MEMBAZIR DUIT BELI SNEAKERS!

Sneakers berasal dari nama sneak yang bermaksud menyelinap kerana bahan asasnya adalah tapak getah jadi ia tidak mengeluarkan bunyi ketika berjalan.  Sneakers sememangnya kasut yang paling selesa dipakai. Ianya diperbuat daripada bahan yang ringan dan sesuai untuk aktiviti harian.

Ada juga yang menggayakan sneakers ketika pergi ke kuliah, bekerja, bersukan, malah keluar bersama rakan-rakan.  Tak peliklah kalau sneakers sering menjadi pilihan utama bagi mereka yang inginkan penampilan santai dan kasual. 

Siapa peminat sneakers? Komen di bawah.

Sneakers boleh menjadi koleksi yang boleh mencecah harga ratusan ribu sepasang! Rugi lah kalau dah beli mahal-mahal tapi tak ngam pulak pada kaki.

Ramai yang nak bergaya dengan sneakers , tapi gagal dalam memilih sneakers yang sesuai dengan mereka.  Jadi, CuteCarry nak kongsikan tips bagaimana nak pilih sneakers yang betul. Check it out!

1 – Menderita Kaki, Gara-Gara Silap Pilih Saiz!

  • Kenalpasti bentuk kaki dan saiz sneakers kegemaran anda.  Walaupun anda selesa memakai Converse saiz 6, tak semestinya anda akan selesa menggayakan Vans bersaiz 6 juga.  Sebenarnya, saiz kasut bergantung pada jenis kasut.
  • Dinasihatkan pilih saiz sneakers yang selesa, kalau boleh pilih satu saiz lebih besar daripada saiz kaki anda.  Kebiasaannya kaki akan mengembang ketika anda berjalan, bagi mengelakkan kaki melecet, belilah yang besar sedikit. 

2 – Jenama Sneakers Tu Asli Ke?

  • Lihat jahitan dan material sneakers samada dijahit dengan kemas ataupun tidak. Jika terdapat sisa benang pada sneakers, kemungkinan besar ianya tidak asli
  • Perhatikan logo jenama pada sneakers samada ianya memiliki kecacatan  ataupun tidak.
  • Dinasihatkan membeli sneakers di butik yang dikenali dan dipercayai. 

3 – Cuba dan Sarung Lebih Dari Sepasang Sneaker

  • Cuba pakai dan berjalan dengan sneakers berkenaan untuk mengenalpasti samada ianya sesuai dan selesa pada kaki
  • Dinasihatkan cuba beberapa pasang sneakers yang lain bagi membezakan keselesaan dan keserasian ketika memakai.

Jom usha gambar artis pilihan CuteCarry yang gemar mengggayakan sneakers!

Stylo! Awal mengayakan sneakers dari Louboutin World yang direka khas oleh Christian Louboutin
Comel Nana menggayakan sneakers putih Vans-nya.
Converse ni memang dah serasi dengan karakter Akim yang minat aktiviti lasak (sporty).
Nampak santai dan kasual Emma mengayakan sneakers Vans
Bergaya sakan SonaOne mengayakan sneakers Louis Vuitton.

Untuk mendapatkan lebih banyak lagi tips Follow lah Facebook dan Instagram CuteCarry. Anda juga boleh mendapatkan Buku Gaya Untuk Berjaya yang berharga RM 50 sahaja.

Pembayaran boleh dibuat online : CIMB  8600667554 CuteCarry Sdn Bhd dan Wassap kami di >>> http://www.wasap.my/60195116807/bukucutecarry

Sumber : Instagram