Terima kasih BANK NEGARA MALAYSIA (BNM) kerana memberi kepercayaan pada CuteCarry.
Banyak yang saya share bersama FSA. Moga jumpa lagi!

Banyak betul tips yang telah saya kongsi bersama mereka. Jika hendak banyak tips lagi boleh mendapatkan buku saya GAYA UNTUK BERJAYA. Ia hanya berharga RM50. Klik sini. 

Seharian segar dan wangi dengan perfume CuteCarry?

———————————-

Untuk jemputan mengendalikan seminar.

‭019 337 6807‬
019 329 0397
‭03 8940 6807‬

Hubungi : training@cutecarry.com  atau cutecarry@yahoo.com

Comments

comments