home Travel Penghujung tahun 2018 di Mekah dan Ethiopia.

Penghujung tahun 2018 di Mekah dan Ethiopia.

Alhamdulillah. Saya telah dijemput sekali lagi menunaikan umrah untuk kali 5 berturut-turut. Lokasi yang tidak pernah saya rasa jemu. Insyallah akan kembali lagi ke sini.?

Terasa macam mimpi saya bila berada di Ethiopia atau Habsyah. Negara ini telah termasuk dalam salah satu bucket list untuk tahun 2018. Ethiopia terletak di timur laut Afrika, bersempadan dengan Sudan, Kenya, Djibouti dan beberapa negara Afrika.

Ethiopia terkenal dengan gereja tertua didunia tetapi terletak jauh sehingga 2-3 hari perjalanan sangat so tak sempat nak melawat. Tetapi saya melawat antara gereja tertua di Addis Ababa, Ethiopia iaitu Maryam Church. Belakang saya tu Gereja Ortodox berusia ratusan tahun ini dibina oleh Menelik II, Emperor of Ethiopia. Tapi tak boleh masuk dalam sebab ada mass (sesi ibadat).
Gereja Ortodox Ethiopia berbeza sangat dengan typical gereja yang selalu kita tengok di Barat dan beberapa tempat.


Saya kesini kerana sejarah dan budaya. Saya ingin rasai pengalaman bagaimana masyarakat tempatan menjalani kehidupan seharian. Kawan baru saya di Ethiopia, Mikael atau Michael. Dia lah yang bawa saya jalan-jalan Addis Ababa sebab negara ini bukan banyak agen atau maklumat pelancongan. Baik sangat dia ni, belanja minum kopi dan bawa tempat-tempat bersejarah.
Mikeal penganut Kristian Ortodox yang mempunyai ijazah universiti tetapi pernah dipenjarakan di dibeberapa negara kerana menjadi pendatang haram. Dia menceritakan pengalaman teruk dipukul didalam penjara Mesir. Dia terpaksa keluar dari Ethiopia kerana peluang pekerjaan yang terhad. Kini Mikail berkhidmat sebagai kakitangan hotel di Addis Ababa.
Bertuahlah kita jadi orang Malaysia. Kerja masih ada walaupun gaji mungkin tak seberapa. Tidak perlu desperate macam Mikael yang terpaksa ke luar negara cari duit. Adik-adik yang baru habis belajar tu, janganlah pilih kerja sangat. Kerja Gaji sikit atau banyak juga tidak glamour ambil je lah. Jika dah masuk alam pekerjaan, barulah boleh ada pengalaman untuk apply kerja lain.
Saya buat entry ni sebab teringat beberapa kali saya kena reject dengan calon yang saya nak. Mungkin saya tak glamour kut. Tapi tak glam pun kerja dengan saya gaji tak pernah lewat, KWSP SOCSO bayar dan dapat allowance baju free lagi (if u work hard lah!).

Muslim adalah minoriti di Ethiopia tetapi kebanyakan mereka adalah peniaga utama di sini.
Sempat singgah di masjid bersejarah Anwar Mosque dan bersama dengan masyarakat Islam disini. Masjid ini terletak di kawasan yang sibuk dan tempat tumpuan perniagaan Mercato.
Mula-mula masuk ramai yang tengok dan ditanya agama apa kerana dikawasan masjid. Bila bagitau Malaysia dan ucapkan Assalamualaikum baru depa okay.
Nice people but as usual must always be careful and present yourself properly.

