Faizal FBI telah dinobatkan sebagai pemenang PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge. Pertandingan anjuran PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) ini turut disertai oleh Scha Al-Yahya, Awal Ashaari dan blogger Hanis Zalikha. Pengumuman pertandingan ini telah dibuat di G-Tower dan pada hari itu juga Faizal memenangi hadiah bernilai RM10,000. Memang banyak.
Pertandingan yang berlangsung selama tiga bulan itu melibatkan selebriti-selebriti bertanding sesama sendiri untuk menyelesaikan plebagai cabaran yang telah ditetapkan.Selebriti-selebriti juga sentiasa update perkembangan tentang cabaran yang perlu diselesaikan. Very up to date!!
Paling happening ialah cabaran Team FBI iaitu kena turun ke Johor dan ajak orang ramai untuk bersama-sama bersenam ; mendapat sambutan paling best online dan seterusnya memenangi pertandingan tersebut!
En. Akbar Md Thayoob , Ketua Bahagian Perniaagn Peruncitan PDB dalam ucapanya berkata pertandingan PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge ini jmembawa pelanggan dan peminat-peminat semakin dekat dengan PDB.
Pada hari itu juga ramai blogger yang hadir. Selain daripada pengumuman, ada game dan macam-macam lagi. Hadiah pun bukan main best lagi. Ada yang sangat competitive ye sebab nak menang hadiah tetapi well..memang patut pun competitive sebab hadiahnya memang lumayan.
Pada hari itu juga PDB turut mengumumkan Kempen PETRONAS Coffee Break sempena musim balik kampung Tahun Baru Cina. Kempen diadakan bermula pada 7 sehingga 9 Februari dan 15 sehingga 17 Februari. Kepada yang hendak balik kampung tu rajin-rajinlah singgah stesen PETRONAS sepanjang lebuh raya dan jalan utama sebab pada ketika itu akan dapat minum kopi dan snack lain.
Huhuhuhuhu… Kalau tanya I, minyak PETRONAS Primax 95 XTRA tu memang tahan lama jugak dan memang menjimatkan. Rasanya, anda tidak perlu ragu-ragu untuk SWITCH for XTRA!!
Untuk maklumat lanjut boleh layari www.facebook.com/petronasbrands atau www.mymesra.com.my.
Pic from Stephanieliah.com.
.
Leave a Reply