home Training PELANCARAN BUKU GAYA UNTUK BERJAYA

PELANCARAN BUKU GAYA UNTUK BERJAYA

Alhamdulillah, Gaya untuk Berjaya telah berjaya dilancarkan dalam satu majlis yang sederhana tetapi meriah. Buku ini telah dilancarkan oleh dua orang personaliti yang amat dikagumi CuteCarry iaitu Puan Rahimah Yeop dan Jerry Zafrul Rizal. Pengalaman Hafiz Mustapha menjadi penceramah hampir sedekad diabadikan dalam buku ini.

 

Puan Rahimah Yeop, seorang pesara Pegawai Tadbir Diplomatik  adalah insan yang berpengaruh didalam  CuteCarry mengorak langkah sebagai konsultan. Ceramah imej yang disampaikan oleh Puan Rahimah telah memberi inspirasi kepada CuteCarry untuk menjadi perunding ime. Jerry pula adalah rakan yang memberi nasihat dan bimbingan pada CuteCarry didalam pengurusan perniagaan.

Majlis ini juga dihadiri oleh rakan-rakan terdekat dan pihak media CuteCarry.

 

CUTECARRY BERSAMA PUAN RAHIMAH YEOP DAN JERRY ZAFRUL RIZAL

 

 

Buku PERTAMA di MALAYSIA yang menggabungkan EMPAT ELEMEN IMEJ.

ABCD

APPEARANCE- PENAMPILAN

BEHAVIOUR – KELAKUAN/ PROTOKOL DAN ETIKA – Behaviour

COMMUNICATION – KOMUNIKASI

DEVELOPMENT – PEMBANGUNAN DIRI DAN MOTIVASI

 

 

Kata Pengantar buku ini ditulis oleh Dr Azizan Osman yang juga merupakan penerbit di bawah syarikat Richworks Sdn Bhd.

Tajuk Gaya untuk Berjaya dipilih berdasarkan pengalaman penulis, Hafiz Mustapha yang bermula daripada bawah untuk mengembangkan kerjaya sebagai seorang penceramah dan perunding imej yang berjaya. Gaya Untuk Berjaya juga menjadi inspirasi untuk pembacanya terus berjaya.

 

GAYA UNTUK BERJAYA.

9 BAB YANG BAKAL MENGUBAH HIDUP ANDA

 

BAB 1: Berubah atau tidak

Tips untuk anda lebih YAKIN dan BERANI untuk berubah.

 

BAB 2: ETIKA PAKAIAN

Nampak remeh tapi jika salah pilih, rosak segalanya. Biar nampak bergaya tanpa perlu menghabiskan banyak wang. Ketahui perbezaan antara cara berpakaian untuk bertemu kerabat diraja sehingga hadir perbincangan kasual di kedai kopi.

 

BAB 3: AKSESORI

Kasut perlu sesuai, tali pinggang jenis yang mana dan beg apa yang membuatkan anda nampak bergaya. Banyak lagi tips pemilihan aksesori yang diterangkan dengan lebih mudah.

 

 

BAB 4: BENTUK BADAN 

Pemilihan pakaian yang salah meyebabkan anda nampak TERUK. Kenali bentuk badan dan pilih baju. Tips yang diberikan mudah sangat!

 

BAB 5: RAMBUT dan TUDUNG

Potongan rambut apa yang sesuai untuk lelaki? Tudung jenis mana yang sesuai untuk bentuk muka anda? Banyaknya tips diberikan.

 

 

BAB 6: KEBERSIHAN

Badan berbau akan menyebabkan orang sekeliling tidak selesa. Tips untuk penjagaan kebersihan diri, daripada penjagaan rambut, mulut sehinggalah pada pemilihan minyak wangi.

BAB 7: WARNA

Apakah warna yang sesuai dengan kulit anda agar nampak berseri? Bagaimana hendak suai-padan warna agar tidak nampak pelik?

 

BAB 8: PROTOKOL & ETIKA

Beza negara, berbeza etika. Etika makan (fine dining) dan etika dikhalayak akan dirungkai dalam bab ini. Cara bersalam sehinggalah kepada cara bergaul dengan orang ramai.  Mudah dan ringkas tapi padat.

 

BAB 9:  KOMUNIKASI

Percakapan bukanlah satu-satunya medium komunikasi. Terlalu banyak cabang komunikasi yang boleh diamalkan agar anda nampak hebat di kaca mata ramai!

 

SIAPA YANG PERLU BACA BUKU INI

  1. LELAKI dan WANITA yang ingin BERJAYA DAN BERGAYA
  2. Anda yang merasakan diri ZERO dalam BERGAYA
  3. Pemilik perniagaan agar tampil hebat menarik pelanggan
  4. Penjawat awam dan swasta yang ingin belajar tentang imej korporat dan kasual
  5. Mereka yang ragu-ragu tentang GAYA
  6. Suri rumah, pelajar dan penuntut universiti sehingga pencari kerja.
  7. Anda yang ingin meningkatkan imej dan motivasi diri
  8. Anda yang berminat menjadi seorang penceramah, stylist, personal shopper dan bidang-bidang berkaitan
  9. Sesiapa sahaja yang INGIN BERUBAH

 

YouTube Preview Image

Tontonlah video GAYA UNTUK BERJAYA

Buku ini sesuai untuk anda atau dijadikan hadiah kepada yang tersayang.

Senaskah buku yang bakal mengubah hidup anda dan orang sekeliling.

Sesi penggambaran promosi buku ini telah diadakan di Paris, Perancis dan Peru.

 

 

GAYA UNTUK BERJAYA

Klik untuk beli dengan mudah:-

http://buku.cutecarry.com/

Buku Gaya Untuk Berjaya.
RM50 plus delivery RM7 = RM57
Bank in CIMB 8007398059 CuteCarry Sdn Bhd dan watsapp details pada

019 337 6807

www.wasap.my/60193376807/bukucutecarry

 

Comments

comments