Setiap orang berbeza kan tapi salah satu impian hidup saya ialah minum kopi tradisi Ethiopia yang dipercayai tertua didunia bersama warga tempatan di jalanan.
Rakan baru warga Ethiopia, Mikael membawa saya minum disini. Kopi dipanggil buna dalam bahasa Amharic. Biji kopi di bakar dan dimasak dalam cerek tembikar diatas arang. Buna atau kopi tradisi ini diminum dengan gula dan ditambah daun dipanggil herba tena dam.
Rasa nya berbeza dengan kopi yang pernah saya rasa. Gabungan antara espresso italy dan kopi kampung melayu ditambah gula juga herba.

marketo

Pengalaman sedikit mendebarkan ketika di pasar terbuka terbesar di Afrika iaitu Merkato, Addis Ababa. Banyak kali jugaklah penduduk tempatan tengok-tengok saya tapi tak kisah lah sebab wajah ku begitu eksotik (I love the attention hahaha) tetapi sedikit hairan bila beberapa orang menyebut sesuatu. Saya tanya pada kawan baru saya dari Ethiopia iaitu Mikail apa maksudnya dan diberitahu mereka memanggil saya China dan pencuri!
OMG.. terkejut. Kenapa wajah ku yg eksotik nusantara dan memakai Stella Mccartney dan Fendi dituduh pencuri?
Jawapannya ialah kerana ekonomi.
Warga China yang semakin ramai di Ethiopia tidak begitu disukai kerana mengusai ekonomi dan suka menipu dalam berniaga seperti menjual barang tiruan. Beberapa orang warga Ethiopia yang saya jumpa pun tidak begitu suka dengan orang China. Orang Ethiopia baik-baik tapi bila tiba perkara ni macam lain pula. Ekonomi Afrika mula dikuasai kuasa besar China dan ini menimbulkan rasa tidak puas hati. Sehinggakan driver pun anti sungguh dengan Made In China!
Sepanjang berada di Merkato, saya jalan rapat-rapat dengan Mikail. Excited tengok pasar yang menjual segala-galanya ini tetapi berdebar-debar. Peristiwa ini membuatkan saya dapat merasai pengalaman dibenci hanya kerana bangsa.
Tetapi saya tukar peristiwa ni kepada keseronokan. Setiap kali dipanggil China saya balas balik dengan jerit dengan “MALAYSIA, Love Malaysia” sambil buat lambaian Miss World. Tersenyum dan tergelak orang Ethiopia.
Orang Ethiopia memang kenal Malaysia tau… bangga !!

2018 adalah tahun yang amat mencabar tapi mengujakan.
Banyak benar peristiwa pahit tapi saya tak update dalam media sosial, cuma beritahu kepada beberapa kawan yang boleh dipercayai untuk nasihat. Peristiwa negatif patut disimpan dan dihadapi bukan untuk tatapan semua orang kerana bukan semua boleh simpati. Ingat tu ye.
Oleh itu saya nak list peristiwa manis dan positif je. Bukan berlagak tapi share untuk saya bersyukur dan jadikan inspirasi kepada anda yang menjadikan saya sebagai sumber inspirasi.

  • 2018 menandakan CuteCarry Sdn Bhd telah beroperasi di tahun ke 6 Yeayyy…. gedik-gedik pun dah 6 tahun.
  • Saya tahu sapa kawan sapa lawan dan sekarang amat hati-hati.
  • Business amat mencabar tapi alhamdulillah target dicapai. Banyak benar lesson learned.
  • Belajar menerima perubahan bentuk badan tapi sampai sekarang cannot accept. I want my supermodel body back.
  • Melengkapkan lawatan ke lokasi tujuh keajaiban dunia / seven wonders of the world di Italy. Tak sangka betul saya dah melancong ke semua benua didunia.
  • Umrah kali ke 5 berturut-turut. Between me and The Almighthy.
  • Epic journey to Ethiopia / Habsyah.
  • My personal savings increase. I cannot tell you the amount but boleh lah sikit-sikit.

Banyak lagi tapi tak larat nak taip. Ohhh 2018 so so so mencabar!

Come on 2019. I am ready but I am hoping you can be more giving to me this year.

Love
Hafiz CuteCarry
training@cutecarry.com
019 337 6807
cutecarry.com

Comments

comments