TEAM BUILDING

Program High Impact Team (team building) ini berupaya menjadikan pendukung organisasi untuk cemerlang  beriltizam dengan faktor-faktor kritikal yang menjana dan menyuburkan organisasi seterusnya memantapkan kemahiran dan kecekapan yang diperlukan untuk mencipta kesejahteraan diri dan kecemerlangan baru organisasi.  HIT (High Impact Team ) diimplementasi berteraskan kepada adunan dinamik refleksi aktif dengan tindakan reflektif.

Metodologi yang diaplikasi akan berfokus kepada keseimbangan aspek teori dan praktikal serta keseimbangan aktiviti di dalam dan di luar kelas berlandaskan kepada tujuh faktor kritikal yang telah dikenal pasti.

  • Peranan & tanggungjawab terhadap organisasi
  • Kesetiaan kepada organisasi & negara
  • Ciri-ciri staf bermotivasi & kepentingannya dalam perkhidmatan
  • Keutuhan & keunggulan peribadi ke arah budaya kerja cemerlang
  • Etika kerja dalam perkhidmatan
  • Semangat kerja berpasukan
  • meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang keperluan peningkatan diri dan organisasi secara berterusan dan pembelajaran sepanjang hayat
  • meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keperluan untuk berperanan secara lebih berkesan terhadap perkembangan diri dan perkembangan organisasi secara saling melengkapi
  • meningkatkan penghayatan terhadap tujuh faktor kritikal yang diperlukan untuk tekal mendukung kecemerlangan berorganisasi
  • meningkatkan kemahiran dan kecekapan yang diperlukan untuk menjanakan perkembangan organisasi secara lebih berkesan
  • meningkatkan kemahiran dan kecekapan yang diperlukan untuk bekerjasama secara lebih berkesan di dalam satu pasukan

 

Leave a Reply