home Training PERLU KE NAK PEDULI APA ORANG KATA?

PERLU KE NAK PEDULI APA ORANG KATA?

Rasa Nak patah pinggang angkat buku dan perfume CuteCarry untuk setiap kali ada seminar. Kadang kala rasa terasa nak patah pinggan angkat benda-benda ni untuk dijual. Alhamdulillah amat mendapat sambutan.

So, kita ke topik kali ini.

Jawapan untuk tajuk di atas ialah YA atau TIDAK.

Ya..

Jika seseorang itu adalah orang yang kita hormati. Seseorang yang kita rasa amat memberi inspirasi kerana kesan terhadap hidup kita. Ibu bapa yang kita sayangi, bos yang baik dan mentor yang membimbing. Rakan baik yang memberi nasihat juga adalah insan istimewa yang perlu kita hayati nasihat mereka.  Mereka yang kita hormati dan kagumi ini sebenarnya tidak pernah ada rasa dengki dengan kejayaan kita. Fikiran mereka hanyalah untuk kita kearah yang lebih baik. CuteCarry ada orang yang dihormati ini dan begitu juga anda. Setiap kali mereka berkata-kata dan memberi nasihat hadam dan ikuti kerana ia mungkin nasihat terbaik untuk kita.

TIDAK.

Terlalu ramai yang suka memberi nasihat atau lagi teruk mengata kita. Golongan ini memang dilahirkan suka mencari kesalahan orang lain. Kelompok yang amat negatif dan mungkin merasakan mereka tiada dosa. Alasan yang digunakan untuk golongan ini ialah kita memang patut dimaki atau diumpat diatas kesalahan kita. Mereka juga berpendapat kita tidak betul dan patut mengikut arah yang mereka fikirkan betul. Apa pun kita buat, samada baik atau buruk akan dipandang buruk dan hina oleh golongan ini. Mereka berada dimana-mana samada rakan sekerja, saudara mara atau orang yang muncul memberi nasihat atau mengkritik dalam laman sosial. Hidup mereka tiada tujuan lain selain daripada mengkritik orang lain. Hidup mereka tidak sempurna dan oleh itu mereka cuba untuk mencari ketidaksempurnaan orang lain. Anak mereka tunggang langgang, duit mereka tidak cukup, hubungan suami isteri bukanlah terlalu bahagia dan serba serbi kekurangan. Jangan terlalu peduli apa yang dikatakan oleh mereka. Teruskan dengan apa yang kita buat. Percayalah jika kita terus dengan apa yang kita buat asalkan ia tidak melanggar syariat dan undang-undang, kita akan berjaya. Ikhlas dan redha adalah kunci kejayaan.

CuteCarry pernah dengar ada orang hendak berniaga tapi takut nak promote dalam facebook sebab takut kawan-kawan tak suka..OMG..kesian nya dia sebab dapat kawan yang negatif. Kawan ke tu?

Itu adalah antara nasihat yang diberika oleh CuteCarry kepada semua yang hadir kursus anjuran CuteCarry. Terlalu banyak seminar dan undangan yang perlu dipenuhi sampaikan hendak update blog pun takde masa. Takpelah… nanti kena hire orang untuk buat benda-benda ni.

CuteCarry di Seremban untuk bersama Suruhanjaya Pilihanraya Negeri Sembilan. Wahhh nak pilihanraya ni hebat depa nak grooming. SPR negeri lain camna?

 

600 orang hadir di seminar CuteCarry. Urusetia kata yang paling ramai pernah dihadiri.

Apa yang best sangat tu sampai semua komen camni?

Bestnya dgn orang Perak!!
Urusetia kata peserta paling ramai mendaftar untuk join seminar ni bila dapat tahu @cutecarry datang Ipoh. Antara penyertaan terbanyak pernah diterima oleh urusetia. I am so so happy. Satu Perak datang. Tqvm yong semua!!

CuteCarry di Ipoh untuk Seminar Keterampilan Akak Cantik Bertumit Tinggi.

 

Bila terbukti yang I kalau ketawa jenis satu bangunan dengar.

CuteCarry bersama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Terengganu (Wilayah Timur) untuk mengendalikan SEMINAR KOMUNIKASI

 

CuteCarry di Langkawi untuk seminar SETIAUSAHA Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bukan seminar biasa, I memang luar biasa. Seminar Setiausaha ini bukan hanya sekadar nak pakai baju apa, nak layan bos cam na atau nak tulis surat cam na.. TIDAK.

Ia lebih kepada perubahan minda dan pemikiran Setiausaha supaya menjadi lebih produktif.

 

 

Next year jumpa lagi semua….

 

I nervous sikit tengok ramainya peserta hari ni tapi takpe once I dah ada atas stage I will change to my alter ego.

Konvensyen & team building Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM 2017
“JOM KITA LUAR BIASA” with CuteCarry.

LIKE jika suka, SHARE untuk manfaat bersama 

Banyak lagi tips
Klik untuk beli dengan mudah:-
http://buku.cutecarry.com/
Buku Gaya Untuk Berjaya.

RM50 plus delivery RM7 = RM57
Bank in CIMB 8007398059 CuteCarry Sdn Bhd dan watsapp details pada
019 337 6807
www.wasap.my/60193376807/bukucutecarry

Jemput CuteCarry untuk buat talk di organisasi anda, hubungi
training@cutecarry.com
019 337 6807
http://www.cutecarry.com

Comments

comments