Buat masa ini, EnSurvey (www.ensurvey.com) merupakan satu-satunya komuniti soal selidik internet di Malaysia yang memberi ganjaran kepada kita, setiap kali kita menjawab beberapa soalan tinjauan yang ringkas lagi menyeronokkan. Caranya amat mudah, iaitu sama ada daftar masuk melalui Facebook atau mendaftar secara langsung menerusi laman web EnSurvey.
EnSurvey akan membuat bayaran sebanyak RM2.00 hingga RM20.00 bagi setiap tinjauan (bergantung kepada pihak klien) dan setiap tinjauan mempunyai had bilangan respon yang tertentu. Tawaran yang cukup menarik! Setakat ini saya telah memperolehi ganjaran melebihi RM20.00!
Demi menggandakan pendapatan anda, kita perlu menjemput rakan-rakan kita menerusi program rujukan sama ada melalui promosi di Facebook kita ataupun e-mel. Setiap kali seorang rakan anda mendaftar menerusi program rujukan kita, EnSurvey akan memberi 2.5% pendapatan ekstra kepada kita.
Setiap tinjauan akan ditujukan khas kepada kumpulan pengguna yang berbeza. Oleh itu, kita dan juga rakan-rakan kita dapat melihat tinjauan yang berlainan berdasarkan maklumat profil yang telah diisikan di atas laman web.
Menurut EnSurvey, pendapatan yang diperolehi dari laman web boleh ditunaikan jika ia mencecah pendapatan minima, iaitu sebanyak RM100, dan RM2 akan dicaj sebagai yuran pengendalian setiap kali pendapatan ini ditunaikan.
Beberapa Fakta Ringkas mengenai EnSurvey:
Pendapatan bagi setiap tinjauan: RM2.00 – RM20.00 (bergantung kepada pihak klien)
Syarat pengeluaran pendapatan: Jika pendapatan anda mencecah pendapatan minima, iaitu sebanyak RM100
Yuran pengendalian: RM2.00 setiap kali pendapatan ditunaikan
Konsep: Dapatkan ganjaran dengan menjawab soal selidik yang ringkas (tidak melebihi 5 minit)
Tempoh Pembayaran: 45 hari selepas permohonan pengeluaran dibuat
Facebook: www.facebook.com/ensurvey
Jika anda berminat untuk memperolehi pendapatan atau wang saku tambahan pada masa lapang anda, EnSurvey merupakan destinasi pilihan yang terbaik kerana kian hari EnSurvey kian berkembang pesat.
Dari semasa ke semasa, pandangan-pandangan yang menyeronokkan juga akan dipaparkan di laman peminat Facebook.
Leave a Reply