Training The Trainers (TTT)

Tunjang utama kemajuan sesebuah organisasi ialah mempunyai aset berharga iaitu pekerja yang mahir. Langkah asas untuk mendapatkan pekerja yang mahir ialah melalui latihan yang berkesan dan memberi impak. Latihan yang diberikan kepada pekerja boleh dicapai jika pelatih (trainer) yang dilantik dapat menjalankan tanggungjawab dengan berkesan.

Kami akan bersama-sama untuk melatih PELATIH (trainer) yang dikenali sebagai PELATIH SUPER.

Hanya segelintir daripada kita dilahirkan sebagai pelatih. Walau sebagus manapun seseorang dilahirkan sebagai pelatih, beliau masih memerlukan bimbingan. Ilmu yang cuba disampaikan mungkin sama tetapi cara penyampaian adalah membezakan samada ilmu tersebut sampai kepada sasaran.

Objektif kursus adalah:

  • Melahirkan pelatih yang berkualiti;
    • Watak pelatih dan imej fizikal;
    • Mendapatkan impak didalam setiap latihan yang disampaikan;
    • Melahirkan pelatih yang berwibawa;
    • Membina modul dan latihan yang bersesuaian dengan organisasi

Modul 1: Seni Pelatih Super

Peserta akan dibawa untuk mengenali dengan lebih mendalam dan menghayati apakah yang diperlukan untuk menjadi seorang pelatih Super. Topik-topik yang akan disentuh ialah:-

Ø Apa itu Pelatih terbaik
Ø Tanggungjawab pelatih
Ø Latihan dalam organisasi
Ø Penyediaan diri menjadi pelatih cemerlang

Modul 2: Komunikasi dalam latihan

Latihan yang dianjurkan akan menjadi sia-sia kerana masalah komunikasi. Pelbagai faktor boleh menyebabkan perkara ini berlaku. Peserta Pelatih Super akan dibimbing berkenaan faktor-faktor yang berkait dengan komunikasi dalam latihan

Ø Mengenali jenis-jenis peserta yang menghadiri latihan
Ø Teknik komunikasi untuk pelbagai jenis peserta latihan
Ø Teknik menghilangkan gugup
Ø Teknik mendapatkan perhatian daripada peserta
 

 

Modul 3: Kaedah Latihan

Kaedah latihan yang bersesuaian akan memberikan impak terhadap penerimaan dan penyampaian maklumat latihan. Peserta akan dibimbing dalam:-

Ø Membentuk kaedah latihan yang bertepatan dengan objektif, misi dan visi organisasi
Ø Penggunaan latihan berdasarkan jenis maklumat yang ingin disampaikan
Ø Teknik menarik minat peserta didalam latihan
Ø Teknik persediaan, semasa dan selepas latihan

Modul 4: Pembinaan modul dan analisa impak

Modul perlulah mengambil kira pelbagai faktor. Jika modul yang tidak bertepatan dengan misi, visi dan objektif organisasi, latihan tidak akan mencapai impak yang dikehendaki. Modul ini menyentuh:-

Ø Teknik mendapatkan maklumat untuk penyediaan modul
Ø Mengenalpasti keperluan analisa latihan (training needs Analysis)
Ø Teknik merangka modul

Modul 5: Penyediaan bahan bantuan latihan

Bahan bantuan latihan bukanlah hanya sekadar apa yang dipaparkan di skrin tetapi lebih daripada itu:-

Ø Jenis-jenis bantuan latihan
Ø Teknik penyediaan bantuan latihan
Ø Teknik penyediaan powerpoint

Modul 6: Latihan Praktikal

Peserta akan menggunapakai ilmu yang diperolehi untuk sesi latihan.

Ø Latihan praktikal untuk peserta PELATIH SUPER
Ø Penambahbaikan didalam persembahan pelatih

 

Leave a Reply